16 February 2016

Princess - " ibuu takde duit ke? "

Aku tak tau mcm mana cara kalau korang nak mengelak dari anak korang mintak nak beli apa apa, tapi skrg aku guna pendekatan cakap kat dia " ibuu takde duit " hahaha. Princess bukan lah jenis yang meminta-minta, ( syukur ) kecuali kalau benda tu betul betul dia nak, books ke, color ke, aiskrim, coklat, bubble. Dia jarang nak minta mainan, mmg jarang sgt sgt, tu sbb kalau dia minta mainan, aku belikan je.

Tapi benda yang dia selalu minta, aiskrim, air, dengan coklat. aku jarang nak belikan jugak, sbb dia suka batuk kalau makan aiskrim. Aku sakit hati bila dengar dia batuk. Skrg ni bila dia nak beli, aku cakap je aku takde duit.

Masa kat HKL haritu, dia nak mintak air 100 plus tau, satu satunya air gas yg dia pernah minum, aku sbb tak nk bg dia nangis, aku belikan, sampai kat depan mesin air tu, baru aku perasan yang duit aku takde, mmg betul-betul aku tertinggal beg duit. choi sangat.

Aku serba salah, aku cakap kat dia, ( as usual ) " kakak, ibuu tertinggal beg duit lah, duit ibuu tak de " pas tu dia cakap, " ibuu takde duit? " pas tu dia diam je, kami terus duduk atas kerusi. Alahaiii, sedih sgt aku rasa masa tu. Papa dia dah naik wad, xleh nk mtk duit.

Aku korek korek celah celah handbag, finally jumpa rm2, syukurrr. hahaha. biasalah duit selit selit, aku terus ckp kat dia, " kakak nak beli air tak? " dia angguk, sampai depan mesin, aku keluarkan duit, dia tengok muka aku sambil cakap " eh ibuu ada duit? " dia mcm terkejut, memula aku cakap takde, ni ada pulak.

Aku risau je budak kecik ni ckp aku tipu dia. hahaha. terus aku terangkan kat dia. " Aah, ibuu jumpa celah celah ni, ibuu cari cari tengok tengok ada duit " dia angguk angguk konon paham. haha. Rasa mcm lawak, tp sedih gila gak ah aku rasa bila x dapat bagi anak sesuatu, kdg kdg kita larang, tapi bila betul betul tertinggal beg duit. sedih wehhh.

Tapi so far, dengan cara cakap " ibuu takde duit " tu mmg menjadi untuk aku. hahaha. Actually bukan takde duit, tapi sbb nak mengelak dr asyik beli benda bukan bukan jeee. kalau korang, korang cakap mcm mana kat anak korang?


A photo posted by Blogger Malaysia 👸 (@safurara) on
A video posted by Blogger Malaysia 👸 (@safurara) on

14 comments:

idzwa kamaruddin said...

lepas ni jangan cakap ibu takde duit okey..tu doa laling..lepas ni cakap duit ibu tak cukup nak beli tu..nanti kiter beli okey.

mrs kayrul said...

Mujur la incess sgt memahami

anez zamri said...

hahahha ha tu lah ra..dah betul2 tertinggal duit..

ngn acik2 tersebak sekali hahaha

Shahida Dzulkafli said...

Kalau sha, biasanya cakap "Mak x cukup duit.. Insya Allah kalau ada duit lebih, mak belikan ye" @ kalau anak minta sumthing yang big macam KFC biasanya sha cakap kena tunggu mak gaji baru boleh.. So dia akan tnggulah dan bila gaji kenalah tunaikan..

BeloG MTT said...

sometimes rasa serba salah kan kalau anak anak minta mainan ke apa ke tapi kita tak belikan. bukan sebab takda duit atau berkira, tapi kita nak praktik kan pada anak anak jangan selalu meminta minta walhal dlm hati sebenarnya setiap apa yang dia minta tu nak sangat ada kan. Mcm anak laily pun sama juga, tak jenis minta mainan sgt sebab dari awal dh praktikkan kat dia bila keluar, nampak mainan tak belikan. Mcm sekarang pun, bila rasa nak belikan dia mainan, suruh dia pilih, dia ambil satu, letak balik, ambil satu letak balik. Kadang2 tu dia tak pilih pun mainan apa dia nak, mama dia yang ambil kan. Hehehe :D

ummi nazirah said...

Emmm payah gak.. tp anak kamu dgr kata.. baik explain je baik2 kt dia knp x bli. Dia msti paham..anak kite slalu sblm kua jejalan kite dh ckp kite keluar untuk jalan2 so xboleh bli mainan..kite ulang smpai 5 6 kali spnjg perjalanan..alhamdulillah mnjadi la jugak

ummi nazirah said...

Baik kamu explain kt dia ra.. anak kamu dgr kata..msti dia phm kenapa x bli..
Anak kite slalu nye kite buat mcm ni.. b4 kua jln2 kite ckp kt dia arini kite kua jalan2 so xde bli2 mainan..ulang 5 6 kali sepanjang perjalanan... kdg2 dia bosan smpai angguk2 jek.. alhamdulillag so far menjadi jugak kecuali dia mmg mood mngamuk or nk sgt ultraman dia tu

Nurul Aziz said...

Betul tu, taknak beli, tapi pastu rasa serba slah. Pastu belikan. Hahaha. Tp klw benda mhal sgt, just ckp kakak tunggu ibu work eh.. Ibu work baru ada duit bnyk.. Sekarang ibu takwork duit pun tk banyak

anajingga said...

betul tu Rara, dalam mendidik anak-anak ni kena ada tarik talinya, bimbang jika terbiasa dengan memberi segala kemahuan, in shaa allah princess seorang puteri yang baik dan solehah bila dewasa nanti..amiin .

Rizziela said...

sy selalu cakap.. mummy x cukup duit.. nanti nak g sekolah x ada belanja plak

emalin mohd said...

Saya bagi alasan..mintak dengan ayah..

LM said...

Fuhhh mujur ada duit selit2. Sbb tu akk x suka kutip kemas sgt handbag sbb kerap sgt duit x cukup dlm purse laki takde duit dlm kocek selit sana sini tu lah akk korek cukupkan tau.

Org dulu2 kata x elok ckp xde duit .. Ntah la.. Dulu la masa akk sek rendah ada ustaz tu kata tak elok, doa tu. sejak tu akk tak berani guna ayat tu

HanNis SaNia said...

alahaii dah besar anak dara ni kan???

Anonymous said...

saya selalu bagitau anak, tggu papa dapat gaji nanti kite beli ye.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...