Pagi pagi tadi bangun awal jugak, topping brownies pula. Pas tu terus gerak g office, Alhamdulillah lah tak jem kan, sampai awal lah jugak. Nasib esok cuti, boleh tidur, boleh bangun lambat.
Semalam kesian kat Princess, Laki aku kata dia tanya " mana ibuu ni papa, kenapa ibuu balik lambat " padahal aku balik mcm biasa, cuma aku terus ke dapur, tak naik atas pun jumpa dia. Bukan apa, kalau aku jumpa dia, KOMPOM! dia tak nak tido, nak ' tolong ' aku buat brownies. So biar lah dia tidur dulu. Rindu sangat kat dia.
Tadi aku cakap kat dia, " kakak, esok cuti kita g jalan okay " dia angguk. sobs, sedih lak rasa.
Ok berbalik kepada tajuk di atas. haha. dah puas ko bebel, baru nak berbalik kepada tajuk yeww. choiii. hahaha. eh mukadimah mst lah meluahkan perasaan. kihkih. Apa eh aktiviti yang sesuai dikala musim panas ni eh? kalau luar negara, musim panas dorg pergi berjemur, kalau kita ni, agak agak kalau berjemur tu rentung tak? hihihi. Jangan lah buat pasal yew.
Pada aku, masa musim musim panas ni, bagus lah jika :
- Lepak kat rumah layan Korea bersama anak dan suami. kahkah
- Jalan-jalan shopping mall sbb sejuk
- Buat aktiviti makan makan di rumah
- Pergi melancong ( kalau banyak duit )
- baking
- buat aiskrim sumi
Banyak aktiviti dalam rumah jelah, kalau nak keluar pun malam okay sikit lah kan. Kesian kat anak anak. Aku pun kalau keluar, nak masuk kereta tu, Allah, bercinta rasa, dia punya berkuap, aku rasa brownies pun boleh masak.
eleh~ tu je idea yang ada? hahaha jadiklah, saja nak jadikan bahan bebel pepagi ni, bukan nak bg idea sangat pun. kofkofkof. TQ lah kalau baca sampai habis. Tips dr Pen Merah dot com tu pun bagus gak, sila hindari orang yang kita tak suka tu paling penting tau! hahahaha. kang takut terbakor.
ok baiiii ♥

kan..musim panas ni nak keluar pun malas.
ReplyDeleteMemang panas sangat sekarang, walaupun petang hujan lebat malam berbahang jugak. Setujuu musim2 panas ni kena banyak minum air masak :)
ReplyDeletetips berguna tu..:)
ReplyDeletekesian kat anak kan bile kena blk lewat...sy blk plg lewat pun kul 6 lbh tu pun dia dah mengamuk kat babysitter sbb sume bdk lain dah blk T_T
Duduk rumah tgk korea tu tak bleh blah... hari2 sy layan korea...harap twins yg bakal lahir ade iras2 comel korean mcm anak 1st tu hehehe...
ReplyDelete