Image and video hosting by TinyPic

14 March 2016

Cerita Cerry Berry dan DIOR Sunglasses

Hai korang, amacam pergi kerja harini? tak jem kan! hahaha. aku harini boleh lak terlambat, malam tadi tak boleh tidurrrrr, huaaaa. Kisah nya, Jumaat mlm tu aku velanja family makan kat cafe Neighbors kat Ampang nun. Dorg semua makan makanan lain okay je, tetiba tang aku, boleh pulak cerry berry, aku rasa sbb air Mojito yang aku minum tu, ntah dorg tak basuh bersih ke serai, or lemon tu, or daun pudina tu x tau lah kan. Tapi dan dan pulak kena kat aku! choiii! So berulang ke toilet lah aku dr pagi sabtu tu. huaaaaaaa.

Nasib lah order Pavlova dgn brownies tak banyak, sebiji Pavlova XL utk sabtu, 3biji brownies utk hari ahad dgn Pavlova personal, tapi lembik gak lah aku, errr tp jangan risau, kebersihan semasa baking masih terjaga. Aku care lebih bab bab hygiene ni.
Nak tau tak, sejak dua tiga menjak ni, aku mcm addicted kat sunglasses DIOR ni! mcm dulu aku sibuk nak jam MK Rose Gold tu, bila dah dpt puas hati sangat lah, now dok gila kan sunglasses ni pulak. Allahu! geramnyaaaa, siang malam aku termimpi-mimpi. kenapa lah kenpaaaa! aku google, nama dia ' so real ' betul ke? ntah lah, tapi nama x penting, yang penting sbb dia Rose Gold dan lawa gilaaa! harga?? butik rm1800, ( malaysia ) kalau online shop, ( trusted ) Rm1200, Rm1500 boleh dapat dah. ko ghase mcm mana?


Sabtu event cerry berry pun, aku tetap keluar pergi Sunway Putra Mall utk makeup class with Golden Rose, tu nantilah aku cerita lain eh. Tapi ahritu aku x makeup pun, sbb seyes xde mood, perut memulas mulas. habis class aku terus balik. melepek lagi.

Ahad tu melepek jugak, tp sempat lah pergi kenduri mkn nasi briyani. hahaha. Petang delivery pavlova then suami aku ajak g makan kat D'Pallet kat ulu langat. dalam sakit sakit perut tetap keluar makan, tp aku x selera sangat pun, xtau nak makan apa. order Aglio Olio je share dgn sikenit ni, tp dia yang makan banyak, aku bape suap je. Dia kalau dgn pasta mmg ghairah lebih.

Balik dr makan, ajak laki aku g down town, nak cr shawl kaler merah. hahaha #alasan, padahal nk cr spek mata. hahaha. mana tau ada spek Dior yg gred AAA. hahahaha luls. melampau sgt perangai tu. Tapi kat down town mmg TAKDE lah pung! gila mcm mana dorg nak tiru kan, aku jumpa lah design yg ala ala sama. hahaha.


ni ada lah yang ala ala sama, tp aku x amik yang reflected tu, sbb nt kalau tak jaga, depan dia tu cepat calar, so amik yg biasa je, jadiklah kan! hahaha. aku nk beli yg Ori tu, laki aku tak merestukan. huaaaa, apa apa pun kena mintak restu suami kan. tp dia kata SILA JANGAN MEMBAZIR. so okay lah, xyah lahhh. sobs. duit simpan utk KC rumah baru.

dapat yang ni pun jadiklahhh.


Pas tu menghabehkan duit beli Speed cable ni, rm10 je, hahaha. mmg speed sangat dia charge! suka suka!!! pas tu beli cover hp yang belakang tu, hp aku habis calar balar wehhh, dengan jatuhnya, mmg buruk betul hp tu, rm5, beli 3, rm10, buat apa banyak banyak, beli 1 sudah. ahahaha. terpaksa amik biru sbb owl dia lawa.


Lepas tu beli Shawl Bubble yang tengah meletop letop tu, hahaha. aku beli ni yang dua muka, jap lagi aku nak meniaga, tunggu aku up gambar tauuuu! luls. Bubble shawl sangat best! sangat senang bentuk, tebal! best!


Princess pun pakai shawl dua muka. hehehe. tetiba masa otw balik, laki aku tanya " masa tengah jalan jalan kat down town td, sakit perut x? " choiii, mmg dasar, hahaha. masa tgh makan sakit perut, xde selera, masa shopping, hilang semua sakit, balik rumah tetiba sakit balik perut. hahahahaha.
itu lah cerita aku untuk weekend ni, doakan aku beli DIOR ni tau! huaaa. mana tau ada sale tinggal Rm1K ke, hahahahaha. or tetiba aku menang contest ke, or ada orang nak sedekah ke. doakan tauuu! hahahahahahahahaha ok bai! Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. G down town mana rara?...macam best plak...aku dah lama aim cover hp macam ko beli tu...

    ReplyDelete
  2. ha cepat sikit upload shawl bubble tuh..kenan plak..nak yg ade love love please..kekeke..

    ReplyDelete
  3. Haahha..lawaks..smpi termimpi2 plak dah...dsasayat betul penangan dior ni

    ReplyDelete
  4. kak ra ploles sungguh la kulit kak ra. nak kulit cm akak hahahahha.

    spek mata tu nangis jap dibucu katil hahaha

    ReplyDelete
  5. Memang bertepatanlah beli sunglass kena cuaca sekarang ni..
    Shawl dua muka kakak suka. Tapi lagi suka tengok anak dara comel-lote tu. Sweet pulak dia pakai:)

    ReplyDelete
  6. haha..hilang terus rasa sakit tu yeee~ :p

    ReplyDelete
  7. Ala2 pun tak apa.. mudah2an nanti dapat yang ori tu dik.. hihi
    cover phone tu comel gambar owl.. sekarang Khairine pakai hp note 3 neo akak tu.. dia pun pakai casing phone yang sama mcm ko dik.. tp dia punya gambar hello kitty kaler kuning hehehe.
    Princess napa comel sangat pakai shawl tu.. hihi

    ReplyDelete
  8. Aihhh berkenana pulak tengok spek mata hitam tu. Haha !

    ReplyDelete
  9. rara pakai apa pun cantik hehehehe lagi-lagi pekene dior tu ha..

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com