10 February 2016

Quality Time With Family and BFF

Cuti CNY baru baru ni yang konon mcm lama tu, rupanya kejap je kan, aku ni mcm tak cuti rasanya, pg pg dah bangun siapkan Pavlova org untuk pick up. tp xleh merungut kan, rezeki Allah nak bagi, kena bersyukur, hehehe. Jumaat tu aku EL, sbb hari Khamis, dari balik kerja aku terus bake sampai Subuh, lepas je solat subuh, aku terus FLAT! tak boleh buat apa dah, seyes tak larat gila! tu nanti lah aku cite. Then petang kami gerak balik Ipoh, ingat kan gerak awal sampai lah awal, tapi nan hado, kul 6.30pm baru sampai Ipoh. Allah, letih duk dalam kete.


Sampai je Ipoh, opah dah menunggu depan pintu, kesian Opah tunggu lama, budak tu bila jumpa opah, jumpa mashu, suka sangta lah dia, nak nak opah pulak dah beli kan dia set playdoh yang aiskrim tu, wahhh suka lah diaaa! habis hati.


Malam pulak lepas Magrib, teruskan misi untuk mencari drill laki aku, tengok kat Tesco ampang ada offer, tapi dah habis, then usha kat Tesco Ipoh, tengok ada lg seketol! mmg rezeki laki aku, rembat lah seketol tu, suka sgt dia, repair pintu rumah mak aku, jimat Rm360, ada ke patut nk repair bingkai pintu je mintak sampai Rm360, buat duit betoi kome ni eh. laki aku buat sendiri dah jimat. Alhamdulillah.


Esoknya Sabtu keluar dengan BFF nan seorang ni, dia awal awal dah book aku, sbb nk mintak temankan g jumpa wedding planner, seronok teman orang nak kawen ni, aku pun feeling feeling gak.hahaha. Kami kalau jumpa, tak gelak mcm orang gila tak sah, cakap sikit gelak, cakap sket gelak. adoii kelakar lah! ada je benda nak gelak, seyes happy!


Pergi lunch, lari sana sini jumpa wedding planner, sampai sempat lagi g cr lipstik. hahaha. Sapina dah lipstik mana leh pisah, kalau aku, sejenis tu pakai sampai habis, aku tak heran, ni aku baru terjebak dgn Revlon matte balm, hurmmm, nk beli lg 2 batang, tapi tunggu dulu lah, tunggu habiskan ni separuh dulu. hahaha. Tu pun rasa sekejap sgt dapat jumpa, masa amat mencemburui. ewahhh~


Malam pulak bawak anak dara main bubble, kalau ikut dia, mcm mcm nak, nk buat inai lah, nak itu nak ini, tp nasib ada papa melayan, papa bg main bubble je, pastu sambil lari lari kejar bubble, jatuh kat selut, alahaiii kesian anak ibuu. hahaha. terus beli bubble dlm botol tu, then balik rumah.


Ahad, pergi birthday party Amanda, tu nanti entry lain lah. hehe. Balik dr birthday party, saje jalan jalan ke Aeon Klebang, masuk brand outlet, Ya Ampun, aku x paham kenapa yg dah try try kasut tu biar je kasut tu berlonggok atas lantai, ke jakunan apekah engkorang ni, then nak baru seluar pun payah, habis dilongok longgok kan mcm bundle. Kesian staff staff kat sana. sedehhh~


Anak dara pun sibuk nak try baju. kahkah, anak dara sangat!


habis Ahad, tetiba dah isnin, petang tu bawak Princess main kat padang polo, then malam tu kami gerak balik KL, Ya Allah kejap sangat masa, x puas rasanya balik ipoh, masa aku habis buat pavlova + tidur + layan family and kawan. Henpon sume tolak tepi, malas nak fikir pasal hp, hahaha. Sume order aku balas harini. hahaha. hampun ye cust ku sayang~ kasik hakak rest eh. hehehe.

Harini kerja mcm biasa, jalan x jem, best gila. kalau lah hari hari cm ni, indahnya~ Malam ni dah kena start bake pavlova lagi. huaaaa~ bila lah nak kaya mcm Neelofa ni!

3 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg byk crita ni..hihi..

eima said...

semoga murah rezeki sentiasa ..aku yg baca ni pun penat hahahah

lieyalatif said...

rara dan pavlova tak dpt dipisahkan....sementara org suke ni rara, rezeki murah teruskan ajek ...masyukkk bisnes.....lagi pun kepakaran rara kat pavlova so jgn dipersiakan...mcm akak kepakaran kat makan ajek kahkahkah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...