11 March 2016

Jangan Kita Jadi Macam Dia

Kekal Positif


Lama rasanya aku tak membebel, meluah kan emo kat sini kan. yelah, aku kan dah berubah, nak tulis yang baik baik je dalam blog, tapi yang baik baik tak permakna perlu jadi hipokrit ya! tidak, Seeloknya, apa yang kita cakap, kita tulis, kita buat, kita aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Banyak sekarang yang aku tengok, suka share share benda, ayat ayat deep dari facebook, dari blog, tapi bila jumpa depan-depan, sama je perangai nya, tak mcm apa yang di share di facebook tu, kenapa kah?

Korang pernah tak dengar ayat " biarlah dia, jangan kita jadi mcm dia " mesti selalu kan dengar ayat mcm tu. Dulu aku tak ambil endah sangat ayat tu, sbb aku merasakan orang orang di sekeliling aku semua baik-baik, semua sangat aku sayang. Tapi lately mcm ada benda yang tak best berlaku. Sikit-sikit masing masing tunjuk perangai, tunjuk belang, aku tak pasti di mana silap dia, tapi ntah lah, susah aku nak faham.

Aku bukan tak cuba untuk faham, aku cuba, tapi bila aku cuba, aku sampai rasa aku pula yang makan hati, sampai rasa nak nangis. Aku ni lah lah jenis cepat emo, cepat sentap. Tapi skrg aku doa banyak-banyak, aku minta Allah s.w.t tolong aku, tolong jadikan aku orang yang kuat dan tabah hatinya. Alhamdulillah, skrg dah tak mcm dulu sangat, emo tetap ada, tapi sebelum nak emo melebih, aku akan fikir the beauty thing disebalik kejadian. See, betapa aku teguh untuk terus menjadi positif.

Susah untuk aku berubah sebenarnya, tapi aku cuba, sbb aku rasa bila aku asyik nak emo, nak layan perasaan ni, aku mst rasa muka aku kurang seri, mst aku jadi nak makan banyak, mesti aku nak marah anak tetiba, nak merajuk dgn suami tak memasal, padahal dorg tak tau apa apa pun.

Aku cuba tafsir lagi, kenapa dorang boleh buat perangai mcm tu sedangkan kalau kita, mst kita tak sanggup, tapi kenapa dorang boleh je? dan kenapa kita selalu tak sampai hati nak buat orang mcm tu, kenapa?

SEBAB itu lah kita jangan jadi mcm mereka, kalau kata dia buat kita mcm tu, jangan pulak kita balas balik, kita perlu tetap jadi diri kita. Kalau kita balas, kita dah sama taraf mcm mereka. betul x? perbuatan apa tu jangan tanya aku lah buat apa, buat mcm mcm lah, buat benda yang kita rasa boleh menjadikan orang di sekeliling kita terasa hati, rasa tak best, rasa tak selesa, gitu lah.

Aku pernah juga fikir, mereka ni tak fikir akan kelakuan mereka mungkin sbb mereka tak tau yang mereka tengah buat salah, mungkin kita perlu tegur, TAPI, kalau dah lebih tua dari kita, perlu ke ditegur lagi? tak boleh ke guna kan otak untuk berfikir? fikir lah kan, susah sangat ke?

Hikmah dalam suasana


Ini apa yang aku share dr video Prof Dr Muhaya.

" Kawal apa yang berlaku dalam hati kita, berdoa kepada Allah s.w.t supaya izinkan hati ini nampak HIKMAH, PENGAJARAN dan HIDAYAH untuk mengubah diri, akidah, ibadah dan akhlak dalam setiap apa yang berlaku, positif atau negatif tetap melihat HIKMAH "

Contoh kalau orang yang berfikiran cetek : Dia akan reaktif bila orang kutuk, dia nak melawan. Tetapi kalau kita dapat benda yang negatif - like suami hilang pekerjaan, bisness tak maju, fikir apa yang kita boleh belajar dr kejadian itu mungkin kita kurang bersedekah, kedekut, berkira atau lain-lain lagi dan melihat faktor dalam diri yang Allah izinkan. Setiap yang berlaku itu adalah dengan izin Allah.

Bila kita dapat kejadian negatif - kita berdoa supaya kita lupakan peristiwa itu, tapi ambil pengajaran. Mencari hikmah dan memperbaiki diri dan dekat kepada Allah adalah hujung atas segala yang berlaku pada kita. Yakinlah bila kita ubah cara kita melihat sesuatu, apa yang kita ingin lihat akan berubah.


ini saja lah yang cuba aku buat, mencari hikmah, sentiasa melihat sesuatu benda dari sudut positif. Biarlah orang nak fikir negatif, janji kita selalu positif, jujur dan tak hipokrit. Sekian luahan perasaan. hahaha. ok bai.

2 comments:

yaya_flanella said...

Kannn :') Semoga kita selalu positif dan bersangka baik. Bila lama-lama kita rasa okay dan malas nak layan perasaan negatif tu. :')

Manusia Berubah said...

Macam tu lah keidupan.
Allah temukan kita dengan orang dengan perangai yang macam-macam untuk kita belajar buat pilihan mana yang baik dan mana yang tak baik.

keep on positive..! ok.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...