Image and video hosting by TinyPic

26 February 2016

Viral Terkini Jubah Pahlawan, Bawal Ekslusif, Sekolah Kerajaan

Jubah Pahlawan


Entah kenapa dunia skrg ni, makin lama makin pelik, makin lama makin pelik. Ya Allah. Jubah Pahlawan katanya, pahlawan pakai gini ke dulu? Tapi kenapa aku tengok x mcm pahlawan pun, mcm geli adalah.



Bila terlalu inginkan perhatian, gini lah gayanya kan. 2 3 hari ni mcm mcm hal viral kat FB, Pasal budak Raver, pasal tudung bawal ekslusif, pasal dak Ameera adik Neelofar tu, mcm mcm hal lagi lah. Pasal aiskrim sume pun viral gak, tu tunggu aku buat malam karang. hahaha.

Budak Raver, mereka juga remaja, aku juga pernah remaja dulu, mungkin masa tu aku idak lah pandai menari gitu, masih lagi behave, tapi bila remaja ni, mudah nak terikut satu satu benda tu, nak nak pulak zaman skrg ni, benda benda gitu senang je tersebar, bukan mcm zaman kita dulu.

aku nak cakap lelebih pun aku takut, sbb aku pun ada anak, pandai pandai lah kita jaga anak kita, anak kita juga akan jadi remaja nanti. takutnya aku.

Pasal Ameera, adik Neelofa yang bagi " pendapat " tentang sekolah international dgn sekolah kerajaan, ramai yang marah, eh ramai jugak yang menyokong dia. mcm aku? aku cuma boleh cakap, dia beruntung, sbb mak bapak dia mampu hantar dia merasa bersekolah di dua-dua sekolah.

Macam aku dulu, aku sekolah kerajaan, aku takde lah rasa sekolah kerajaan tu teruk sgt, toilet dah mmg lah, setakat hancing tu standart lah, tandas awam yg kat pavilion tu pun kdg kdg hancing, even dh tua tua yang guna, ni pulak masa budak budak, what do you expect. Pada aku pulak, zaman sekolah aku dulu best. hehe. Aku tetap enjoy sekolah, Why so serious?

aku pasti, mesti ada cikgu cikgu yang kecik hati dengan kenyataan dia kan. sabar lah ye. Siapa yang mampu hantar anak ke sekolah " mahal " tu silakan lah. Hopefully mana mana sekolah pun boleh jadikan anak kita insan yang terbaik. yang pandai. yang penting anak seronok.

Pasal tudung bawak ekslusif tu, alahaii, kenapa baru tau ni? aku dah lama dah tau harga dia mmg mahal. kawan aku Sapina siap BF dia belikan 2 helai tu kat dia RM600, mmg dia bertatahkan batu swarovski, tau tak berapa harga nya? sila jangan tanya lah. hehe. aku nk beli charm yg ada batu swarovski tu pun aku pk 40kali. hehe

Dan dia buat tudung tu bukan untuk rakyat marhaen mcm kita, ko kena tgk target cust dia siapa, pergi tengok kat page tu. Datin datin, bukan nya pekerja gomen mcm kita ni, kita ni nak beli tudung rm35 pun pk 2 3 kali. ada jugak yang beriya book, then cancel pulak nk membeli. hahaha. lolz.

Kalau Neelofa pun boleh tempah kek bertatahkan swarovski bernilai 6K, korang nak heran apa. hehe. lagilah lepas potong kek tu, buang saje batu swarovski tu. ko mamphuuu. hahaha.


Semakin ramai attention seeker skrg ni, semua nak tunjuk diri hebat, diri pandai, diri bijak dari orang lain. aku ni kdg kdg perhatikan je. Tapi jangan lah sampai mengecilkan hati orang, hati hati bila bercakap. Semua tu dicatit di bahu tau. heee. tetiba nak jadi ustajah lak aku ni. hehe. okay lah, sekian " pendapat " aku, yang penting behave, Maaf andai ada tersalah kata. Nak order brownies sila bgtau ye. kihkih.

Amalan Sunnah Rasulullah Yang Kita Boleh Amalkan

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH


1. PANDANGAN MATA

Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.


2 MAKAN GARAM

Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.


3. MINUM TANGAN KANAN

Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.


4. SESAAT DI JALAN ALLAH

Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"


5. LANGKAH KANAN

Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.


6. MAKAN TIGA JARI

Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.



7. JAMINAN ALLAH

3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.



8. GUNTING BULU

Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.



9. JANGAN BERSIUL

Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.



10. CARA POTONG KUKU TANGAN

Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.



11. CARA POTONG KUKU KAKI

Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.



12. PANJANG LENGAN BAJU

Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.



13. PAKAIAN KESUKAAN

Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.



14. BERSIWAK

Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.



15. DOA DALAM SUJUD

Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.



16. ADAB DI TANDAS

Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.



17. ADAB MAKAN

Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.



18. TIGA JENIS ORANG

3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.



19. PAKAI MINYAK WANGI

Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.



20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR

Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.



21. CINCIN PERAK

Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.



22. SOLAT FARDHU DI MASJID

Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.



23. PAKAI CELAK

Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.



24. PANJANG PAKAIAN

Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .



25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH

Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?



26. MENGUAP

Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.



27. MENYIMPAN JANGGUT

Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.



28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR

Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.



29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH

Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.



30. POSISI TIDUR

Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.



31. MINUM LEPAS MAKAN

Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.



32. TIDUR SEBELUM ZOHOR

Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.



33. BERDIRI HORMAT

Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.



34. PAKAIAN BERWARNA

Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.



35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN

Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.



36. MENU RASULULLAH

Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.



37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK

Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.



38. KETAWA RASULULLAH

Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.



39. MINUMAN RASULULLAH

Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.



40. HISAP AIR DALAM HIDUNG

Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.



41. BERI MAKAN ANAK YATIM

Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.



42. LARANGAN PAKAI CINCIN

Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.



43. BANGUN TIDUR

Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.



44. KONGSI MAKANAN

Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.



45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR

Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.



46. ISTIGHFAR

Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.



47. JANGAN MENCACI MAKANAN

Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.



48. APABILA BERTAMU

Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.



49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS

Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.



50. MAKANAN PANAS

Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.



51. GILIRAN MINUM

Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.



52. 3 AMAL

Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.



53. JANGAN TIDUR MENIARAP

Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.



54. CARA PEGANG MISWAK

Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.



55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH

Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.


P/s : Copy Paste dari Whatsapp group. Publish kat sini dan save untuk diri sendiri, senang senang boleh baca semua. hehehe.

25 February 2016

Chiba Sweet Potato - keledek Jepun yang korang perlu rasa!

Chiba Sweet Potato di Malaysia


Siapa suka makan keledek manis a.k.a sweet potato, sila angkat tangan! nak tahu satu rahsia tak? aku tak pernah makan sweet potato ni, kihkih, arwah bapa mertua aku dulu suka lah, bila rebus air tu jadi color purple, tapi aku tak pernah lah merasa. Tapi tertanya-tanya, betul ke manis?

Kalau di Malaysia, Keledek manis ni popular di Cameron Highland lah, sana banyak orang jual. Tapi! pernah terfikir tak nak rasa keledek manis dari Jepun? hah! aku pun tak pernah terfikir nak makan keledek yang di import dari Jepun ni, tapi siapa yang tahu masa depan kan, TQ kak fink kehpam sebab sudi invite kami bersama-sama merasa keledek manis Jepun ni.

#3sahabat
suasana di Village grocer
size keledek.
Chiba Sweet Potato - kenapa namanya Chiba pula? kerana Chiba adalah salah satu negeri dimana sweet potato ini di tanam. Kalau tengok maskot Chiba sweet potato tu, korang jangan terkejut jika maskot tu sama seperti dalam peta, lidah terjelir tu pun sama. kihkih. unik sangat. Maskot tu bukan anjing tau. jangan salah faham.

Chiba sweet potato ini sangat popular di Jepun dan menjadi salah satu tarikan kerana rasa dia yang sangat sedap dan berkhasiat itu, aku pun tersuka tanpa sengaja #ehh.

comelssss! sama kot!
over tau! hahaha. 
manis dan moist
So, lepas dah rasa sendiri, macam mana rasa dia? pendapat aku - SERIOUSLY rasa dia memang sangat manis! bukan manis gula, tapi manis semula jadi, orang tua selalu cakap manis buah. Tapi ni manis buah yang memang betul betul manis, mmg sedap!

Kalau makan keledek ni, tak perlu buang kulit dia, just makan terus dengan kulit-kulit dia, takde hal punya. Keledek manis + kulit rasa pahit-pahit sikit. so mmg sedap. Keledek ni juga dia rasa moist tau, tak kering macam ubi kayu tu.

this one is sweet potato lover!

Makan keledek ni kenyang sama mcm kita makan nasi, so kalau bosan bosan malas makan nasi, boleh makan sweet potato ni, sedap jika makan begitu saja, atau di buat dessert, pandai-pandai lah kita olah cara kita. Tapi yang sedap bake, grill. kalau nak makan dengan aiskrim pun sedap, nak buat cake pun sedap. eh semua lah sedap cerita dia.

sweet potato ni bukan just untuk kenyang makan je, tapi jugak bagus untuk kulit dan kecantikan yang mengandungi vitamin, kalium, dan serat.

nak kulit lawa? mkn potato, #ehh
dijual siap bake. ready to eat.

Bagi yang tak tahu cara nak bake, meh nak ajar, senang saja :

1. Basuh kentang dan balut dalam foil aluminium
2. Panaskan ketuhar pada suhu 200 ° C, dan biarkan pada 40-50 minit
3. Cucuk batang lidi ke dalam kentang

dah sejuk sikit boleh makan, or nak makan panas-panas? kang melecur lidah. hehe. Selain itu, nak makan sejuk sejuk pun sedap, simpan dulu dalam peti ais, dan makan dengan aiskrim, nyummyyyyy! Yummy Japan. hehe

maskot baru, eh bukan, ni anak aku! hahaha
Bagi korang yang nak rasa kemanisan Chiba Sweet Potato ni, boleh lah ke pasaraya Village Grocers, level ground floor Bangsar Village ni, jika sambutan baik, mungkin mereka akan luaskan pasaran ke pasaraya lain juga. Harga bagi Sweet potato ni tak lah mahal pun, murah saja.


more info boleh lihat di -



Thanks for reading! Jangan lupa rasa tau! memang Yummy!

24 February 2016

Sambutan birthday Zain Saidin yang bertemakan Koboi dan Aaisha Dhia Rana yang cute overloaded

Teringin aku nak buat birthday party tema tema gini, tapi kang dh beli, bila pulak nak pakai lagu baju baju tu. haih~ tak payah lah buat. hahahaha. mmg dasar~ btw aaisya comeiiii angat lah!


Mama's Birthday Treat

Hari Sabtu lepas Birthday Mama mertua aku yang ke 54 tahun, kejap je rasa dah 54, #ehh, hehe. MIL aku sama umur dgn mak aku, sikit lagi mak aku dah jadi warga emas dah, tp cargas dorg ni tak nampak pun mcm warga emas. hehe.

Malam tu kami ada plan nk buat surprise, kami tiaptiap tahun mmg gini, asal kul 12am je mst ada birthday cake, dah jadi mcm terbiasa pulak. gigih semua tak tido lagi kul 12am. hehe. Tahun ni xde lah beli kek, aku buat je.

Asalnya adik ipar aku plan kami nak banjer mama mertua aku makan kat concord je hari Sabtu tu, untuk Hi-tea, tapi mcm xbest lah kul 12am tu x wish apa apa, so aku cadangkan kita sambut lah jugak jam 12am tu, kami plan senyap senyap, kul 12am tu kami acah acah macam lupa, adik ipar aku pun balik lambat, aku mcm biasa lah duk dapur baking.

Senyap senyap aku bake brownies kecik. then buat mcm brownies tower, hias buah and drizzle dgn nutella, pacak lilin sebatang, nak dekat 1am tu, kami acah-acah tutup lampu sbb MIL aku dah terlelap dah, kami pasang lilin, nyanyi ramai ramai depan dia, dia terkejut nampak api, hahahaha. kesian mama. nampak sgt muka terkejut, tapi lepas tu senyum senyum sambil tiup lilin, ermmm dak incess tu mcm biasa lah, nyibuk nak tiup gak.

Aku pun bg hadiah kat mama, aku bagi blouse je, sbb xtau nak bg apa kat nenek. Legaaa surprise mlm tu menjadi. Happy birthday NENEK!

brownies tower cake aku. hahaha
According to plan~ acehhh~ esoknya sabtu kami ke concord untuk hi-tea plus sambut beseday mama, kami keluar dulu sbb nak delivery brownies untuk Anniversary Projek Travel, then baru ke concord, asalnya nak surprise lagi untuk mama birthday cake, tapi x sempat, mama dah sampai dulu dari cake. hahaha. lolz.


Princess nampak dah big girl sangat. T__T


di sebabkan kek sampai lambat sikit, so makan dulu lah, aku hantar dulu kek ke kaunter, kek coklat tu kami beli share share duit. sbb mama suka kek coklat, so tempah kek coklat, tapi kami yang over sebenarnya, hahaha, tempah kek ikut selera kami. hahaha.


Tq kak Farah sbb delivery cake sampai ke concord! sedap kek tu! siap topping melimpah. hehe. korang nak tempah kek sedap dan cantik, boleh tempah dengan kak Faraherda tau! visit IG dia The Gastronomy Project, kak farah ni hipster sket. hahaha. oppsss sory kak. hahaha. sayang akk. muah ciked.


Lepas nenek tiup lilin, sesi kish kish dgn cucu kesayangan, 2 org ni sbb dah besar, attention lebih sikit lah. eh bukan sepatutnya yg baby ke kena lebih attention? hahaha. mana mana lah. Janji happy.

sempena CNY, so ada dragon kt concord, dah berdua ni takut, tapi nak jugak bergambar, haha
Tak cukup 1 family.
Last but not least, Happy birthday yang ke 54 mama! semoga mama sihat selalu! bahagia selalu di samping kami, #ehh, hahaha. Terima kasih kerana selalu jadi mama mertua yang sangat baik. muahhh! hehe.

ikhlas dari, menantu hantu mu. hahahaha. ♥ sayang mama!



23 February 2016

Cuti Sabtu Ahad tak cukup untuk aku!

Aku tak tau lah cuti Sabtu Ahad untuk korang cukup ke tak, kalau aku seyes tak cukup. haha. plus skrg ni cepat sgt masa berlalu kan, tup tup dah ahad, tup tup dah kul 11pm, esoknya nak kerja, huaaaaaa.

Since aku buat #4kerja dalam 1 masa ni, lagi lah, kalau kat rumah tu, masa aku dihabiskan dengan duk dapur, duk lah aku dapur tu sorang-sorang, bukan bertapa ye, duk dapur sebab baking lah woi. hehe. Tapi apa-apa pun aku bersyukur, Alhamdulillah sbb ada yang sudi order Pavlova dan Brownies aku, tak putus putus orang order dan repeat order.


Dari last week aku ckp dgn kak ain and suami aku, mcm nak cuti lah ahri isnin, sbb badan mcm penat sangat, mcm need rest, tapi ahad tu aku dh siap siap gosok baju untuk Isnin, sampai isnin tu, nak bangun subuh tu mcm, ermmm tak nak lah g keje. Trus bukak HRMIS, trus apply cuti. hahahaha boleh dak gitu? selamber je haku! hahaha.

Trus sambung tido sampai kul 11am. wahhh heaven! hahaha. kul 11am tu bangun, masak nasi untuk princess, lauk ikan stim, then baking pavlova. see! cuti pun masih baking tau, then siap siap keluar jap dgn anak dara, g beli brg kat Guardians, then g tesco, anak dara aku tu over sket, tak leh kena panas, tu yg spek atas kepala tu. haha.

3jam jugak kami keluar, Princess nasib lah behave, tp kena upah kinder joy dgn aiskrim dulu. kalau x, buat hal lah dia. Balik je dari tesco, cepat cepat solat, sambung lagi baking, buat brownies kedut pulak, siapkan topping pavlova pulak. sampai lah ke Magrib aku duk dapur. Kerja aku mmg totally kat dapur jelah, anak pun datang main dgn aku kat dapur je, silap main kena tempik sbb kacau telur aku. hahaha. kesian princess.

Pernah satu hari tu Princess dtg dapur dia hug aku tetiba, cakap " ibuuu lama tak jumpa ibuu " hahahaha sentap mak tau! over sangat ckp lama x jumpa. hahahaha. Lepas ni kalau ada rumah sendiri, aku kena buat ruang tamu tu as dapur aku, tempat baking. leh sambil sambil tengok tv, pasang aircond. hahahaha. #over


Lepas bukak puasa, baru lega sikit, tapi tak jugak rest aku ni, mandi, solat, sambung lagi potong brownies, basuh kain, lipat kain. Semua kena buat ye, lucky kdg2 suami aku pun tolong tolong.

kul 10pm pulak pergi delivery mini pavlova kt Tesco Ampang, demi cust, tunggu jugak walau dah malam, penat2 aku hantar, tak sampai 10minit dia kata pavlova dia dh habis, sabar jelah aku. tp dalam hati happy gilos! hahaha.

TQ Ekin ku sayang
kawan sekolah aku, siap bagi 5 bintang! hehehe. reqular cust kt Ipoh. TQ beb.
TQSM Yatie, siap full review kat IG. hehe
Ni antara feedback yang aku dapat, Alhamdulillah, x pernah lagi dpt feedback yang buruk. ecehhh~ kalau feedback xelok, aku ganti balik tau. hehe. haih terliurnya tgk brownies sendiri. lolz. Penat sebenarnya buat #4kerja mcm aku ni, tapi apakan daya wehh~ selagi org mahukan khidmat kita, kita buat lah dengan penuh kasih sayang ye dak~ Kalau nak letak semua feedback kt sini mmg tak larat. Neway terima kasih korang! terharu sangat sangat, semoga korang juga dimurahkan rezeki.

dan aku jugak nak request kat, tambah kan cuti weekend jadi 3 hari, Sabtu Ahad Isnin, boleh x? hahahahaha. mantiklah nakkk.Bila lah masa aku nak cukup ni kan? bila lah nak kaya ni. xde ke rezeki terpijak. haha. nak terpijak saje. okaylah, sekian bebelan harini.

TEMPAHAN MINGGU INI DAH CLOSE YA!
untuk tempahan minggu depan masih dibuka.

Pavlova, Mini Pavlova, Brownies Kedut
WA Rara 019 477 4240 ( serious buyer only, NO CALLs )

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com