13 January 2016

Krabi Pancake Pertama di Malaysia

Pancake Krabi Noah Original


Pada suatu petang, ada orang komen di gambar IG aku, gambar aku makan Nutella Pancake masa kat Krabi haritu, dia kata " Puan kalau rindu Pancake, mari lah singgah kedai pancake kami ni Dagang Avenue " aku mcm terkejut jugak pada mulanya, eh serius ke ada pancake mcm kat Krabi tu kat Malaysia ni? dlm hati, elehhh ni mst buat mcm roti canai je ni, mst bukan mcm kat Krabi tu. Okay xpe, nanti aku datang cuba.

Lepas dah set time, kami yang #bloggerternaklemak ni pun beramai-ramai lah ke kedai Pancake yang dikatakan tersebut. Pancake Krabi Noah Original, kedai pancake ni terletak di Dagang Avenue Ampang, mmg kalau org org ampang ni, Dagang tu mmg popular sgt lah, aku masa memula duk sini pon, aku rasa Dagang Avenue tu dh mcm hipster sangat dah. boooooooooooooooooooo~ hahaha.

Kami datang seawal 5.30pm, padahal gerai bukak 6pm, kami saje dtg awal awal, buat gempak, buat kecoh, hehehe. tak de lah, dtg awal senang lah nk cop tempat, sbb dagang ni mmg selalu penuh, korang kalau nak datang, bertabah sikit lah dr parking ye. hiks. Kalau tak tau Dagang Avenue kat mana, boleh je waze Pancake Krabi Noah Original Ampang. then SETTLE!

Krabi Pancake Malaysia

Masa kami sampai tu, tokei kedai En.Nazri tu tak sampai lagi, lepas dah borak borak dengan Encik Admin IG dorg, baru lah En.Nazri dan Puan Najwa sampai, ko tahu, aku ingat owner kedai ni dh tua, dlm 40an gitu, padahal muda lagi hoiii. Puan Najwa tu baru je 24tahun, Encik Nazri tu pulak baru 30 tahun, hoiii muda nya hoii.hahaha. Tetiba diri terasa tua. choii lah~


Masa aku sampai, masih lagi xde orang, lepas dlm kul 6pm tu, org dah start ramai, kalau malam, malam minggu pulak, lagi lah ramai, sehari dorg boleh jual 200keping pancake, kalau malam minggu, berganda lagi jumlah pancake tu. Yelah, benda mmg takde kat Malaysia lagi kan. Kalau nk makan, kena pergi Krabi, ko mamphuuu, skrg tak yah dah g Krabi, g Dagang Avenue je dah boleh makan Nutella Pancake.


Sama ke macam Pancake di Krabi?


Ramai yang tanya aku, " Ra, sama ke mcm kat Krabi ra? sama ke? " errrrrrr jawapan jujur pada aku, MEMANG SAMA WEI! serius sama, walaupun size dia kecik sikit dari Krabi, Tapi mmg rasa dia sama! Harga pun sama! SERIUS aku tak tipu, sbb tu lah ramai orang beratur. Kenapa sama mcm Krabi? sbb nya, tokei owner ni laki bini memang PERGI BELAJAR di KRABI nun, kau hado??? pergi ke satu satu gerai kat Krabi tu mintak nak belajar tau, termasuk lah gerai Pancake Yaminlah, tapi Yaminlah tak nak ajar, kedai pancake sebelah dia yang willing nak ajar, ( bukan free lah tapi ) hahaha.

So laki bini ni mmg boleh tebar pancake, jangan tak tau, kalau staff xde, or dah letih, mmg laki bini ni akan tebar sendiri. dan juga bahan-bahan segala tepung semua mmg di IMPORT dari KRABI, bukan dari sini ye. sbb tepung dia ada mix mix dgn tepung lain. Sebab tu jugak lah mereka masih belum mampu bukak cawangan lain, sbb bahan import tu terhad. Kalau tak aku org pertama yg apply nak bukak cawangan tau.hahaha. En.Nazri, noted ye, sy nk belajar ye lepas ni.hahaha.

ok lah, banyak dah bebel, meh tgk jenis jenis pancake yang kami sempat rasa haritu dan harga pulak, mohon jangan terliur, aku masa edit pic ni pun telan telan ailio je. hish!

telan ailio pleasee~
Nutella Pancake
Peanut Butter ( sedap gila )
Honey
Stoberi
SPECIAL NOAH! 
pestime jumpa kak senah ni! hoii sibuk menyorok belakang aku.hahahaha.

Jenis-jenis Pancake

B1- Banana milk - topping milk di atas RM4
B2- Cheese - topping cheese & milk RM4.50
B3- Peanut butter - topping peanut butter RM4.50
B4- Egg - egg + topping milk RM4.50
B5- Strawberry - topping strawberry RM4.50
B6- coklat - topping coklat RM4.50
B7- honey - topping honey RM4.50
B8- Nutella - topping Nutella RM4.70
B9- Egg+cheese+egg - egg + cheese + topping susu atas RM5
B10- Special - egg + topping coklat + susu di atas + coklat rice & coklat chip RM5.50

yang kelakarnya, aku baru tahu, rupanya, setiap pancake ni dinamakan pancake sbb dalam dia mmg wajib ada banana, sbb tu dia dinamakan pancake. mcm aku yang tak suka mkn banana pelik pelik ni, aku kena request tak nak banana dalam dia. Aku tak boleh makan pisang + aiskrim ke, pisang + roti ke, pisang + kek ke, tak boleh! sbb aku rasa pelik, pisang hanya pisang, tak boleh di makan dgn benda lain.haha. so aku dah request aku punya yang speciall! jom usha kat bawah.

#gengbloggerternaklemak
TQ Princess snap pic ibuu nampak kurus.hahaha

Hah! ni aku punya SPECIAL! Nutella Pancake without banana + CHEESE! hahaha. terbaek wehhhh! dia nipis dan crispy + manis + masin! perghhh! melompat lemak aku. hahaha. mmg sedap! korang boleh je request nak macam mana, dia boleh buatkan, dan kalau nak tambah apa apa, boleh add on, tambah je 50sen, murah kan! takpe, duit x kisah, janji perut mau kenyang. makan mau sedap. hahaha. lolz.

rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
Amacam? terliur habis tak? kalau terliur, boleh g makan sendiri okay!
tempatnya di :

Banana Pancake Original Krabi


Dagang Avenue Food Court, Ampang,Selangor.
016-6677083 / 011-37549254 

Waze - Pancake Krabi Noah Original Ampang

Waktu Operasi 6pm - 1am
Tutup setiap ISNIN

BOLEH DELIVERY by https://www.foodpanda.my


Semoga terus success buat En.Nazri dan Puan Najwa.
Tq for having us. Nanti jemput lagi ye. hehe.

17 comments:

::EIDA:: said...

lemak aku berjoget joget juga tgok pic ni! tapi ku tahan jebattttttttttttttttttt! HHAHAHHAHAHHAHA

Cik Puan Eka said...

Ishhhhh gererem tauuu baca ni. Sbb kita mmg tringin penkekkk ni aaa

Farahain ZFA said...

wahhhh sedappnyaaaa....

husna zahidi said...

ahaaa telan ailio sungguh nih kak..:D

Chekgu Azrine said...

Fuhhj...teringin jugak nak rasa ni rara...

YB Shehan said...

memang leleh lahhh

emalin mohd said...

Wow sangat dekat dengan rumah ni. Dah lama tak pergi Dagang Avenue..Boleh lah pergi ni..hihi

Nazlee Ismail PCL said...

OK ss address, nt pi.ampamg boleh terjah sana. tq rara melelehhh

adiba rusli said...

wahh. sedapppnyaaaaa:)

nadiah hanum said...

Dah bergelen ailio ditelan sambil baca entry ni..haha

Diana Rashid said...

muda lagi rupanya..

ingatkan Rara alah dengan pisang..:p

Anis Amir said...

meriah betul pancake dia. Nak try lah nnt XP

http://anies-msletoes.blogspot.my/2016/01/kes-lenggang-kangkung-kan-dah-lambat.html

Zaza Abdul Latif said...

ehh sapa suruh selit gambar akak kat situ.. tak ada kena mengena tau.. hihi
apa2 pun thanks kat rara coz bagi sis peluang utk review Pancake Krabi Noah yang super zadaps tu.. owner pancake krabi noah siap tinggalkan komen lagi kat blog sis tau.. ai is vangga :)

eima said...

wowo!! best tu ....

Pancake krabi noah said...

Sama2... tQ sudi review bisness kami.. Ada masa jemput dtg lg :)

Pancake krabi noah said...

Xyah thn2, klu teringin jemput dtg lg :D

Pancake krabi noah said...

tQ cik Safurara & blogger2 yg dtg aritu dan sudi bg review utk bisness kami... Semoga Allah pemurahkan Rezeki kita semua insyaAllah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...