12 April 2016

GOJES Fun Day Vol.2 Part 1 - Gold Coast Morib

GOJES Family Day 2016


Fuhhh, fuhhh, tiup habuk sikit, dari hari Jumaat haritu tak update, mak is busy, prepared mak punya Family Day. mak bukan busy apa, mak busy siapkan order. kofkofkof. Walaupun mak AJK Games, tapi games banyak di uruskan oleh orang lain, TQSM Aznor sbb jadi PA mak. haha.

Alhamdulillah, 2 hari 1 malam Fun Day kami berjalan lancar, aku doa banyak-banyak agar semuanya lancar, Princess asalnya suara dah serak serak, risau sangat aku ni. Tapi Alhamdulillah Sabtu tu dia okay, cargas, sbb tazabar nak mandi slide dia kata. hahaha.

Tapi, ada jugak sorang Ahli Gojes yang tak dapat join, mmg kami sedih sgt sgt, sbb dia salah sorang yang banyak menaja, atas sebab yang tak dapat nak di elakkan, My kesayangan ramai tak dapat join, takpe My, tahun depan kita buat lagi, Bukit Merah kan #ehh. hehe.

Sememangnya 2 hari 1 malam memang tak cukup weh! MEMANG TAK! a little bit kelam kabut, tapi tetap fun, cuma x sempat lah nak lepak lepak, jemah menjemah. gittuw~

Tahun lepas family day kami di Singgah Santai dan tahun ni dorang sepakat buat di Gold Coast Morib, asalnya nak buat kat PD tak silap aku, last last ke Morib, aku setuju sangat dengan Morib sbb tak pernah pergi lagi.

Tahniah buat Yati, My, Ros Anis dan Jasmin kerana berjaya book bilik, makan malam dan AJK AJK lain yang menjayakan Fun Day kita. Korang memang terbaek! tak di nafikan ada juga yang merajuk, bertegang lidah segala, but we made it! kita berjaya solve, termasuk lah aku yang kuat merajuk. hahaha. lols.

Tahun ni ada ahli tahun lepas yang tak join, dan ada ahli baru yg join, tahniah buat Jasmin dan Mimie, hehehe. oh kak Lin juga, gigih dtg juga walau kami semua dh habis games. huaaaa. oh Zila dan Nadt juga, yang gigih gerak sebelum subuh. Kagum gila dengan semangat korang tau!


Sabtu tu kami gerak jam 11.30am, itu pun lepas menggulupur bila tengok Anez Zamri dah check in, dapat bilik depan waterpark, asalnya plan aku kul 10am nak gerak dari rumah, tapi Papa Princess lak ada keje, so terdrag sikit masa tu, kul 1pm kami sampai Morib, pestime jejak kaki ke sini. jalan dia ikut jalan jalan kampung juga yek.

Dari Ampang ke Morib tak lah jauh, tapi jem buat lambat. Bila tengok sorg sorg upload number bilik. semua menggelupur. hahaha. kelakar gila. Dorang pesan, kalau nak bilik mengadap waterpark, mintak bilik nombor GENAP! kalau ganjil tak dapat yang mengadap waterpark. Aku of course lah nak depan waterpark. hahaha. padahal bukan boleh terjun dari bilik masuk pool pun, cuma biasalah, teruja lebih sikit.

tengok lah barang barang, siap bawak esbox. hahaha. ada pavlova dlm tu.

Berkali-kali aku pesan kat laki aku, " sayang, jangan lupa, nanti mintak number genap tau, nak bilik depan waterpark " hahaha. yang laki aku, okeh okeh! debor angat tunggu laki aku datang semula kat kereta, Finally! dapat gak number genappp! yeay! hahahaha. 1424 num bilik aku.

anak dara dh besar.

Kemahen Princess tau! dia teruja gila tengok waterpark, tergedik gedik tak sabar dah nak turun, tapi aku paksa pose dulu, kemahen pose sbb nak g mandi cecepat! hahaha.

Sebab utama aku suka bila dorang cadangkan untuk buat di Morib ni sebab aku nak try mandi dalam jakuzi, hahahaha. Hoi seumur hidup mana pernah mandi jakuzi. hahaha. Ni pestime tau!

Bilik kami yang dorg book ialah jenis Suite, tapi sume dapat katil single single, dah penuh katanya, bilik besar dan agak selesa. Tapi yang tak best, jamban kami sumbat, geram betul, dorg yang lain pun ada jugak masalah dgn bilik, ena sampai kena tukar bilik, nasiblah staff di friendly jugak. Kalau tidakkk! i tulis sini tau! hahaha.


Lepas dah angkut bag segala yang bagai seminggu nak tidur di Morib tu, kami lepak-lepak jap, then perut plak lapar, pergi lah cari makan, siang hari kami tak jumpa kedai best untuk lunch, terpaksa lah pergi sampai ke Banting nun, last last pun mkn kedai mamak, jadiklah. Dorg sume bawak bekal, aku x sempat lah nak bekal bekal bagai. #makbusy

Singgah speed mart beli jajan sket, beli air minum sikit, laki aku boleh pulak lupa bawak selipar, beli pulak selipar baru, korang jangan beli kat dalam kedai teampark tu, mahai! sila beli kat speedmart je selipar, hahaha.

selipar speed mart. hahaha
Dah kenyang, naik bilik semula, bagi Princess layan jakuzi sedasss, then kul 5pm kami turun waterpark, hoii kul 5pm pun panas tauuu! aku pakaikan sun block kat Princess, kalau x, legam lah anak dara aku tu. hehehe. Waterpark dia ramai jugak orang, hari Sabtu kan. Tapi kami je konker separuh kolam. hahaha.

suka suka!
hampeh mimi, aku asalnya nk tunjuk kat anak aku cara main, tp dia tak nak naik. terliur lah mak nak naik. haha

Antara geng mak mak yang kat bawah, lain ada yang mandi dr tengahari, so dah naik keletihan, kami geng geng petang. punya lah besar waterpark tu, yang kami duk melepak je kat tepi ni, yang apak apak pun punyalah malas nak main, duk melepak jugak menyembang. adoiii, rugi bayar hoi! hahaha.

Untuk yang menginap sini, kita akan dapat 2 tiket dewasa FREE, tapi anak kena bayar, ada paras ketinggian yang kena sukat, lebih dr paras tu, kena bayar, Princess lah kena bayar, hahaha. Rm21 je pun, murah. Tapi rugi sbb 3 jam je main. kofkofkof. If nak masuk untuk hari kedua pun boleh, cuma tag tu jangan di tanggalkan yeww~

kawan baik baik ye anak. Icha, Princess, Hannah

Tengok anak anak main, kita yang seronok, mak mak menyembang jelah keje. aku ada jugak 2 3 kali naik slide biru belakang tu, sakit buntot salah landing. choiii! kul 6.30pm naik bilik, layan jakuzi sedasss, then siap untuk makan malam, lapor wehhhh!

berendam pakai baju, sopan tak! hahaha
Makan malam kami dekat Juvita je, bila jalan-jalan kawasan situ, banyak lagi kedai lain rupanya, cuma bila selalu nampak org review restoran Juvita ni, so kami book sini jelah. harga dia pun boleh tahan murah, so just proceed.

Mereka siap siap sediakan satu hidangan untuk 4 orang, Alhamdulillah semua cukup makan dan kenyang, haha. Tapi panas gila tauuuu! kipas ada 2 biji, tp kipas dinding tu, x kuat, panas sgt, berpeluh peluh anak anak. Bila dah crowded mcm ni lagi lah panas.

Korang maybe boleh cari restoran lain lepas ni. Banyak restoran besar besar kat area situ, Tapi kena gigih cari lah, sbb tak byk yang promote kedai mereka.

Menu kami :

Air Sirap
Nasi Putih
Tomyam Campur
Telur Dadar
Pepahat Cili
Sotong Goreng Tepung
Kailan Ikan Masin

hanya bayar Rm14 per couple, murah lah kannnn! puas hati, makanan pun berasa semuanya, syukurrr. Gambar tak amik banyak pun, sbb anak anak semua dah keletihan, ada yang ketiduran, Asri pun baca doa pendek je, sbb sume dah lapar, hahaha.

Lepas zup zap makan, sume balik bilik, dan meneruskan aktiviti masing masing, aku ni pulak, dah sampai bilik, si Princess ni baru bangun tidur, boleh lak mintak nak makan nasi, terpaksa keluar balik cari nasi. lols.

sambutan besday Husna yang ke 2 tahun.
vokal bukan sekadar rupa.
Sempat jugak aku jalan-jalan kat Daratan Morib tu, meriah jugak, sampai bilik dlm 11.30, bg princess makan, then tidur, papa dia keluar melepak tengok bola. hahaha. Ada jugak cerita cerita mistik yang dorang share, tapi tak yah lah aku cerita sini eh. hahahahaha.

Tunggu sambungan part 2 esok eh, ok bai! yeay! siap jugak! Sape lagi dah update tu? cepat cepat #jeling


12 comments:

achiek anis said...

Wahhhh...bestnya....rindu korang.....

Cik Puan Eka said...

bestnyaaa kak. Seronok tgok hehehehe.

Incess dah pandia bergaya. Setiap kali baca entry akk mesti excited sbb akka mesti excited nak update muahahaha i loike

Diana Rashid said...

Nak tau cerita mistik tu..nanti last cerita ye..hehhe

Yana Libra said...

dah pernah pergi 2,3 kali gak sana..ok la, puas hati..kena la dengan harga kan..

cuma kdg2 bau busuk, facilities x berapa nk ok sgt camtulah..tp katil empuk. ada jakuzi lg..ok la~

apa citer mistik tu? huhu

CikNaa said...

best family nih! lan paling sempoi! huhu

Nory Zoulkefle said...

wahhhhh seronokkknya....meriahh sakan..

Zila Mahadi said...

Ra..nad yg gerak subuh. Aku gerak lewat.. Pukul 8.30 br keluar rumah. Sbb tu sampai lambat hr ahad tu. Hahahah.

Chekgu Azrine said...

Sebenarnya teringin sgt nk merasa tidur sini..sbb anak2 dh besar..bg depa main water park ni..best kot...kan?

Afidah Azmi said...

Dah lama ajak suami g Morib tapi tak tahu bila dia nak p..asyik busy je..harap2 sebelum pindah ke Terengganu la

ameris said...

lagi...lagi... lagi...

anez zamri said...

gigih ko pakai baju dalam jakuzzi tu hahaha

mrs kayrul said...

Kecewa x dapat berendam dlm jakuzi lama2..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...