18 April 2016

Berkesan ke Iklankan Product Berbayar di Blog Safura Online Diary tu?

Iklankan produk di Blog


Kadang-kadang ada yang tanya, berbaloi ke bayar sesuatu blog tu untuk iklan kan product, ermm bagi aku, terpulang kepada korang, mcm mana nak luaskan network korang dan mcm mana korang nak bagi orang-orang lain tahu tentang produk korang.

Macam di blog aku, banyak jugak iklan berbayar yang aku ambil, untuk iklan yang berbayar, aku akan pastikan yang iklan aku buat tu betul-betul akan membuatkan reader suka dan terasa nak membeli produk tu, mungkin bukan sekarang, mungkin esok esok lusa or bulan depan.

Iklankan produk di blog adakalanya customers akan terus cari korang serta merta, dan ada jugak customers yang akan datang bulan depan, or esok esok lusa. Depend on barang yang korang jual, ada yang mungkin baca dulu, kemudian baru mereka beli.

Ikut pengalaman aku lah, fon aku ni asyik berdering sbb ramai jugak yang ingat aku yang jual barang tu. adehhh~ dan ada ramai yang berminat, dan berterima kasih sbb aku review benda yang dorang nak beli, tp teragak-agak.

Nak cerita ni, review produk bukan senang tau, untuk yang berbayar dengan aku, aku akan pastikan gambar produk diambil dengan cantik sekali! hahahaha. aku bukan ada studio pun, but! kena usaha lah kan, buat lah mcm mana pun nak bagi gambar nampak cantik. Bila gambar cantik, orang akan suka nak baca. Kalau gambar tak cantik, org nak baca pun malas, betul x?

Setiap produk yang berbayar, aku akan cuba untuk guna dan rasa dulu produk tu mcm mana, wangi ke? sedap ke? berkesan ke? gatal ke? mcm mana ke, aku akan cuba juga " rasa " baru lah aku review sejujur-jujurnya. Berat wehhh nak cerita pasal barang review ni. hahaha. Nak menipu tak leh, berdosa nanti. kofkofkof.
Entry berbayar Seoul_Bucket, Alhamdulillah tokei puas hati, siap nak bagi lg susu pisang. eyay! haha

TQ Illa, tokei boots budak! dia kata gaya kita menulis cool. amboi, semua nak cool neh! haha

Banyak sebernarnya feedback yang baik-baik aku terima untuk setiap produk yang aku review, cuma kadang-kadang aku tak sempat nak bgtau kat korang, apa-apa pun aku bersyukur lah, sbb Alhamdulillah, dorang tak menyesal bayar.

Bukan semua juga produk berbayar, ada jugak produk yang aku ambil dan " tolong " review, tolong sbb nak tolong mereka luaskan perniagaan. Kan orang tua selalu pesan, jika kita bagi orang Happy, nanti orang lain akan bg kita Happy jugak. Aku pegang konsep tu, harini aku tolong orang, esok orang akan tolong aku. Tapi selalu mereka akan bagi produk tu sesuai dengan rate card blogpost aku lah, hehe. Thanks you korang!


InsyaAllah setiap entry aku akan cuba buat sebaik mungkin. Andai ada terlebih terkurang, aku mintak HALAL ye, takut jugak tau if ada yang tak berpuas hati. If korang nak iklan kan barang korang, boleh lah email aku di safura.rara@gmail.com mana aku boleh diskaun aku diskaun, mana leh tolong, aku tolong ye. hehehe.


Ni monthly visitor aku, macam-macam benda orang cari dalam blog aku, hahaha. bila tengok keyword mmg kelakar kdg-kdg, tapi yelah, memang semua benda skrg ni orang google kan, so apa nak heran. Info di hujung jari.

Andai ada komen untuk penambahbaikan juga saya terima, komen je, tegur baik baik ye, nammo komen mcm haters, tak baik tau, Allah nampak. hehehe. sekian~

8 comments:

CikNaa said...

hebatlah rara.. mmg suka baca review blog ni walaupun ayat simple2 je.. good job!

Liyana said...

rara hebat! :D

Diana Rashid said...

ye betul..bukan senang nak review.kadang2 kita blogger ni dah jadi macam tikus makmal..pakai itu ini habis naik jerawat, modal pulak nak pi beli cream bagi kulit ok semula.Review ubat kurus , last2 cirit birit seminggu , modal keluar lagi nak beli pil chi kiteck aun..heheh..

Part ambil gambar jangan cakap la..sampai habis la bateri kamera punya nak dapat gambar cantik dan jelas.

jadi jangan la lokek nak bayar blgger..kan??Lagipun pelanggan sekarang suka membeli dari seller yang orang sebut2 dan ada dalam review post blogger je..hehehe

Farah Dafri said...

mmg baca blog kak rara selalu utk stdy cara review terbaik hehe. mnx tnjuk ajar ye kak <3

Normi Nieza said...

wah..hebat..:)

ameris said...

rara mmg hebat.

mrs kayrul said...

Hebatlah rara

Cik Puan Rann said...

Dah semakin hebat rara skang....moga terus maju jaya.
Tgk muke rara terus terbayang pav dgn brownies kedut...hahahahah.
Teringin nak order tp tgn diet...kikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...