03 February 2016

IKES Vendor Boutique Nilai Berkonsep 3 in 1

Boutique 3 in 1


Sebelum-sebelum ni kalau kita pergi butik vendor, kita ada nampak orang jual barang-barangan je kan, tapi di ikeS vendor boutique ni, berlainan sikit dari yang lain, sbb dia 3 in 1, sbb apa aku cakap 3 in 1, sbb ada 3 section dalam 1 butik. best kan! hehe.

3 in 1 - Boutique Cafe, Mini Library dan Event Space. Masa aku sampai haritu, naik ke atas, aku jatuh hati dengan butik cafe ni, walaupun kecil, tapi arrangement space dia teratur dan kemas. karpet warna pink hokkay! korang mst suka kan! jom explore lagi butik ni.

Vendor Boutique Nilai

Boutique diusahakan oleh adik-beradik


ikeS vendor butik ni diusahakan oleh adik beradik dan sepupu-sepupu. Mereka baru je bertapak dalam dunia pernigaan. Sis Aike menjadikan butik ini sebagai baby baru dia, dengan minat dan semangat untuk ada butik vendor sendiri. Sis Aike kuatkan lagi semangat untuk buka butik ni selepas pemergian ibunya yang tersayang. sedih jugak bila dengar penerangan dari adik sis Aike, tetiba aku jadi sebak.

Yelah, sebelum ni kita jaga ibu kita, bila dia dah pergi, mesti lah terasa kehilangan kan, moga sis Aike tabah. Al-Fatihah. okay jom usha apa yang ada di boutique cafe ni!

vendor butik Nilai

Untuk sesiapa yang nak jadi vendor di butik ikeS ni juga sangat di alu-alukan, harga per slot serendah Rm50 hingga ke Rm150 mengikut product, sesiapa ada product homemade, nak luaskan network, boleh lah join vendor ikeS. Meriah katanya setiap minggu, dan sudah makin dikenali. Alhamdulillah.

Seronoknya ' shopping ' kat sini sbb mcm mcm hado, dari produk mak, bapak, anak, semua ada, hehe. Jubah, tudung, pin, produk kesihatan, eh mcm mcm lah ada. gerammm je rasa.

Jubah budak
kedai jual little caliph
every weekend ada ada org buat inai. Princess suka lah ni.
Surau dan toilet disediakan, tak perlu risau kalau tetiba dah masuk waktu je, nak terkucil je, semua ada.hehehe. dulukan mana yang perlu di dahulukan yeee. hehe.


Event Space berkonsepkan Minimalist Modern di Nilai


Jika sesiapan nak mencari event space di Nilai ni, boleh lah book disini juga. Aku suka sgt event space dia sbb konsep modern minimalist yang sangat cozy. Nak lepak lepak baca buku ke, study ke, pun di alu-alukan, sebab mini library pun dalam ni juga.

event space Nilai
event space murah

Harga untuk event space pun berpatutan, hanya Rm50 untuk 1 jam, minimum 3jam. Jika nak sewa 1 hari - 8jam, dapat diskaun Rm50, so just Rm350 je. Jangan lupa book dulu okay, mana tau nanti penuh kan. Event space ni termasuk projector, whiteboard, power extension, mini pantry, air conditioner and prayer room, semua lengkap, bawak pen je hokkay! haha

sembang banyak-banyak puntak guna, cuti ni boleh lah datang sini okay! ada SALE sempena Chinese New Year ni tau. 4hb- 7hb Feb 2016, CNY nanti butik tutup, jgn datang pulak. hehehe.


ikeS • vendor boutique •
No 37A, Jalan BBN 6/3A, Desa Cempaka,
Putra Bandar Baru Nilai, 71800,
Nilai Negeri Sembilan.

( lot kedai baru, sebelah toto )

Open - 11Am - 9PM CLOSE on MONDAY

ikesboutiques@gmail.com
019-2401510


Semoga perniagaan adik beradik ini terus maju dan maju, Good Luck!

5 comments:

Yana Libra said...

waa..menarik jugak

shark said...

mmg best..teringin sebenarnya nak ada butik sendiri hehe..
amin..semoga impian jadi kenyataan :)

dalila said...

Menarik..sewa menyewa pun murah tu..

Inani Hazwani said...

Comelnyaaa bantal bantal tuu :)

DRAMATIC UNIQ said...

alaaa..!! dekat je dgn umah.. nape tak tahu ni..!! grgrgrgrgrr..
okey wajib terjah next week.. yeaaayyy.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...