12 January 2016

Puas hati buat Sizzling Mee kat rumah!

Resipi Sizzling Mee


Sekarang ni, asal ada je resipi org UP di FB, kami mesti nak cuba, MIL aku pun tak kurang jugak bersemangatnya.hahaha. Dia memula yang ajak aku buat, selalu aku yg ajak dia, kali ni dia plak yg semangat, siap cakap " nanti mama beli plate dia dulu, baru best nk masak " hah, ok ma~ hahaha.

Tup tup last week dia balik bawak banyak barang, aku dgr bunyi bunyi bising, rupanya dia dah beli plate besi Sizzling Mee tu, hehehe. Beli 3 set jelah tapi, mahai weh! RM29 satu set sekali dgn lapik kayu dia tu. Aku xtahu kedai mana MIL aku beli, nanti aku nak g usha lah, kalau korang nak, nanti aku belikan, tp kena bg upah tau.hahahahaha. kata personal shopper.haha.

Homemade Sizzling Mee
Sizzling Mee
OK berbalik kepada resipi, thanks buat yg viral kat FB, especially group MAHN, mmg terbaek group tu! jgn ada yg condemn plak group MAHN, hehehe.

Bahan-bahan :

- 4 keping halia di hiris nipis dan tumbuk sedikit

- 8 ulas bawang putih

- 5 ketul ayam, dipotong kecil

- 8 tangkai cili kering dipotong kasar (1 tangkai potong 3 bahagian)

- Dry mushrooms dalam 10 biji( rendam dgn air panas sehingga kembang), potong kasar (1 biji potong dalam 4 or 5 slice bergantung pada saiz ) ( aku pakai cendawan tin )

- 5 sudu besar (SB) sos tiram, 6 SB kicap lemak manis, 3 SB kicap manis, setengah SB kicap pekat, 1 sudu kecil minyak bijan

- tepung jagung 4 SB larutkan dalam air

- Yee mee,sayur sawi dan telur ( aku pakai mee kuning, sbb tak makan Yee Mee )

- Hot plate

Cara-cara :

- Panaskan 3 SB minyak masak, masukan halia dan bawang putih, guna api perlahan n kacau sampai kekuningan.

- Kemudian masukan cili kering n kacau lagi.

- Apabila dah garing masukan ayam dan satu mug air, letakan sedikit garam dan didihkan dalam 5 minit kemudian masukan semua jenis cendawan.

- kemudian masukan semua jenis kicap mengikut resepi diatas then tambah lagi 3 mug air,didihkan.

- Apabila kuah dah mendidih dan ayam telah empuk, masukan bancuhan tepung jagung.

Tip : Buka api pada tahap kepanasan maksimum masukan sedikit demi sedikit bancuhan tpung jagung.sambil kacau, ini untuk mengelakan tepung TAK berketul dan apabila dah sejuk kuah tersebut x jadi beku.

- Kacau sampai mendapat kepekatan yang di inginkan.

- Then sediakan hot plate, letak sedikit kuah baru diletak yee mee, sayur dan telur.

- Buka api tahap maksimum, HATI-HATI, plate adalah sangat sangat panas, JANGAN angkat guna kain, kena pakai pengepit khas dia. OKAY! jgn cakap akk tak payung~

 
Plate yg baru dibeli, gorengkan bawang yg tak pakai di atasnya, supaya tidak karat

Puas sangat hati bila dapat buat sendiri kat rumah, boleh letak sayur banyak banyak, boleh letak cendawan banyak banyak. Kalau kat kedai mmg tak dapat lah yg mcm ni. Mama aku buat sedap gila, sebijik rasa mcm kat kedai. hahaha. kalau aku buat? errrrmmm hahaha. Korang jgn lupa cuba tau, mmg puas hati sgt. Tak sangka boleh buat kt rumah. hahaha. Silap silap korg leh buat meniaga. #otakpikirniagajeee. hahaha.

Lagi satu, aku tukar Yee mee kepada Mee kuning, sbb aku tak suka rasa Yee Mee tu. xsedap. terpulanglah kepada citarasa masing masing kan. Selamat mencuba korang!!!


plate for two.hehe

10 comments:

Mrs Puex said...

wow!!!..

meltingg..meltingg!!

Hanim Hashim said...

Arghhhh .... terkenang sizzling mee masa kat Kuantan dulu. Akak memang suka giler sizzling mee ni tapi reti makan je haha. MasyaAllah ... sedapnya ra, nampak senang je ra masak. Nanti akak nak try la ra. Simpan resepi ni dalam bookmark akak ... boleh tambah mushroom banyak-banyak ikut suka perut iolss! :D Tq raaaaa :D

adda syuhada said...

sedapnyer...

Sizzling Suzai said...

hehehehehhehe ingat kan panggil kitew td kak !! AHHAHAHA Kbye!

::EIDA:: said...

Raaa kalu belii pinggan tu bgtau! Nkkk jugakk.. ai is peminat sizzling tau! Tp sakit hatii kt kedai siap catu ayam cendawan segala. Klu mkn kt JJ, mana ade sayur.. siut je! Aku nakkkk buattt jugaaaakkkk

Diana Rashid said...

Akak memang tak makan mee ni sebab kuah dia gelap..tapi suami akak memang suka..nak cari juga la plate tu..beli satu dah la sebab dia sorang je yang makan mee ni..hahah

Aqilah Azmi said...

Aaaaaaaaaaaaaa nak nangis hahaha thanks kak!!! tp mcm malas nak buat and beli plate tu ughhhh hahahahaha *alasan
hiks
thanks kak!

Yana Libra said...

waaaa...mmmg puas hatilah kalo camni

mrs kayrul said...

Terbaik...macam makan kat kedai dah tu

emalin mohd said...

Kena beli la ni alatan dia..anak pun suka makan sizzling mee ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...