05 January 2016

Resipi Ayam Bali Viral

sejak sejak ada FB ni, apa apa resipi je mesti nak viral, bila dah viral, mula lah sibuk nak buat.hahaha. Semalam aku puasa, errr bila puasa ni, mulalah mengidam mcm mcm. aku terus tanya MIL aku, mama nak masak tak ayam viral tu? mama ckp, ok boleh gak. nanti beli ayam. Petang tu terus laki aku g beli ayam, mil aku masakkan. sedapnyaaaa bauuuuuuuu~ korang kena cuba jugak tau! Ni aku attach resipi skali, kalau nk cr kat FB ntah kemana mana hilangnya kan, ni kat blog senang nak cari nanti.


Resipi Ayam Sambal Bali


Bahan-bahan :
Ayam sekor
Cili kering segenggam ( blend )
Bawang besar merah 6 biji ( blend )
Bawang putih 1 labu ( blend )
Halia sikit ( blend )
belacan setengah ibu jari ( blend )
Serai 8 batang dititik
Daun kari 6 tangkai cuci dan tos
Kicap secukupnya
Gula 3 sudu besar
Garam secukup rasa

* cili, bawang, bawang putih, halia, belacan BLEND skali

Cara-cara :
Goreng ayam, jangan terlalu garing - tapi aku suka garing
dalam minyak goreng ayam tadi, goreng serai sampai separa coklat,
masukkan daun kari, masukkan bahan blend td, tumis sampai naik minyak dan bau.
masukkan garam gula dan kicap, cukup sampai jadi warna maroon, jgn banyak sgt.
Masukkan ayam then masak lagi 10 minit. then siap!

makan dengan nasi putih, aku makan dgn roti pagi tadi, buat breakfast. pun sedappp! Tq owner resipi Puan Aisha Shukor di FB, hehe. resipi ni sama mcm ayam kicap, tapi yg unik bila ada daun kari dan cili blend tu. daun kari serai tu buat dia jadi wangi. ermmmm, nanti nk buat lagi lah. hehehe.



skrg aku tgh addicted to sourdough bread ni. apa sourdough ni? hehehe. boleh google ye, aku pun baru baca baca and nak mula. aku dah ada starter dia. nanti senang nk buat roti.hehe. kenapa nama dia sourdough? sbb dia sour lah. hehehe. ok lah, selamat mencuba ayam sambal bali viral tu yek! bai!

11 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Memang tengah viral resepi Ayam Masak Bali ni Safura..
Ofis met akak dah buat pun kata sedap..
Dah dua kali di buat tu..
Akak jer tak cuba lagi..
Memang nak kena cuba ni..
Safura pun kata sedap tu..

mrs kayrul said...

Baru semalam baca achiek anis buat...oo resepi tengah meletop l2 la nie..boleh la cuba

kisah earty said...

share ey Rara.. tq.. :)

HanNis SaNia said...

Wah nampak sedap. Macam nk try jugak laa :)

mama tisya said...

tu la ada tgk tp blum cuba...lpr la plak

ain.ya.nun. said...

Akak suka buat guna daging. Pun sedap juga.

eima said...

ada tgk tp belum cuba lagi

mshazadoes said...

sharing iyer rara..esok pagi kentang kentung nak masak ..lalalalala

DRAMATIC UNIQ said...

serai sampai 8 batang.. patut la wangiiiii... hehehehehe.. :)
okey lepas ni nak try plak.. kikikikii..

kalau tak jadi, siap Rara..!!
hahahahaa.. :p

Daus Redscarz said...

sedappppnyer... masak kat aku pls.. aku order siap nasi kukus boleh..

Suriya Majid said...

trending lagi ayam masak bali ni. nyam nyam, teringin juga nak buat. tengah kumpul bahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...