08 March 2016

Pergi Melaka Semata-mata Untuk Makan Nasi Lemak, Apadahal

Ntah kenapa kami addicted sangat dengan Nasi Lemak daun pisang yang dekat Coconut Shake Klebang tu. Memang berhantu betul lah, kalau tengah lapar lagi lah, bergelodak rasa ingin makan tu. Mungkin bagi orang lain, rasa biasa biasa je. Tapi bagi kami laki bini, eh mmg sedap benorrr lah. hahaha.

Eh tapi nak tau tak, coconut shake kami tak minum sangat pun. hahaha. pergi semata-mata mmg untuk nasi lemak je. hahahaha. luls. Aku pun dah lupa harga coconut shake ni berapa skrg, tp demi tak nampak awkward sangat, kami oder lah jugak coconut shake satu cawan. kofkofkof. Tapiiiiii! nasi lemak 6 bungkussss. hahahahahaha!


Nasi lemak dia tak lah banyak sangat, boleh lah 4 5 suap, tapi sambal dia sedap, pedas, tapi kacang xde, timun xde, telur xde, ada ikan bilis je 4 ekor. hahahahaha. Tapi tetap mcm goreng pisang panas, asal letak je habis, asal letak je habis. hahaha. Sampai kan masa kami sampai tu, laki aku oder siap siap kat cashier, sampai je nasi lemak, cashier tu simpankan dalam bakul.

EH tapi boleh pulak ada orang dtg meja kami, dia kata " nasi lemak ni boleh amik ke? " hahahahaha. hoii tu aku punya lah, bukan untuk jual. haha. siap dtg kat meja aku tu tak tahan, kelakar gila.

Puas makan nasi lemak, kenyang sampai malam, bawa princess main lari lari kat Bandar Hilir, seronok sangat lari lari tempat luas, risau betul aku kalau dia lari-lari, risau jatuh nanti koyak lutut. fobia tauuu aku ni. sbb kecik kecik aku selalu jatuh. hahaha.


Nak nak dekat magrib tu, kami pun nak balik dah, nak gerak g MPO, sebelum tu solat dulu kat surau tepi tu, tapi boleh pulak ada budak terliur nak naik BECA! aku dah lah fobia dengan beca. hahaha. tetiba nangis nangis nak naik beca. adoiii. papa dia kata, layankan ajelahhh. Kena lah Rm25, padahal 10minit je woii. haih! Nasib lah anak sorg. haha. Beca Hello Kitty tu dia yang pilih.


Lepas Magrib, kami gerak ke MPO, rasa ralat pulak kalau tak singgah sbb dah dekat kan, so waze lah MPO, jumpa gak. dari luar, terujanya aku tengok MPO, sbb lawa sangat sangat, Tapi bila masuk dalam, sangat lah krik krik krik uollsss! hahahaha. Banyak kedai tak bukak lagi, dan ada yg bukak tp dalamnya mcm tak siap. then MAHAL! dah lah outdated, mahal pulerrrr. hahaha.


sempat Princess naik kuda sebelum tutup, tepat kul 10, semua kedai tutup. hebattt ah, punctual! hahaha. kami pun pulang. laki aku nak solat kat situ, skali sejadah pon tak dok. hurmmm. sejadah xdok xpe, karpet pun xde, takkan nk solat atas simen, hope now dah improve lah kot.


SEKIAN, entry Melaka yang entah ke berapa kali, laki aku dah pesan, lepas ni tak nak g melaka dah, bosan dah! kecuali kalau nak makan nasi lemak. hahaha. Tapi frust bila kuih keria limbongan tu aku masih xdapat makan, sedih gila, nasib tak mengandung tauuu! haahaha.

9 comments:

Normi Nieza said...

lamanya tak g melaka..:)

Inani Hazwani said...

Masuk2 terus gambar makanan. Pehh lapar terus. Hahaha

Yana Libra said...

sanggup tu ye g melaka semata2 ns lemak..huhu

Zaza Abdul Latif said...

kan akak dah cakap.. kau kalau pasal makan memang bernapsu sangat kann.. hihi
Dik..akak ni tiap2 minggu pergi melaka pasal kerja.. Plus kampung laki akak pun kat melaka.. kau ghasa aku bosan ke tak pergi Melaka?? hahahahaha

Yana MIB said...

nasi lemak daun pisang yg akk boleh rekomen kt hentian serdang...rsnya kak azrine tahar pn ada cite psl nasi lemak situ..kemain jauh smpi melaka kan..kut la tekak korg kenan ns lemak serdang baik pi serdang je..haha gitchuu...:)

AmyZana said...

eh standard lah kot kalau nasi lemak atas meja memang milik orang yang duduk dekat meja tuh ahahahhaha kenapa pulaklah ada orang tanya nasi lemak tuh boleh amek ke tak wkwkwkkw tu memang lawak lah

Chekgu Azrine said...

Teringin jgk nk rasa ns lemak tu..akk tgk pun tau sedap

Eka Tikah said...

lapar tengok nasi lemak tuuuuuu ><

DRAMATIC UNIQ said...

RINDUnyaaaaaaa coconut shake Klebang...!! hahahahahaa... :)

yang MBO tu.. ermmm.. memang pikir banyak kali nak gi ke tak.. huhuhuuu.. tapi takpe la at least kamu dah pernah masuk and tgk dalamnya kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...