03 March 2016

Adalah tu silap kat mana-mana

Lately aku rasa ada je benda tak kena, cepat je nak emo, sikit sikit benda pun nak terasa, sikit sikit nak keluar air mata, emosi senipis tisu, senang terkoyak. haih. kenapa lah hormon ni, ni yang aku tak suka, bila over stress je, mula lah allergic teruk.

Starting dr hari isnin haritu. aku rasa lemau lemau, then kat timeline fb sume berita yang tak best, kecuali dress kawen Anzalna je, lain lain sume berita tak best. Sume benda yang merisaukan aku, errr boleh tak! dari campak anak, dari dera anak, dari anak tak sihat, dari subsidi tepung, sampai lah ke berita gempa semalam. Ya Allah. dunia nak Kiamat ke?

Tadi pulak kak Nadia WA aku, dia kata barang aku yang dia pos hilang, xboleh nak track, cicir gamaknya, Allah. dah lah suppliment aku tu. Rasa down lagi, rasa nak nangis lagi. Tapi takpe, aku sabar, kak Nadia mintak maaf, dia kata dia nak ganti. aku pun okay lah, xpe lah kak, nak buat mcm mana kan. Aku pun mintak maaf kat dia, dia kata mungkin dia kurang bayar zakat kot. hahaha. Aku pun mungkin lah ada silap di mana-mana. Allah nak uji kan. Aku pun kena banyakkan sedekah ni.

Ni baru kejap ni, Puan Finas penyelia taska Princess wasap, princess batuk, batuk batuk teruk, sampai xboleh tidur, aku rasa penangan aiskrim sumi lah tu, sehari makan 2 batang. menyesal lak aku buat. Ni aku nak amik jap, nak bawak g klinik. Moga tak melarat lah, balik ni nak buat minyak bawang putih mcm biasa.

Semoga Allah memudahkan urusan kita semua ya, bergenang air mata aku masa Puan Finas kata Princess batuk batuk sampai terjaga, x lena tidur. sedihnyaaa. Kesian anak aku tu. Yelah kan, mungkin aku ada buat silap apa apa ni. kena audit balik diri. kena uruskan diri aku betul betul lepas ni. Minggu depan aku dah tutup order untuk brownies dan Pavlova, Minggu lagi 1 pun dah tutup dah. nak bg lebih tumpuan sikit kat Princess. Tq korang sbb selalu support.

Semoga korang dimurahkan rezeki tau. Bai, doakan Princess sihat sihat je eh. ♥

13 comments:

najwa zahid said...

insyaAllah semuanya baik2 blaka nanti

idzwa kamaruddin said...

Sabar lah ra..ade hari kiter gembira sampai terlupa duka ade hari duka tu yang betulkan kiter balik..nampak tak hikmah nyer? penat je awak tu sebab tu cepat terasa n emo. bawak berehat oke.

Jueliza Jamani said...

kita pun emo ari ni.. kena marah skit nagis sebab dah sakit urat belikat tak leh buat apa.. huwaaaaa nagis tersedu2 plak tu..

Inani Hazwani said...

Kak Rara kuat. Semoga dipermudahkan semua urusan ye kak :)

mama tisya said...

smoga dipermudahkan urusan

Abd Rosyid said...

Semuanya akan baik-baik saja

anis abdullah said...

Sabar banyak2 ya

anis abdullah said...

Sabar banyak2 ya

yanie yusuf said...

Tap pe Rara moga ada yang terbaik utk Rara ye.. aamin

Yana Libra said...

insya'Allah semua ok..mgkn kita dah lama tak ingat kat Dia, tu yang diuji macam2 kan..

Chekgu Azrine said...

Incesss....cpt smbuh ye...

PinKy MoMMa said...

emo dan rara berpisah tiada..tu baru emo..blm dia nangis lg hahahahaha pitam mak!

DRAMATIC UNIQ said...

biasa lah tu, ada hari kita happy ada hari kita stress.. ada hari kita, ada hari orang lain..

apa yang penting kita maintain positif ok..

*hugssss*

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...