Karnival Peaceyall di Melaka
First of all nak say thanks kat Halim sbb sudi jemput kita untuk ke Majlis sidang media dengan Dato AC Mizal. walaupun dah pernah jumpa Ac Mizal sblm ni, tapi tetap teruja nak jumpa Dato Ac dengan Datin Amy, kihkih.
Sidang media ni untuk apa? okay jom go thru sama-sama okay! Masa 2 jam yang diperuntukkan mmg tak cukup weyhhh! Dato AC mmg kelakar, nasib semua massage berjaya disampaikan. haha. Aku ni sampai kering tekak asyik gelak je.
Bagi yang tak tahu, meh nak bagi tahu, korang tau tak Peaceyall.FM?? Peaceyall FM adalah radio online tau, radio interaktif pertama yang di pengerusikan oleh Dato AC, artis pertama di DUNIA tau yang ada radio online, hah jangan main-main dgn abg besar ni. hehe.
Jangan lah dok tanya berapa frekuensi dia, dia tak de frekuensi pun, just pergi google, taip je http://www.peaceyallfm.com then settle! dah boleh dengar dah radio. boleh buka di PC atau di smart phone korang, untuk paparan di smart fon, mcm kat bawah ni, ada macam-macam ruangan. Info, Gossip, dan kalau nak berniaga pun boleh. hehe.
Korang boleh borak-borak kat ruangan chat, nak cari jodoh pun boleh. kofkofkof. Nak di jadikan cerita, kalau korang nak tuju lagu pun boleh, cakap je nak laju apa di ruangan chat tu, nanti dorg pasangkan lagu tu. Dato AC kata, dia buat radio ni untuk kita, bukan untuk syok sendiri. so kita boleh pilih lagu apa yang kita nak. boleh suka suka je tukar lagu. kihkih.
okay, sehubung dengan itu, bg mempromosikan Peaceyall.Fm ni, ( ewahhh ayat mcm dlm paper sangat ) hahaha. Dato AC Mizal dengan kerjasama OMGfest akan menjelajah bermula dari Melaka, Pulau Pinang, Ipoh, Terengganu, Johor dan last skali di KL.
Yang bestnya kat karnival peaceyall ni, karnival ni lain tau dari yang lain, dia just santai-santai mcm jenis buat mcm rumah sendiri punya. haha. Paling best bila akan ada 150 usahawan termasuk artis artis dan celebriti pun berniaga sama. hoii best ni, boleh selfie sama. haha.
✔ Lebih 150 booths jualan dari fashion
ke makanan
✔ Persembahan menarik dari Artis/
Selebriti dan semestinya dari Dato AC
Mizal sendiri dan team VJ Peaceyall
✔ Ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM
✔ Pertandingan Karaoke
✔ Hiburan kanak-kanak : Soopa
Doopa,Pony Ride, Giant Balloon,
Pertandingan Mewarna & macam2
lagi aktiviti
✔ Cabutan bertuah bernilai lebih
RM 10,000!
✔ Promosi secara besar2 di stesen
Peaceyall.FM dan Media2 Lain
✔ Mendapat support dari Majlis
Perbandaran Hang Tuah Jaya,
Melaka
✔ Live streaming lokasi karnival ke
seluruh dunia melalui stesen online
pertama Malaysia hanya di
Peaceyall.FM
✔ Bunting & Banner seluruh Melaka
✔ Target Pengunjung lebih 30,000
orang!
PEACEYALL KARNIVAL BERSAMA DATO AC MIZAL
Tarikh : 2-3 April 2016 (Sabtu & Ahad)
Lokasi : Dataran Ayer Keroh, Melaka
Masa : 10am - 10pm
Booth Jualan (Open space & outdoor)
Size : Khemah10ft x 10ft
(1 meja + 2 kerusi + power
supply) untuk 2 hari
Harga : Type A - RM1000
Type B - Rm1200
Type C - RM1400
Size : Khemah 20ft x 20ft
(3 meja + 6 kerusi + power
supply) untuk 2 hari
Harga : Type A - RM1600
Type B - Rm1800
Type C - RM2000
10% DISCOUNT Untuk Pembayaran Penuh Sebelum 25 Feb 2016
Hah ni sedikit INFO aku paste kan untuk korang, dan untuk sesiapa yang berminat nak join berniaga di Karnival Peaceyall boleh hubungi :
1. Talian: +6011-2626 1656 (Daz) ataupun +6019-279 6275 (Lieza)
2. Email: karnivalpeaceyall@gmail.com
3. Website: Peaceyall.FM atau OMGFest2014
dato AC yang tak pernah serius. kelakar habes. |
Kembalinya Kartunis UBI
Mesti pelik kan, apa kena mengena kartunis Ubi dgn Dato AC mizal ni? Peaceyall.fm adalah penaja utama dalam pembikinan dan promosi untuk komik ini, so itulah kaitannya.
Dengan nama SKOOLASTIK, kartunis Ubi membuat comeback dengan harapan dapat menarik semula peminat peminat pembaca komik agar tidak hanya tertumpu kepada gadjet saja.
Kalau dulu cerita Budak Hostel, Aku, Dia dan Volkswagen yang menjadi kegilaan, skrg ni Ubi menceritakan tentang kisah 3 sahabat karib yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah. Korang kena baca sendiri, aku malas pulak nak cerita kat korang. haha.
#fakta, komik ini mengambil masa 8 tahun ( LAPAN ) tahun untuk disiapkan ya! mmg lama supaya dapat cerita yang menarik dan " sampai " kepada pembaca.
Untuk membeli, boleh rujuk info di bawah :
Harga: RM19.90
Belian secara online: www.kedai.kartunisubi.com
Kedai buku seluruh Malaysia: Jualan bermula 20 Februari 2016
Facebook: www.facebook.com/kartunisubi
Instagram: @kartunisubi
Games Dato AC Mizal DAC PEACEYALL
Game DAC Peaceyall adalah permainan baru yang di ilhamkan oleh Dato AC untuk peminat-peminat setia dia dari dulu sampai skrg, dengan adanya game ni, dia boleh berinteraksi dengan peminat secara langsung. Boleh terima pesanan dari Dato AC tau. hehe.
Cara-cara install :
1. Play store ( android )
2. cari DAC peaceyall
3. Install
4. Main dan unlock games
5. Menang hadiah misteri
6. Boleh shopping perfume juga!
Sambil main game, sambil dengar radio, sambil shopping, melampau tau dato AC ni. semua dia nak buat. hahaha.
Tahniah buat Dato AC, dan jangan lupa, beramai-ramai lah kita ke MELAKA pada 2 dan 3 April 2016 ni okay! meriah weyyyy! best! KL Melaka, apa ada hal. haha.
Bersama uncuk kehpam ayerrr, hehehe. #muahmanyak
jangan lupa beli perfume DAC DER, mmg sedap gila bau. |
Bersama Ubi dengan Skoolastik, DAC DER dengan perfume dan Pengerusi OMGfest.
Semoga semuanya berjalan lancar ye, Amin!
KARNIVAL PEACEYALL
2 - 3 APRIL 2016
DATARAN AYER KEROH MELAKA!
JOM RAMAI-RAMAI

Alhamdulillah..
ReplyDeleteSuka tengok anak Melayu semakin berjaya membuat sesuatu yg lur biasa..
Semoga safura juga suksess..