Image and video hosting by TinyPic

20 April 2016

Bila kami berDIET kembali

Makin dibiarkan, makin menambah berat kami laki bini, hari hari makan sedap, tekak dah biasa asyik nak makan benda sedap jeee, tup tup berat masing masing dah mencanak naik, baju tak muat, seluar tak muat, pakai baju terbojol lemak sana sini. oh tak suka keadaan mcm tu!

Sampai lah suami aku nekad nak diet semula, ahhh dia tak pelah, makan makanan diet ni xde hal bagi dia, semua benda dia boleh makan dan sedap katanya, aku ni lah masalahnya. Masalah aku! bila diet mood swing, sakit kepala, tak bermaya, huaaaa tak suka sangat rasa tu.

Laki aku buat atkins, aku pulak buat atkins suka hati ikut mood. hahahaha. Tapi cuma aku bersemangat sikit sebab mak Mimi wujudkan 1 WA group #GojesBiggestLoser. sume dalam tu adalah mak mak yang ingin lost weight before raya, coach dia mak Mimi dengan kak Lin. Dorang ni dah berjaya lost puluh KG tau! huaaaa. Padahal berat mak mimi sama je dengan aku dulu. Skrg dh macam anak dara.

Aku asal nak putus asa je, masuk group, baca kata kata semangat dorg, mula mula semangat, then terkulai layu balik lembik. asyik pikir, itu sedap, ini sedap, nasi lemak sedap. Yelah, dah biasa asyik makan sedap kan. Ni pulak sepatutnya dah sampai tarikh aku period, tapi belum sampai-sampai periodnya, so swing lah segala mood. haih.

Laki aku last week turun 5kg, minggu ni turun lagi, total dah 7kg. Nak dekat 10kg dah dia turun, laki aku target sampai 90kg dulu, aku tak nak dia kurus sgt, aku x suka, aku suka muka dia time kami bercinta dulu, muka laki aku jenis ada shape tau, muka petak, aku suka lelaki muka petak. hahaha. Tapi lepas kawen petak dah tak nampak, nampak boolatttt je. hahahaha.

Dekat group, mcm mcm usaha dilakukan, Ciknaa sampai pergi beli threadmill, aku pulak gigih beli skipping rope, semalam skipping dapat lah 200 jump, pas tu tak larat dah, siksanya rasa. Kat group ada yg buat atkins, ada yang buat eat clean, kira kalori segala. aku ni mcm tak tau lah leh go bape lama dengan atkins, mcm nak buat eat clean and kira kalori makanan. Tengok lah jauh mana kita boleh go yek. hahaha.

Sekrang ni nak kurus mmg payah kan, tak sama lah dengan zaman kita belajar dulu, zaman anak dara dulu, dulu nak diet senang sangat, xde hal. skrg ni, siksa sangat rasanya, tak makan pun berat tak turun-turun. haih. Aku idak lah mengidam sangat berat masa zaman anak dara dulu, cukup lah andai aku dapat 58kg, tu je, dh cukup dah.

Tetiba laki aku pesan haritu, sebelum mengandung balik, kurus dulu, baru mengandung balik. sbb nanti kalau mengandung sebelum dapatkan berat asal, nt mesti lagi gemuk dari sekarang. huaaaa. dah pandai bagi syarat lak laki aku skrg ni. ok lah ok lah, betul jugak apa yang dia cakap.

So, chaiyok-chaiyok lah buat kami, aku cuba control sikit sikit ni, tengah menahan je, nampak air big cup tepi jalan, " cakap pada hati, tak sedap pun, esok esok dh kurus leh minum balik " hahaha.

6tahun lepas
5 tahun lepas, berat aku 54kg
tahun lepas. aku gemok dah!
April 2016, 119kg + 65kg, nangis tepi bucu katil
tunggu tau next entry, aku tepek besar besar berat kami 90kg + 58kg. hahahahaha, MOHON DOAKAN, Mohon aku KUAT SEMANGAT! Mohon aku istiqomah. Mohon aku tak senang digoda. Amin amin amin!!!

Nak kurus untuk SIHAT! yeah! Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. 65kg ra? tp nampak dah lawa.. aku ni 68kg tp dah mcm badak sbb aku pendek, hahaha~~

    ReplyDelete
  2. Yeahhhh kemonnn. Tp melampau la ckp ku berat turun berpuluh tu wei hahaahh

    ReplyDelete
  3. sama berat ngan akak dah rara..
    chaiyok rara pasti boleh.. akak ni maintain jer 65kg.. nak capai 60kg tak dpt².. bkn apa jarang workout dah skrg tp mkn still jaga..

    ReplyDelete
  4. semoga kite semua berjaya ra! caiyok~ untuk lan..yukenduit! serius

    ReplyDelete
  5. Wah rara skipping..teringat masa belajar dulu suka skipping..sehari skipping 30-45 minit..

    ReplyDelete
  6. Alaaah 65 baru takyah diet lagi. EH ! Hahaha. Chaiyok kak Rara :D

    ReplyDelete
  7. Tapi ku nampak lawa je.. tapi tu lah kurus untuk kesihatan. Laki ku pun makin berisi. Macam di pam2. Pftt

    ReplyDelete
  8. Betul la cakap somi Rara tu..sebab sebelum mengandung mikhail akak dah kurus tau..berat tak sampai 55 kg..memang lepas pantang kat mikhail berat masih lagi dalam 53-54kg..yang akak jadi badan naik ni sejak mikhail tak mau menyusu kerap.dia menyusu semata2 nak tido malam je..tu pun ada lah 30 saat.mau tak naik badan..sekarang berat 63...10kg nak kena turun ni..jom Ra..kita sahut seruan suami2..badan langsing rumahtangga ceria..ekekekek

    ReplyDelete
  9. Tp rara tinggi. 65kg pun stil nampak ok. Kita ni pendek 158.. berat dh 55kg. Nampak debabbb huhuhu. Bila ntah nak 48kg

    ReplyDelete
  10. rara tinggi ke? xnmpk mcm 65 pun tu..
    linda pun dah berzaman nk diet
    x jd pe..haha

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com