02 February 2016

Motivasi Pagi Selasa - Balasan membuka aib orang

Assalammualaikum korang~ hello selasa! eh masuk kerja hari selasa, bestnyaaaa! lain machiam semangat dia, hahaha. Yelah, dr umur 7tahun kita mulakan apa apa dengan hari Isnin, sampai dah rasa Isnin tu, alahahaiiii xbestnyaaaa. hahaha. tambah lagi kalau baru balik dr bercuti ke, baru sampai dari kampung ke, mesti lah lagi tak boleh move on. Ni bangun bangun dah selasa, best lahhh~ Jumaat ni pulak nak balik kampung, lagik lah beshhhh! hehe.

Aku mcm biasa, pagi pagi mesti mau dengar motivasi, cermah pagi, aku suka dengar Sinar Fm skrg ni, ada satu segmen, " kawan tanya ustaz jawap ", tiap tiap pagi mst ada satu soalan, pagi ni soalan dia, " adakah si isteri perlu menceritakan kisah silam dia kepada suami atau bakal suami? "

Jawapan dia : TAK PERLU, tak perlu nak cerita dan si isteri perlulah bertaubat, maka Allah akan mengampun kan dosa. Tapi, kalau ada kwn kwn yang menyampaikan cerita, makan si suami nak jugak tahu kisah sebenar, maka cerita kan lah, jika suami yang soleh, dia akan memaafkan. Besar pahalanya.

Bagi yang membuka aib orang pula, maka menjawap lah nanti. Sesungguhnya jika kita menutup aib orang, Allah akan menutup aib kita di akhirat kelak.

Takutkan, moga moga aku bukan lah golongan yang membuka aib org, InsyaAllah. Kita cerita yang baik baik je sudahlah kan. buat apa nak cerita yang tak elok, mmg sedap kalau bergossip, tapi tak lalu nak menjawap di akhirat nanti. Allah akan membuka aib kita sehabis-habisnya.

Okay lah, sekian ceramah ulangan dari ustajah Safura. hehehe. nak buat kerja sat, ok baiii!

13 comments:

Dkna Abza said...

yang bab suami isteri tu macam cerita si wedding planer semalam la..hahaha.. ada kaitan ek..

YB Shehan said...

moga aib kita ditutup selalu. amin

idzwa kamaruddin said...

betul..x suka pun diam je..

yanie yusuf said...

betul.. bila tgk org cam senang je, mesti org tgk kita pun cam tu. tapi ksusahan hanya nampak oleh org yang mrasainya..

Inani Hazwani said...

Setuju kak. Diam lebih baik nak nak bila tengah marah :)

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Btul tu... satu aib org kita bukak, 10 aib kita allah bukak nanti. Semoga kita dijauhkan sifat mcm tu. =)

anis abdullah said...

Betul jangan buka keaiban orang sebab nanti Allah akan buka keaiban kita pulak.

CikLily Putih said...

terima kasih ustajah rara hahahahha

Yana MIB said...

mekaseh atas reminder ostajah rara..muahciked! ^_^

Diana Rashid said...

Ok ..baiklah ustazah...
eh!tapi kalau tengah angin mula la meroyan nya datang tu..tetiba lupa segala ceramah bagai..heheh..akak la tu..

nuyui a.k.a miss YUI said...

sama sama mnjga aib, itu lbh baik kan kak..

Yana Libra said...

mintak aib kita yg lepas2 ditutuplah kan..dulu mgkn kita jahil..huhu

dalila said...

Hurmmm..bile bace ni rs insaf..tp bile dh start gosip mula la..Ya Allahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...