01 March 2016

Aiskrim Sumi Viral Sangat Bahaya

Resipi Aiskrim Sumi


Hari-hari aku tunguu, apa lah yang akan viral harini, apa pulak yang akan viral harini, tazabarnya nak tunggu, aku paling suka kalau dorg ni viral bab makanan, sbb leh makan sedap sedap. haha.

Baru baru ni viral pasal aiskrim sumi! hoiii fenomena sungguh sampai Sumi semua habis kat pasaraya, aku pun tengok tengok kat Tesco dah nak habis, cepat cepat aku rembat 2 pack. Coki coki pun habis gak. hahaha hebakkk ah org Malaysia.

Kebetulan plastik aiskrim mmg dah lama aku beli, sumi dah beli, so tunggu weekend lah nak buat dengan Princess. Anak dara tu kemahen eksited, pg pg dah ajak aku buat aiskrim, asyik lah ulang yang tu je. last last petang Sabtu tu kami buat lah sama sama.


VIRAL TAK VIRAL LAH bila aku dpt 252 ( sofar ) likers kat IG, tak pernah aku dapat like banyak ni! hahaha. mmg viral sangat!


budak tazabar! oi kakak idung jgn nk kembang sgt lah. hahaha
Paling renyah
Resipi Aiskrim Sumi ( 20 batang )

Bahan-bahan :

Susu cair ( 1 cawan )
Susu pekat ( 1 cawan )
Air suam ( 4 cawan )
Garam secubit
Essen Vanilla ( 1 sudu kecil )
Sumi 2 paket ( potong 4 atau hancurkan )

Cara-cara :

Campurkan semua bahan kecuali sumi.
Kacau sebati, rasa sedap atau tidak.
Tuang bancuhan dalam plastik
dan tambah sumi.

SIAP!


Ko tengok aku ikat aiskrim tu pakai getah, sebabnya tangan aku dah sakit masa bukak sumi tu, alahaiii renyah sangat buat aiskirm sumi ni, dah lah nak kena bukak sumi 1 1, nak nak sumi yang aku beli ni jenis susah nak bukak. sakit gila ibu jari, then nak potong potong lak sumi tu dah melekit lekit. then nak masukkan susu dlm plastik pulak. dah lah xde corong. haha.

aku tengok kat group MAHN kan, dorg guna sumi tu jadi corong, potong sket moncong dia tu, then jadikan mcm corong, paham tak ni apa aku cakap ni. hahaha. aku cari pic dia xde pulak.

selamat mencuba korang! sedap buh essen vanilla tu sikit. Garam tu buat dia rasa lemak lemak. Princess pagi pagi ahad tu dah tanya aku, Ibuu jom tengok aiskrim kakak dah keras ke belum nak x? hahahaha. amboii sangat. dengan ailio basi nya makan aiskrim 2 batang. sabar jelah.

12 comments:

Emy Effendi said...

baru plan nak buat sabtu nanti! haha

Mrs Puex said...

jemput baca resepi eskrem sumi ikut sukahati makk..hahaha..

http://mrspuex.blogspot.my/2016/02/pengaruh-viral-aiskerim-sumi.html

-ainie-

idzwa kamaruddin said...

anyoooo sedap la haiii ramai dah buat makna nyer nak kene buat gak la nie!!

Inani Hazwani said...

Dah buat jugak. Sedaaaaaap kann !

Nadia Johari said...

Nak buat dengan anak buah nanti

Normi Nieza said...

kna blik buat jgk ni..:)

Miss Moon said...

sedap tak rasanya Rara. Duk nak try juga tapi tak pergi beli lagi plastik ice creamnya heheheheheh

nanti nak cuba la

mama tisya said...

Vkend aritu rmi yg dok up gmbr..terliurrr tgk tp kemalasan nk wat..adik akak pn dh wat tp versi Choki and sangkaya sbb sumi sold out hehe

Anonymous said...

letak sirap sket. jadi lah aiskrim bandung sumi. sedap jugak. macam biasa derhaka sket dengan resipi. hehehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui pun dh buat,. etnry dlm draft..hihi

Yana Libra said...

hehe..pg2 dah mkn aiskim ye..

still suka lagi aiskim asam boi..huhuh..

DRAMATIC UNIQ said...

untung laaa Princess dapat makan eskrem sumi..! hehehehee.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...