Image and video hosting by TinyPic

26 February 2016

Viral Terkini Jubah Pahlawan, Bawal Ekslusif, Sekolah Kerajaan

Jubah Pahlawan


Entah kenapa dunia skrg ni, makin lama makin pelik, makin lama makin pelik. Ya Allah. Jubah Pahlawan katanya, pahlawan pakai gini ke dulu? Tapi kenapa aku tengok x mcm pahlawan pun, mcm geli adalah.



Bila terlalu inginkan perhatian, gini lah gayanya kan. 2 3 hari ni mcm mcm hal viral kat FB, Pasal budak Raver, pasal tudung bawal ekslusif, pasal dak Ameera adik Neelofar tu, mcm mcm hal lagi lah. Pasal aiskrim sume pun viral gak, tu tunggu aku buat malam karang. hahaha.

Budak Raver, mereka juga remaja, aku juga pernah remaja dulu, mungkin masa tu aku idak lah pandai menari gitu, masih lagi behave, tapi bila remaja ni, mudah nak terikut satu satu benda tu, nak nak pulak zaman skrg ni, benda benda gitu senang je tersebar, bukan mcm zaman kita dulu.

aku nak cakap lelebih pun aku takut, sbb aku pun ada anak, pandai pandai lah kita jaga anak kita, anak kita juga akan jadi remaja nanti. takutnya aku.

Pasal Ameera, adik Neelofa yang bagi " pendapat " tentang sekolah international dgn sekolah kerajaan, ramai yang marah, eh ramai jugak yang menyokong dia. mcm aku? aku cuma boleh cakap, dia beruntung, sbb mak bapak dia mampu hantar dia merasa bersekolah di dua-dua sekolah.

Macam aku dulu, aku sekolah kerajaan, aku takde lah rasa sekolah kerajaan tu teruk sgt, toilet dah mmg lah, setakat hancing tu standart lah, tandas awam yg kat pavilion tu pun kdg kdg hancing, even dh tua tua yang guna, ni pulak masa budak budak, what do you expect. Pada aku pulak, zaman sekolah aku dulu best. hehe. Aku tetap enjoy sekolah, Why so serious?

aku pasti, mesti ada cikgu cikgu yang kecik hati dengan kenyataan dia kan. sabar lah ye. Siapa yang mampu hantar anak ke sekolah " mahal " tu silakan lah. Hopefully mana mana sekolah pun boleh jadikan anak kita insan yang terbaik. yang pandai. yang penting anak seronok.

Pasal tudung bawak ekslusif tu, alahaii, kenapa baru tau ni? aku dah lama dah tau harga dia mmg mahal. kawan aku Sapina siap BF dia belikan 2 helai tu kat dia RM600, mmg dia bertatahkan batu swarovski, tau tak berapa harga nya? sila jangan tanya lah. hehe. aku nk beli charm yg ada batu swarovski tu pun aku pk 40kali. hehe

Dan dia buat tudung tu bukan untuk rakyat marhaen mcm kita, ko kena tgk target cust dia siapa, pergi tengok kat page tu. Datin datin, bukan nya pekerja gomen mcm kita ni, kita ni nak beli tudung rm35 pun pk 2 3 kali. ada jugak yang beriya book, then cancel pulak nk membeli. hahaha. lolz.

Kalau Neelofa pun boleh tempah kek bertatahkan swarovski bernilai 6K, korang nak heran apa. hehe. lagilah lepas potong kek tu, buang saje batu swarovski tu. ko mamphuuu. hahaha.


Semakin ramai attention seeker skrg ni, semua nak tunjuk diri hebat, diri pandai, diri bijak dari orang lain. aku ni kdg kdg perhatikan je. Tapi jangan lah sampai mengecilkan hati orang, hati hati bila bercakap. Semua tu dicatit di bahu tau. heee. tetiba nak jadi ustajah lak aku ni. hehe. okay lah, sekian " pendapat " aku, yang penting behave, Maaf andai ada tersalah kata. Nak order brownies sila bgtau ye. kihkih. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. jubah pahlawan macam dress..so geli2..

    bab tudung bawal eksklusif tu memang, mahal gila tapi dah nama pun guna swaroski nak kata apa..huhu tetiba terasa bab book tudung lepas tu cancel, haha sebab kite pernah book kat akak lepas tu tak jadi beli..maap sesangat..
    harap diampunkan..ehehe

    kite setuju ngan akak, kek neelopak lagi melampau lepas makan buang je batu tu..membajirrrrrr..tudung tu tahan lagi kita pakai berkali-kali, bertahun-tahun ye dak..adeh la..apa pun kalau mampu, apa salahnya..

    ReplyDelete
  2. Dah macam2 trend skrg nie...apa yg pelik mula la jd viral...adoi la

    ReplyDelete
  3. apa istimewa la batu tu tgk biasa jer.. baik aku beli emas mcm mami jarum hahahah

    ReplyDelete
  4. Hehehe biasalah, trend viral buatkan depa cepat naik nama.. Nama dah naik, produk pun dikenali.

    ReplyDelete
  5. Hehe betul tu...kena kurangkan cakap dan komen bukan2 sekrg ni

    ReplyDelete
  6. Macam pelik je,, kenapa nak letak batu batu tu dekat kek? Huhuu. Tak ke menyusahkan nak buang batu tu nanti bila nak makan? Kalau saya, saya lebih rela order berpuluh kek secret recipe dari order kek ni. Muahahaha

    ReplyDelete
  7. hmm..macam2 sekarang..semua nak jadi bahan viral.lain dari yg lain kan??

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com