15 March 2016

PENGALAMAN dan PENGETAHUAN

Assalammualaikum hai korang! dah tengah hari ni menaip lah sikit, kang xde UV masuk lah harini. kofkofkof. Harini aku ada kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo, aku mmg nak sangat pergi kursus ni sbb mmg nak belajar menulis surat dengan betul. Yelah mmg lah masa sekolah dah belajar jugak tulis surat, tapi kena tahu banyak format yang dah ditukar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, tadi masa check surat rasmi jabatan pun, banyak gila salah. Kelakar pun hade, tapi tu lah realitinya.

( hoi kalau lah dia cek penulisan blog aku ni, mesti lagi pitam kan, kata kerja, subjek, objek apa ntah segala, ichhh x berapa nak reti lah. haha )

Tadi Puan tu ada sentuh tentang Pengalaman dan Pengetahuan. Ada yang kata, " orang ' tua ' kadang-kadang tak leh leh terima pembetulan yang ' org muda ' buat, dia nak dia juga betul " errrrrrr. Puan tu terus cakap, ni lah masalah ORANG MELAYU! selalu asyik guna ayat, " aku makan garam dulu " oiii mmg lah! hahaha. nak nak kalau kita ni muda remaja pulak, lagi lah di lekehkan pandangan kita.

Puan tu kata, kita kdg kdg kena terima kenyataan, mmg lah kita kdg kdg BANYAK pengalaman, tapi pengetahuan ( ilmu ) mungkin kita ada kurangnya. so belajar lah menerima pandangan orang lain. Banyak perkara banyak aspek perlu di ambil kira. Kena paham tu. kdg-kdg anak anak kita sendiri pun mengajar kita sesuatu, adakah kita perlu ignore? TAK, kita kena ambil ilmu tu.

Biasa lah kan, dalam life kita, mmg dah jadi kebiasaan, bila kita nak betulkan benda yang salah, mmg payah, ada yang bermasam muka, sentap. then sampai bila bila lah life kita mcm tu, tak berubah. Lepas ni kita sama-sama ubah lah ye, belajar menerima " pengalaman dan pengetahuan " orang lain. mungkin ada org ni ilmu dia lebih, mungkin org ni pengalaman dia lebih. ikut situation lah kan.

sekian sharing untuk harini! hehehe. bai ♥ sambung kursus balik. hiks.

2 comments:

BeloG MTT said...

kena seiringan gituw. baru boleh balance kan. yang berpengetahuan tanpa pengalaman menimba ilmu dari yang berpengelaman. Yg berpengalaman tapi kurang pengetahuan menimba ilmu dariyang berpengetahun. gituwwww :)

DYatie ABakar said...

betul.. dah berumur.. dah belajar tinggi.. dah berjaya.. kena ingat, ilmu Allah itu luas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...