17 March 2016

Pretz and Beanz - Gabungan Pretzel, Pizza dan Coffee untuk korang!

Pretzel Pizza


Alahaiii, busy nya mak skrg ni, kofkofkof. Sampai cerita pretzel ni pun ketangguhan. errr ada ke perkataan ketanguhan? mantiklah nak kalau orang dewan bahasa check blog aku. hahaha. Sory korang, lambat sangat bukak cerita ni, okay jom baca pasal Pretzel Pizza yang pertama di Malaysia ni, pelik kan kenapa pretzel pizza, bukan pretzel dan pizza dua makanan yang berbeza ke???


Pretz n' Beanz Solaris Mont Kiara - Great Coffee, Great Food and Great People! hah gittew motto nya! hahaha. Bila bau coffee dan pretzel bergabung, perghhhhh! aku suka sangat!


Pretz n' Beanz adalah tempat yang sesuai untuk ' lepak ' bersama family and friends, kenapa? sbb mmg tokei cafe ni mahukan satu konsep ' family cafe ', dia mahukan semua golongan selesa untuk makan kat sini.


Pendapat aku sendiri, tmpt ni mmg best ah untuk chill chill lepas penat kerja, borak borak sbb dia sangat cozy dan trendy. Nak breakfast boleh, lunch boleh, snacking boleh, dinner pun boleh. Simple dan nice! okeh! jom tengok menu.

wif kesayangan, ahkak kehpam nan hado.

Pretzza


The First and Only Pretzel Pizza in Malaysia - Kita fokus pada pretzel pizza lah eh, sebab pretzel pizza dia adalah sangat sedap! kenapa? satu je, bila sejuk, doh dia tak keras mcm selipar! hahahahaha. even sejuk, doh dia tetap lembut dan sedap! and of course lah lagi sedap makan masa panas dan masa cheese tu cair kan!

kenapa Pretzel pizza? sbb doh pizza tu adalah doh yg sama dengan doh pretzel, so lembut dia adalah sama mcm pretzel, good idea huh!


Ada banyak pilihan pretzza yang korang boleh pilih, tp kami makan yg recommended je lah, kang banyak-banyak tak habis lak kan. so dua perasa yang best ni adalah :

Pretzel Pizza Pepperoni Beef
7'' [RM16.85] & 10'' [RM23.20]

Pretzel Pizza Hot Pepper Chilli Chicken 
7'' [RM17.35] & 10'' [RM24.35]


kedua-duanya adalah sangat sedap tau! mmg lembut sangat! nanti korang mkn yang ni okay!

tengok tu dia, over angat!
then kami cuba juga menu lain. iaitu Penne Chicken Bolognese, Ya Ampunnn, Princess suka sangat tau! Anak dara tu kan mmg suka segala jenis spaghetti, so bila dpt penne ni, mmg dia makan ni jelah.

Penne Chicken Bolognese with Meatball [RM25.90]


Continental Breakfast 


Then kami di'paksa' untuk rasa green curry dia, aku memula like, errr tak suka lah green curry, tapi bila suami aku ckp sedap sedap, aku pun cuba lah! weiii mmg sangat sedap! sape gila pedas, this is for u! mmg sedap, berasap, meletop! hahaha. Pretz n' Stew with Green Curry Chicken [RM17.90]

okay then mari bercerita pasal pretzel pulak, ermmm pretzel dia kan? malas lah nak cerita, sebabbbb! korang kena lah pergi rasa sendiri. hahaha.


Pretzel Basil Cheese [RM7.30]

Pretzel Pamesan Cheese [RM7.30]

Pretzel Chocolate Cookie Crunch [RM8.35]

Semua pretzel kat atas ni kan, semua yg recommended, mmg sedap semuanya.

Ni air aku, Raspberry Sparkling Soda RM11.55 kemahen nak sparkle kannn! dap dap tp manis!

ni Eyuh ( kawan Ida ) munyer. Caramel Macchiato Freshly steamed milk with vanilla-flavoured syrup, marked with espresso and finished with caramel sauce RM16.20

Sayang ayer munyer Espresso Macchiato (2 shot) Two shots of espresso, with just a small amount of steamed milk that “marks” the espresso RM8.15

ni Ida Baharum munyer Green Tea Latte Sweetened matcha green tea with steamed milk RM13.90.

tompang! hahahaha
And last but not least! kita ada dessert! haha. hoii melampau tau dessert ni, mmg haih! hilang diet! dah lah omei angat! 

Volcano Chocolate Cake with Ice Cream [RM13.65]

Bila potong, keluarlah lavaaaaa! hehehe. ada juga banyak pilihan kek lain, tp dah kenyang, so xnak lah kek kek dah. hehe.


Amacam, lapar tak petang-petang ni? sok boleh pergi makan sana okay! Jangan risau, kita Melayu boleh makan, mereka pork free dan Sijil Halal dalam proses tau. Ramai yang risau nak masuk sbb ingat Melayu tak boleh makan sini. So pergi tauuuu! hehehe.


Pretz n' Beanz
Solaris Mont Kiara
22, Jalan Solaris 4 Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-6204 9733 / 010-9507 932

More info : 


Email : smk@pretznbeanz.com

Opening Hours :
Sunday - Thursday [7.30 am - 12.00 am]
Friday, Saturday & Eve of public holiday [7.30 am - 1.00 am]

8 comments:

Chekgu Azrine said...

Fuyooo...bestny tau asyik dpt review makanan je rara ni tau..syiok!!!
Akk rasa semua tu akk suka makan..akk mmg peminat pretzel

TunSha Ayunie said...

Tergoda tengok gambar.... cantik2 !! hmmm lama tak makan pretzel... lama sangatttt....... terus ngencessss tengok entri ni !! erghh

emalin mohd said...

Tempat makan Nampak santai

Sue Izza said...

lama tak makan pizza,nampak sedap la pulakkkk huwaaaa

e.t.t.y said...

kejam sgt aku rasakan kek larva tu.

Yana Libra said...

telan liur tgk..huhu..cozy je tmpt dia.

idzwa kamaruddin said...

hoii sedap nyer la haiii!~

Inani Hazwani said...

Sukaaaaa lah tengok design diaa. Memamg best ni bila lepak lepak. Aaaaa pizza sedapnyaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...