31 March 2016

Laksa Telur Sarang Ipoh Perak

Laksa Saranghe


Kami adalah tak sengaja terbalik Ipoh haritu, kisahnya anak dara aku tu tak habis habis berzikir nak balik Ipoh jumpa opah, Jumaat tu dalam kul 10 lebih kami gerak dr Ipoh, nak dekat 2am gak sampai, kemahen jem mlm tu, ntah kenapa, sbb orang gaji kot, semua balik kampung.

Laki aku cakap okay jugak nak balik Ipoh, dia nak rest, ermm tapi tak rest pun kami, ada je keje nak buat. hehehe. BUT!!! kami ada 1 misi balik kali ni, nak cari LAKSA TELUR GORENG BERSARANG. adik aku lah, asek asek UP kat group, geram sangat aku ni, dah lah aku gila laksa.

adik adik kembar bongsu
Seawal 4pm kami dh gerak dr rumah, laki aku nk cari barang dia dulu, then terus gerak ke Botani, kedai laksa telur sarang ni terletak di Taman Botani, aku tak tau jalan pun, tapi kalau WAZE tu kompom ada, jangan risau. dan satu satu nya Laksa Telur Goreng Sarang ni adalah di Taman Botani saja, tiada di tempat lain katanya, if ada tu, dah ada pentiru lah tu. kofkofkof.


Laksa telur sarang ni ada dua section, ala ala coconut shake Klebang tu, luar untuk bungkus, dalam untuk makan, semua layan diri, amik di kaunter dan bayar. Harga semangkuk hanya Rm3.50 je kome, bapok murah. aku ingat rm6.50 ke. hahahaha.Bestnya duk Ipoh, semua makanan masih murah, tak mcm KL, ni kalau masuk dalam menu cafe hipster ni maunya rm15 semangkuk ni. kofkofkof.

Yang aku haritu, x tau, perginya beratur panjang kat luar, choii gila! padahal kalau nak makan kat dalam, sabar jelah. ai is org KL, xtau. hahahaha lols.


Apa rasanya? bagi aku peminat Laksa tegar ni, mmg sedap ahhh! mmg kena dengan selera aku, sangat sangat! kuah dia tak cair, tak pekat, sedang sedang, dan isi tak berketul, isi dan kuah sebati. Sangat jauh beza dgn laksa di padang polo. hehe.

Telur sarang tu, memula aku tertanya-tanya, kalau dah masuk dlm laksa, dia x lembik ke? asalnya kan dia nampak mcm rangup rangup, kalau korang tak nak dia lembik sgt, jgn biar telur tu terendam lama lama, kena cpt cpt makan, but, if telur tu terendam pun, dia xde lah jadi lembik menggelikan, still sedap. unik sgt rasa dia.

Laki aku pandai buat telur sarang ni, dia mmg buat selalu utk kami mkn dgn nasi, tp x sangka lak ada org jadikan idea utk mkn dengan laksa kan. Bagus lah korang, kreatif sgt!


Aku tak sempat amik gambar kedai, sbb ramai sangat orang, tapi konsep dia aku suka jugak lah, ala ala hipster lah, konsep setinggan, menggunakan kayu kayu lama yang dilekatkan di dinging, hiasan frame pun gambar dolu dolu. nice!

Di sini bukan saja ada laksa, tapi ada jugak stall stall like nasi lemak kukus, kuih putu dan air big cup, so kalau yang tak makan laksa tu, masih selamat, ada menu lain utk korang.

muka x puas hati tengok ikan besar nak mampus.

Habis makan laksa, terus jalan kat Tasik Botani ni, aku tak pernah sampai sini lagi, tapi teruja gila tengok ikan ikan dia, hoii bapak besar peha aku tau! kat sini sbb tak boleh memancing, so ikan tu membesar bagaikan juara lah.

nak campak anak. boleh?!
family picture be likeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

So wishlist tercapai, lepas ni boleh repeat, sape dtg Ipoh, jangan lupa singgah, masuk je tol simpang pulai tu, then WAZE Laksa Telur Goreng Bersarang, mesti jumpa okay! Saranghe! hahaha

SERI MARGOSA BANDAR SERI BOTANI IPOH PERAK

Buka setiap sabtu hingga khamis
12 Tengahari hingga 7 Malam
Tutup setiap Jumaat

5 comments:

aswaleyla said...

kalau datang nak singgah lah. macam best jeee

Diana Rashid said...

sedapnya..sama la..akak pun hantu laksa tau..kalau tengok gambar laksa, esok terus masak laksa.Tapi kali ni tak boleh la..akak tengah diet ni..diet untuk nampak cantik di hari raya..ekekke....

Rara makan apa ye , badan tak naik walaupun makan macam2..

mrs kayrul said...

Menggoda betul laksa tu...bila nak dapat rasa...huhuhu

Yana Libra said...

wahh..unik ni..xpenah lak nampak sarang telur..hehe

Chekgu Azrine said...

Sedapnya..teringin nak rasa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...