12 February 2016

Birthday Party Qaireen Adra Amanda Bertemakan Little Poney Tepi Kolam

Aku balik Ipoh CNY haritu sbb Y dah wasap aku awal awal, dia nak tempah pavlova dgn brownies utk birthday Amanda, aku kalau dah di ' book ' awal awal gitu senang lah, aku block tarikh siap siap, Y tempah 50biji utk haritu, if tempah 50biji, aku bagi less lagi. plus aku bg lebih sket, bukan lah 50 tepat. hehe. Sambil sambil tu aku bukak order utk kwn kwn, tu pun bukan officially bukak, acah acah je opeh, tu pun cecah sampai 140biji, total aku jual semua utk Ipoh haritu 170biji. pheww, pitams mak. tu sbb aku kata, masa aku balik Ipoh haritu, mcm tak berehat sgt pun. hehe. Tapi xpelah, rezeki aku, rezeki kawan kawan nak merasa kan. Ada yang mengidam sgt sgt, aku buat jugak, seyes tak sampai hati.


Birthday Amanda bertemakan Little Poney, comei sangat sangat! aku suka little poney ni! Kadang-kadang mak yang suka melebih-lebih, anak xtau apa pun. haha. Opah Princess dh warning, tahun ni kena jugak buat birthday cucu dia, tahun lepas tak dapat buat, frust sgt dia rasa. haha. aku pun mcm nk buat tema Little Poney gak lah. hahaha.


Deco table candy buffet semua ni Y tempah kat sepupu dia je, dia cuma add on tempah dessert je kat aku, deco nya simple and nice sgt kan! coklat banyakkkk~ nasib anak dara aku tak rambang mata. aunty Pina yang rambang mata, cilok coklat masuk handbag. hehe

Y buat birthday ni kat Meru Desa park, tepi kolam kata koooo~ Y dh pesan, nk mandi bawak baju, tp kuasa lah aku nk bawak baju, nasib lah budak kecik tu paham, x mintak pulak nak mandi, hahaha. kalau tak, matiklah mak~ Budak budak lain pun mcm behave je, idak pulak ada yg terjun kolam. hehe


Pavlova aku yg dalam kotak tu, x dapat nak diselamatkan, ntah ke blurry an apa aku haritu, pergi beli kotak rendah, pavlova aku plak toppingnya tinggi menggunung, habis penyek krim semua, aku frust sgt, aku dah hias lawa lawa dah pavlova aku tu, seyes frust, Y pulak yg relax je, hahaha.

Tapi aku tengok, semua tetamu amik pavlova 2 biji sorg, si sapina sorg dia pun 3 biji. kalau duk lama lagi, mau dia makan 6 biji, hahaha. opsss~

birthday girl mana? haha

Walaupun tak mandi kolam, aunty Y bg pistol air, jenuh pulak nak kena tunggu dia tembak air dalam kolam, berdiri lah aku menunggu dia main pistol tepi kolam. hahaha.

Friendship 2003 - 2016 

eh nape dlm post ni pic aunty aunty je banyak ni, mana Amanda nya? hahaha. Amanda busy haritu, birthday girl lah katakan, hehe. Last last bergambar dgn mak nya jelah, haha. Aunty nak wish, happy birthday Amanda, semoga jadi anak yang solehah ye, dan sihat selalu~

Semoga persahabatan kita juga kekal sampai bila bila, ni pun tak cukup korum~ hehe. Kita tua sama sama yek~ nanti dah xde gigi pun amik gambar gini gak tau. hahaha. TQ Y, makanan semua sedap sedap! kenyang aku sampai malam ♥

Untuk Tempahan Dessert Mini Pavlova dan Brownies Kedut
WA Rara 019-477 4240 ( no calls )

7 comments:

Chekgu Azrine said...

Fuhhh...bestnya kalau dpt bt birthday party anak2 mcm ni

Norhayati Mohd Isa said...

Meriah betul besday tu Safura..
Kalau akak mahu berketul-ketul pavlova tu masuk mulut akak hahahha..

idzwa kamaruddin said...

korang ni memang jenis cantik ke canni nie? hahahaha..cantik la korangggg~

Fendi Rocka said...

datang sini sebab nak tengok teknik kelihatan kurus je

Inani Hazwani said...

Wahh meriahnyaa. Makanan pun macam2 adaa :)

siti alfakhishah aman said...

fuhhhh meriah coklat n dessert.. penuh meja.. *____*

Suriaamanda said...

meriah....bila ada anak perempuan sure nak buat majlis yang best2 macam ni kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...