02 January 2016

Muka Surat Pertama Dari 366 Helai

Semalam 1hb kan, aku stalk IG artis artis Malaysia, semua ke luar negara, semua ke London, Paris, Bali. Kawan kawan aku jugak tak kurang hebatnya, semuanya bercuti sana sini, ada yang sambut new year kat Hatyai, tunglerrrr. Hahaha. Hai Pina, tu pun kalau ko baca blog aku. Seronoknya korang kesana sini sambut new year. Aku???? Apa yang aku tulis untuk muka surat pertama aku tahun ni?

TIDUR! semalam hari aku tidur, aku off baking semalam, last production 31 Dec haritu. Lepas tu gantung oven, fuhhh lega nya rasa. Tapi tetiba rasa cm pelik, pelik gila rasa badan aku, selalu dr pagi kelam kabut sampai malam, tp smlm bangun tidur pun lambat, petang tidur lagi, smlm malam udah tak boleh tidur, 4am baru tidur. Hahaha.Padan muka.

Harini tak boleh jadi, aku kena bangun awal, kalau tak mst badan rasa lemau gila. Mau tak nya, asyik tidurrrr je, mana tak lemau badan kan, harini aku bangun awal, siap siap bake pavlova, lega rasanya dapat buat pavlova. Hahaha. Sehari x bake, tak keruan hidup ni aku rasa. Haha. Sayang sgt dengan oven tu.

Lepas dah masukkan pavlova dalam oven, aku buat nasi goreng pulak, semalam ada nasi lebih, tak nak membazir, aku buat nasi goreng, jap lg princess bangun leh terus makan, anak dara tu smlm kul 3am baru tidur, melampau betul, padahal mata dah ngantuk, tp dia tahan je sbb nak main. Geram betul, last last kena paksa.

Dah goreng nasi, goreng keropok pulak, then kemas kemas dapur, ni baru lepak balik, update blog lah kejap. Hahaha. Aku rasakan mcm harini hari Ahad, padahal baru Sabtu kan, ptg karang nak ke Cyberjaya, nk delivery pavlova, thanks korang yg sudi menempah. Semoga murah rezeki

Sape nak selit selit pavlova and brownies untuk minggu depan, leh WA rara okay. 019 477 4240, WA only. STRICLY NO CALL!! hah garang tak. Hahaha.ok lah, nak mandi jap, then nak sambung buat kerja. Baiii.

6 comments:

Inani Hazwani said...

Aishhh sedapnyaa brownies. :D

Azlinda Azman said...

awak tu dah gi krabi aritu..kite jeles tau. Anyway, selamat tahun baru 2016 moga di murahkan rezeki rara dan keluarga !

Yana Libra said...

buat delivery sampai cyberjaya ke?
serius? nanti leh order la kalau camni? huhu

idzwa kamaruddin said...

semlm pun mereput kat umah..agagahaa

Ummi Zarra said...

sedapnya brownies....
mcm mne erk kalau nk oder pavlova or brownies dekat rara? hehehehehhe ade COD ke rara?

DRAMATIC UNIQ said...

nape yg dua ketul tu takde cekelat leret2 atas dia....?
tuhh soalaaannnn...!! hahahahahaa... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...