04 March 2016

Review Filem MUNAFIK - Sesiapa yang ada sakit jantung, sila jangan cari pasal

Munafik 2016 Arahan Syamsul Yusof


Lama dah aku tak review filem ni, tetiba nak review filem pulak. meh meh rapat-rapat baca. hehe. Bukan senang nak decide untuk tengok cite munafik ni tau, susah! tapi lepas bersepakat semua nak pergi tengok, so beramai-ramai lah kami ke pawagam, sebelum tu dah nebes nebes dah, eh betul ke ni nak tengok cite antu ni, betul ke ni? hahaha. ( TQ sayang sbb izinkan ittew g tengok cite antu, hehe )


Apa yang buat kami tertarik untuk pergi tengok cerita ' melayu ' kat pawagam ni sbb trailer dia meletop letop, semua cakap best dan dengan hanya 4 hari tayangan saja dah kutip 2.3j, so mmg lagi membuak buak lah kami nak pergi tengok.

Kami masuk dalam panggung dah lewat, lewat 30minit, tetiba masa masuk, dah 3 bulan kemudiannn. hahaha. Tapi masih boleh catch up cerita tu lah. SERIUS bagi aku, untuk taste aku, mmg best! Jalan cerita tak bosan, dan kita tak boleh nak tangkap siapa sebenarnya yang MUNAFIK! kejap kejap rasa Nabila huda, kejap kejap rasa Syamsul, kejap rasa mcm mak tiri nabila, kejap rasa mcm Pekin yg Munafik, eh geram betul aku, last -last semua tekaan salah! hahahaha choi!

Jalan cerita: 9/10
Lakonan: 10/10 untuk Nabila Huda, dan 9/10 untuk yang lain.
Kesan Khas/Solekan: 9/10
Sinematografi: 9/10
Barisan Pelakon: 9/10
Dialog: 10/10

Ni rate yang aku bagi, hahaha. Jalan cerita tak bosan, selepas satu babak, satu babak lagi, lepas satu, satu lagi adegan mengejut, dah siap siap tutup muka, tapi mcm lama sangat, bukak mata, tetiba " bammm " hantu depan muka! choii. haha.


Jalan cerita tidak lah merepek sangat, sbb benda ni, hal hal munafik ni mmg berlaku dalam kehidupan seharian kita, mmg ada benda benda sihir ni, mmg ada hantu jin segala. Syamsul Yusof memegang watak hero sebagai Adam, seorang ustaz yang mengubat orang orang kampung yang terkena sihir dan sakit. Tapi selepas kematian isterinya yg tersayang dia jadi down, dia jadi mcm ragu ragu dan tak boleh nak memaafkan orang yang langgar lari sampai menyebabkan kematian isterinya.

Lepas tu Nabila Huda ( Maria ) pula yang terkena sihir, sihir buatan siapa? hah kena tengok sendiri tau. hehe. Tapi aku mmg tabik dengan lakonan Nabila huda, serius wehhh, mmg sangat menjadi! mmg mimik muka, lentok badan mmg sangat real! tolonglah bagi Nabila menang award tahun ni! Pelakon pelakon lain semua biasa biasa je.

Klimax apabila Adam pergi korek semua kubur isteri dia, bawak mayat balik rumah sbb anak dia tak habis habis rindukan arwah ibunya, tu paling klimax aku rasa, mmg nampak real, takde acah acah mayat xde, mmg mcm mayat betul yg keluar dr tanah, yang penuh dengan tanah kat muka. Ampunnn!

Tapi kan, aku tau lah cite ni cite hantu kan, tapi kenapa rumahnya pun mmg malappp je, lampu pun kuning kuning je, cuba pasang lampu cerah cerah, xleh ke? hahahaha. ( kalau lampu cerah buat bukan lah cite antu ye dak ) haha. tp serius ah, suasana cerita tu, rumah yg dia gunakan pun mmg rumah ' seram '.

Dan ayat ayat alquran yang Syamsul baca semua ayat yang dirujuk dengan ustaz, kagum dengar Syamsul cakap arab nak lawan jin tu. kagum! serius.

Sepanjang movie, aku banyak tutup muka je, pastu melatah latah sbb terkejut, sound effect dia ampunnnn! mcm rasa hantu ada kat sebelah ko je. hahaha. mmg filem bertaraf AAA lah! haih! serius tak menyesal beli tiket. Banyak masej yang nak disampaikan dalam ni, contoh jangan lah ragu ragu dengan Allah, tiap apa yang berlaku, kita kena redha, #peringatanuntukaku. dan jangan lah sesekali menyembah syaitan. jangan bersekongkol dengan syaitan.

errmm apa lagi nak komen eh? takde dah kot, tahniah buat Syamsul Yusoff! semoga terus success. korang! pergi lah tengok wehhh! tak yah support cite omputih je, support cite melayu gak. kihkih. bai.

11 comments:

idzwa kamaruddin said...

tetap tak berani nak tgk citer hantu walaupun semua cakap best!

NUNU EERA said...

walaupun tkejut2 tpi rasa nk tgk lgi.. best.!
pling ske part nabila kne rasuk n kne kaco.. basketball tu aieh..
mls nk ingt blik.. haha..

adda syuhada said...

mcm best jer..

Ummul Azkee said...

kena tengok ni..I sokong cte melayu kalau hebat gini reviewnya hehehe..

The KehalusanKelembutan said...

Salam kak! teringin jugak nak tengok cerita ni , sebab tgk triler macam best akak review lagi

Cik Puan Rann said...

Wah cam best, akk pun dah lama tak tgk wayang. Leh ajak la hasben akk g tgk

Inani Hazwani said...

Balik Selangor esok nak ajak kawan lah pergi tengok. Hehehe :)

mrs kayrul said...

Nak kena g tengok gak la...mcm best

PinKy MoMMa said...

takut nak tengok tapi nak tengok camner niiiii

DRAMATIC UNIQ said...

memang best filem Munafik...!
nasib baik kita tengok time siang kan.. hahahahahaa.. :)

tapi kamu ni baik hati sangat bagi markah penuh 10/10
tunggu kak ain punya review pasal filem ni.. bagi kak ain filem ni leh dapat paling banyak 7/10 je.. hehehehehe.. banyak kena tolak markah..! oppssss... :p

Aira Nazira said...

Saya dah tengok dah munafik ni! First time tengok, memang terkejut gilaa la. Jalan ceritanya bestt seumpama real do. Lakonan syamsul yusof dengan nabila huda memang terbaikkk! Yangbelum tengok tu, korang patut tengokkk k bye Assalammualaikum :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...