Image and video hosting by TinyPic

20 January 2016

Princess - Amanah dan Ujian

Imann Sophea, ramai tanya, nama Princess mmg ada double N ke? aah mmg double N, sbb ibuu dia gatai. papa dia pun ikutkan haje.hehehe. Lama aku tak cerita pasal Princess kan, eh yeke lama, haha. budak tecit tu dah besar dah, Tahun ni dah 4 tahun, tapi bulan 9 nanti lah. Besar dah anak ibuu, perangai pun menguji jugak. boleh tahan ujian dia bg kat ibuu dia ni. hahaha

Princess jenis tak suka kipas tau, dengan kipas pun dia boleh buat gaduh. sbb kipas kan terbang-tergangkan rambut dia, nanti dia marah lah kipas tu, " kipas! jangan lah kacau kakak! " - pap! tutup suis kipas terus. sabar jelah. Tapi bila masa dia panas, or makanan dia tengah panas, tau pulak cari kipas, suruh bukan kipas. haih lah anak.

Semalam masa aku solat, aku bukak kipas, dia masuk bilik, ntah main apa, tetiba pap, dia tutup kipas. Ya Allah! bayangkan kalau solat tanpa kipas dan aircond, apa jadi? hoii boleh tak khuyuk solat nak oiii! aku ni dalam tengah baca baca tu, istigfar je banyak banyak.hahaha. tetiba dia tekan balik kipas tu. legaaaa aku. hahaha.


Semalam aku tak tau dia kenapa, cranky sgt sgt, aku balik kerja terus mandikan dia, solat then terus sinsing lengan bake pavlova, harini Ciknaa order Pavlova XL + 5.5inch 2 biji, so berperanglah aku kat dapur tu. memula dia ok, then aku suapkan makan segala, then battery tab dia habis, mengamuk lah, aku sabar lagi, aku pujuk lagi, then dia pergi depan, nampak papa pegang adik Qayla, tetiba adik Qayla nangis, dia pon nangis skali, tetiba je nangis, bayangkan masa tu aku baru je nak duduk, yang dia merengek rengek nangis tak tahu punca. Ya Allah, sangat menguji aku, sana sini nangis menjerit jerit.

Aku bukan apa, kalau dah nangis tak tahu punca ni, aku pun pelik jugak kdg kdg tu. Jantung aku ni mcm nak pecah, sabar banyak banyak, last last aku bawak dia naik bilik, bg dia nangis puas puas.

Itu lah anak kan, amanah dan dalam masa yang sama ujian, aku mengaku yang aku kdg kdg baran jugak, ntah lah. Susah aku nk describe kan, mungkin badan penat, panas, tak sihat. Sebelum tidur aku mintak maaf kat Princess sbb marah dia, dia pun cakap " ibuu, kakak mintak maaf, kakak sayang ibuu sambil cebik cebik " mana dia bertakung air mata, sedih gila aku rasa. Budak kan, hati suci, apa dia buat, tak de dendam dlm hati dia. Then aku pun nangis, dia peluk aku. Sayu nya rasa.


Ada ke orang yang tak pernah marah anak?
Semoga Puteri Imann Sophea jadi anak yang solehah ye.
Nanti kita g jalan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. sobs~ sedih la entry nie..huhuhuu... T___T

    ReplyDelete
  2. PG tak de anak sendiri lagi. but so sweet imann. budak, baby girl, biasalah nak manja-manja dengan mak kan :) apa pun, PG doakan Tuhan bagi awak kesabaran yang mengunung tinggi setinggi gunung kota kinabalu, untuk awak take care anak-anak awak. inshaAllah :) besar da imann :)

    ReplyDelete
  3. sungguh pon bila nak moody xtawu punca nih susah betol nak handle..

    ReplyDelete
  4. Hoi. Bergenag air mata aky bc entri ni. Dlm meeting ni. Huuuu.

    ReplyDelete
  5. aku lah antara org yg selalu marah anak..hahaha
    biasa tu ra..dia nak perhatian..ibu kan kerja sehari suntuk..sabar tau..

    ReplyDelete
  6. Anak memang menguji. Lagi2 time masak dia buat perangai. Sabar ajalah...tu belum lagi nak beriba asal ada chance.

    ReplyDelete
  7. sabar ye sis... mmg kdg2 anak nangis tak tahu punca kita pun stress takut pun ada... baca doa pelindung sis... comelnye princess, harus la ikut mama dia berniaga...

    ReplyDelete
  8. Comeii sgt adik princess nie haha.

    ReplyDelete
  9. hahahahaa...!! comel sangat lakonan Pincess jual pavlova tu.. camne la ibu leh tahan tak gelak... :p

    ReplyDelete
  10. Hehehe...comel je..sm ngan azwa...ngan kipas pun nk gaduh..marah sbb rambut die terbang2...hehe

    ReplyDelete
  11. anak sy yg setahun lbh ni pun kdg2 termarah gak..diorang bukan tau pe pun T_T

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com