Image and video hosting by TinyPic

15 February 2016

Bila orang yang kita sayang pergi~

Mata aku 2 3 hari ni berkedip-kedip atas bawah, mcm nak jumpa orang jauh, mcm nak nangis, aku mcm pelik, tp aku ignore je kedip-kedip tu. Pagi ni baca group whatsapp family, rupanya ada sedara kami kecelakaan, meninggal, sedih sangat. Paling sedih sbb yang meninggal tu preggy, 8 bulan dah. Bulan depan bersalin. haih, sebak sangat aku rasa. Bergegas juga lah pagi td ke Hopital Seremban. Lucky suami aku takde kerja jauh harini. Boleh dia bawak. Walaupun tak berapa nak rapat, tapi aku pergi lah wakilkan mak dengan papa. Dapat pahala ziarah orang ni suami aku kata.

Pagi tadi sampai je terus melawat Uci Fauziah, bahu dia patah. Aku pun x sampai hati nak borak lama, sbb nampak dia mcm susah nak bercakap, kena pakai oksigen, aku sampai kan salam mak aku, then aku keluar, serius sedih sbb aku teringat kan mak aku masa mak eksiden dulu.

Then nak tengok Anak Zarul, tapi dlm ICU, so tak jadi masuk, terus turun bilik forensik. Tunggu mayat. Lama jugak, ramai kawan kawan kerja, sedara-mara dorang, paling sayu masa dorang bawak Zarul ( tolak dengan katil sbb Zarul kritikal ) jumpa isteri dia, Ya Allah, masa tu sedih sangat. tak tau nak ckp mcm mana, baby dia dalam kandungan, dorg bedah, keluarkan baby, cukup sifat baby, besar, comel.

Lepas dorang bawah wife Zarul balik kampung dia untuk kebumi, kami tunggu Nadiah pulak, sedih sgt sbb Nadiah anak perempuan sorang dalam family dia. Aku pun sedih sgt masa tengok Nadiah td, walaupun tak rapat, tp sedih lah. Nadiah meninggal sbb pendarahan teruk kat kepala, belakang kepala dia crack. hurmmm seyes sedih, anak pun baru 2 tahun. Laki aku sume cerita dia tau, detektif conan kan. sampai doctor bedah tu dia interview.

Takziah buat keluarga Nek uda ( atok sedara ) aku. Aku serius terasa jugak kesedihan dorang. mmg sedih sgt. Hope yang di dalam wad cepat sembuh mcm biasa, moga suami Nadiah dan Zarul tabah. Ich sedih sgt lah. Laki aku pun ckp dia sedih sangat tadi, tak boleh tengok keadaan mcm tu.

Korang jaga-jaga lah, sila ingat, jangan percaya mata korang tu. Kalau mengantuk, rush mcm mana pun, sila berhenti, jangan paksa diri, terlelap sesaat, korang takkan sedar, serius takkan sedar. Tau tau, dah tepi jalan.

Semoga arwah di cucuri rahmat. Arwah Nadiah di kebumi di Bangi, dan Arwah wife Zarul balik Pahang tak silap aku. mak ayah dia nampak tabah tadi. hmmm. pape pun hati hati korang! Termasuk aku jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 comments:

  1. allah, sebak baca :(
    kesian nya :(

    takziah, semoga arwah di cucuri rahmat dan tempatkan di kalangan org2 yg beriman :(

    ReplyDelete
  2. Sebak sungguh kak. Smoga ditempatkan dalam kalangan org beriman

    ReplyDelete
  3. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin

    ReplyDelete
  4. Allah. Moga arwah tenang dan damai di sana. Takziah kak

    ReplyDelete
  5. Kak pura.. Bby tu pun meninggal ke?

    ReplyDelete
  6. Al fatihah..semoga arwah tenang di sana

    ReplyDelete
  7. baca juga berita ni pagi tadi..
    takziah ye Ra..

    hati2 semua bila memandu...

    ReplyDelete
  8. Al fatihah.
    Baby tu pjg usia nya tak rara?
    Sedihnya la hye

    ReplyDelete
  9. kalu tak silap driver tu kawan seopis dgn adik kami kat CCN
    semalam pun dia bgthu
    menangis2 dia sbb anak kawan dia tu tnya mama mana..mama mana..nak susu.
    Allahu..semoga ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman
    al fatihah

    ReplyDelete
  10. al-Fatihah.. moga mereka ditmptkan dikalangan orang beriman..
    Moga keluarga mereka tabah.

    ReplyDelete
  11. sedihnyee..teruk gak tu..kesian kat anak 2 tahun tu dengan baby yang baru lahir tu...lahir-lahir terus tak dpt kasih sayang ibu T_T

    moga mereka semua cepat sembuh dan yg tiada ditempatkan kalangan org beriman..amin

    ReplyDelete
  12. Innalillah...
    Besar ujian buat keluarga ni.
    Kita yg melihat pun sudah sedih apa lagi yg terlibat
    Moga yg diuji diberi kekuatan dan yg pergi ditempatkan besama kalangan org yg beriman.

    ReplyDelete
  13. patut semalam jalan jammed giler dari labu tau. tetiba lalu ambulans. dgr2 pmpuan pregnnt eksiden. tp xtau details. rupanya ada kena mengena dgn rara. takziah babe...

    ReplyDelete
  14. Alfatihah...hari banyak kisah mereka dalam akhbar kan...semoga arwah ditempatkan di kalangan insan2 terpilih...

    ReplyDelete
  15. masa terbaca berita ni kat paper mmg rasa sedih sgt sbb preggy 8 bln. rupanya ada kena mengena dgn rara..bila rara cerita detail mcm ni lagi la sedih..semoga yg pergi ditempatkan di kalangan org2 beriman. yg masih hidup harap tabah dan kuat..

    ReplyDelete
  16. takziah rara. huhu zarul tu 1 U dengan hanis dlu ms di UITM Sarawak

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com