26 January 2016

Review Teater Bikers Kental - Teater WAJIB Tonton

Teater Bikers Kental Istana Budaya


Siapa pernah tengok movie Bikers Kental??? bestkan? lawak gila, nama nama watak dalam cerita tu pun sangat ' unik ' sekali dengar mcm lucah pon hado! hahaha. Bila tau yang Bikers Kental akan di teater kan, aku pun like whoaaa bestnyaaa. Nak nak pergi tengokkk! Projek Travel baik hati nak bagi tiket free, aku saja lah cuba nasib tinggalkan komen di page Projek Travel, sekali Madi PM, tahniah akak, dpt free tiket, siap dapat untuk suami lagi, so boleh lah pergi berdua-duaan. Princess tinggal rumah! kofkofkof. TQ kak Diya uncuk ancam sbb tag ittew. hehe.


Punyalah excited, kami sampai sana jam 7pm, sanggup Magrib kat sana je. hehe. Yelah, kalau magrib kat rumah kompom x sempat kan. so Magrib di Istana Budaya je, surau dia pun selesa sangat. Around 9.30pm tak silap baru masuk panggung. Ramai sangat artis artis yang datang, yelah, mmg haritu untuk tayangan Media dan Artis kan, huhu, kami duk sebaris dengan pelakon pelakon Memori Cinta Suraya, seronok sgt lah laki aku, sbb dpt jumpa Samsiah.hahaha. Samsiah pun excited sangat bgtau yang lepas ni watak dia lagi jahat, kena tengok sampai habis, sbb dia pun menyampah dengan watak dia tu.hehe.


Ok berbalik kepada cerita Bikers Kental ni, mcm mana ceritanya??? satu je aku nak cakap, " aku tak boleh MOVE ON!! " hahaha. Sabtu tu aku bangun pagi, masih teringat Zizan dan Awie, laki aku pun tetiba cakap, jom tengok Bikers Kental lagi. hahahaha. Rupanya kami 2 2 tak boleh move on. hahaha. Serius best sangat teater tuuuu!

teman sejoli.hehehe

Teater muzikal komedi berkisarkan tentang persahabatan, nilai persahabatan antara Awie dan Zizan. Zizan ( Bidin Al Zaifa ) biasalah, gatai nak kan si Saiya SukaPorn tu. haha. Mereka jatuh cinta waktu Bidin singgah makan di Gerai Happy Seafood dgn rakan rakan bikers lain. Tapi si Saiya ni di " ikat " oleh Ketua Samseng Kutat Meliwat. haha , so Zizan kalau nak jadikan Saiya ni bini, kena lah byr dulu, sampai lah Awie sanggup gadai motor dia, bagi duit pada Zizan, supaya Zizan boleh dapatkan Saiya. huaaa terharuuu, takde dah org yang sanggup baik sampai cm tu skali zaman skrg ni kan. Tapi bukan senang nak dapatkan Saiya, banyak lagi halangan lain, kalau nak tau, korang kena lah g tengok! takkan aku nk cerita semua kannn~ hehe.

watak dlm cite Hantu Kak Limah pon hado! hahaha

Tapi serius mmg lawak sangat! lawak Awie dan Zizan sangat spontan, mengader sgt Zizan dgn Awie, manja manja gittew, cuit cuit sana sini, suka sangat Zizan main punggung si Awie ni.hahaha. Mmg menjadi lah gabungan dorg berdua tu, kami sampai keras keras perut gelak, laki aku pun tak habis habis gelak. Eh mmg seronok lah, serius aku tak tipu!

Ada juga nyanyian dari Awie, tarian tarian, mmg enjoy sangat lah, hilang segala stress. Korang WAJIB datang dan tengok! harga tiket pun tak de lah mahal sangat, masih mampu milik. hehe. Alaaa sekali sekalaa, apa salahnya kan! Bila lg nak tengok Awie jd gedik.

Harga Tiket Bikers Kental di Istana Budaya


Ini kat bawah ada sedikit sedutan untuk korang layan, management kasik record and ambil gambar 10minit pertama je, then dah tak boleh, kena simpan segala alat perakam katanya.hehe.



Ini baru 10minit pertama tau, bayangkan nak dekat 2jam asyik gelak je, naik kering segala anak tekak. hehe. Jangan lupa tau pergi tengok korang. Tayangan sampai 31 Jan 2016, so sempat lagi kalau nak kumpul duit, kihkih. Aku mmg suka Awie mmg suka Zizan, so mmg puas hati sangat sangat lah!

‪‎Teater Bikers Kental‬ di Istana Budaya
bermula 23 Jan - 31 Jan 2016!

Tiket berharga 

RM45, RM65, RM95, 
RM125, RM155, RM185, 
RM305 boleh didapati di 
www.redtixairasia.com @ Kaunter Box Office Istana Budaya!

And again, thank you so much kepada Mawardi dan Projek Travel!!! Korang kalau nak dapatkan hadiah best best, or tiket tiket teater best best boleh follow dan ikuti update dari Projek Travel dari masa ke semasa, sbb dorang mmg sangat baik hati dan selalu bagi gift untuk followers dorg.

Fan Page Projek Travel
www.projektravel.com


TQ jugak buat ' sahabat ' di atas yang ada bila bila masa saja, suka dan duka, thanks korang! love much! love love muah uncuk ancam~ hahaha.

4 comments:

PinKy MoMMa said...

akak nak gelak baca review tapi bila baca perenggqan akhir tu touching huwaaaaaaa...tisu mana tisu..ra mmg tak leh move on kan..teringat lagu kalok kalok kalok hahhahahahaha

YB Shehan said...

boleh imagine tahap lawak tu. g teater mmg xpuas. nk tgk lagi dan lagi. dulu pergi tgk masa Cuci n apa lagi ntah, bes gilaaaaaa

Sizzling Suzai said...

"kak sy nk g surau kak belom asar lg ni, jap kak! jap!" KAH KAH KAH KAH hahahhaha adoih gelupor x tentu masa hahaha sonok jmp akk n sonok jugak lyn tearter ni GABUNGAN AWIE DAN ZIZAN sgt sgt sgt menjadi!!! terbaek! till then kak rara :) jgn lupe bwk velvet pandora eh ape kek tu hehehhe ble jmp t ye

Nursaila Norman said...

best kan tgk teater..saila suka giler..hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...