13 April 2016

GOJES Fun Day Vol.2 Part 2 - Gold Coast Morib

Pantai Morib


Hai korang! dari tadi keje aku edit gambar, gelak, edit dialog, masuk dlm group, gelak saje dari td, semua kerja tak jadi ni, haih! Entry semalam dah baca ke? Kalau belum baca, Klik sini okay GOJES Fun Day Part 1. Rupanya ramai jugak yang teringin nak pergi Gold Coast Morib ni eh? pergi lah korang, best jugak lah bagi aku, pantai dia pun okay, tapi tak boleh mandi ye.

Untuk hari kedua, pagi tu mmg kami khas kan untuk games je, mcm mcm games kami sediakan, ahli-ahli gojes semua pemurah, sponsor hadiah games mcm mcm. Games kami buat tepi pantai tu je, betul betul sebelah waterpark, kalau nak keluar ke pantai, boleh je ikut pintu belakang.

Kami turun breakfast kul 7.40am, lepas tu kelam kabut ke pantai kul 8am, sbb kami hire official photographer pada haritu, 3 jam, so tak nak lah drag masa lama sangat, Alhamdulillah semua on time, cuma ada yang lambat sikit, biasalah uruskan itu ini, anak anak lg.

Cuaca pagi tu Alhamdulillah, baik sangat. aku kan pestime dtg sini, teruja aku tengok tempat dia, cantik jugak, pasir halus-halus, Princess kan penggeli pasir, jenuh jugak lah asyik nk suruh lap kaki dia, terpaksa lah aku pujuk cakap takpeee takpee tak kotor. Hygiene sgt kononya.


Oh FYI, kalau korang nak buat games kat tepi pantai tu, pastikan korg book dulu tempat tu tau, kami masa tu mana tau, main terjah je, so tak boleh buat dalam petak yg dorg sediakan tu, kena lah keluar, kami buat jelah tepi tepi diluar kawasan yang kena book tu, but its okay, still okay utk kami. Seronok jeee! hahaha.

Aktiviti pertama kami mulakan dengan sesi bergambar, sebelum muka masing masing comot momot, baik kita bergambar dulu. hehe. Here we gooooo! 21 Family! havoc gila! semua sproting habis!


Geng bapak-bapak jugak tak kurang hebat nya, pada aku, dorg yang lg excited dr kami, semua games dorg yg bersemangat lebih, apa-apa pun kami sangat berterima kasih pada suami suami kami yang sangat sporting dan sempoi, susah nak dpt para suami begini. hahahaha. lucky us! Walaupun dorg just jadi pak turut je dalam semua benda, tapi dorg okay je, pakai je apa yang kami bagi, main je games yg kami set kan.

Dan sangat berkerjasama menjaga anak-anak, andai mak bapak ni busy main games, ada je org tolong jagakan anak, andai mak mak sibuk games, bapak jaga anak. mmg best lah! TQ bapak bapak sekalian, tanpa anda siapa lah kami. ewahhh!


Geng mak mak yang paling GOJES dan the best! mcm mcm peel, mcm mcm perangai, but the best! paling gigih is mimi lah, dtg dorg sbb suami OS, tp tetap cool! tahniah mimi.

Anez pulak pada hari tu kena balik awal, kul 9am dh kena balik sbb Asri ada kerja last minute, mmg sedih gila, terpaksa uruskan hal tukar2 hadiah anez dulu. then anez balik. sobs!

Pasal games, nt aku up entry lain tau, aku senaraikan untuk korang, mana tau korg nak cr idea untuk family day korang nanti, senang lah. hehe. Idea games semua ni kami brainstorm sama-sama. banyak betul idea mak mak ni, tp games aku mcm biasa, KOTAK BERACUN aku yang pegang. hahaha.

Kita bahagikan banyak kategori games, mak, bapak, anak, mak dan bapak, anak dan bapak, mak dan anak. gittew~ hehehe. Barulah adil kekdahnya.


Lepas settle games semua, kami kelam kabut pulak settle kan lucky draw, sbb masa dh terdrag banyak sgt, nak dekat kul 11am masa tu, kul 12pm dah nak kena check out. Aku paling bengang masa aktiviti Exchange Gift, aku sokmo dapat hadiah sama dengan apa yang aku bagi kat orang, tragis sangat tauuuuu! huaaaa. Tahun lepas aku bg frame kat orang, dan aku dapat balik frame tu, FRAME design yg sama ye kwn kwn!

Tahun ni aku bagi Bubble Shawl dan Kipas mini, boleh pulak aku dpt hadiah si Pijah ni! dia pun bg bubble shawl balik kt aku, hahahahaha. lawak gila, what u give u get back konsep dia. hahahaha. Tapi xpelah Pijah, aku ok je, aku suka bubble shawl tu! tq tau! boleh lak lepas tu Pijah bg lagi 1 hadiah kat aku, tipuware, TQ Pijah! hahaha.


Dan aku jugak menang anugerah haritu, Anugerah Pasangan Romantik, romantik kat mana aku tak tahu, hahahaha. tapi boleh lak aku menang, hahaha. TQ korang! hadiah ni di sponsor oleh Ekin Jamal dan Kak Lin, siap dpt Jamu Kencur dgn Vmax oiii. hahahaha. Melampau!

Luck aku baik haritu, masa lucky draw nama aku naik lagi, boleh lak dapat hadiah mimi, Tupperware set, hehehe. TQ mi, leh simpan utk masuk rumah nanti. kihkih. Mimi paling busy haritu, selaku emcee dan dibantu oleh Khai. kesian korg. busy sgt.


Anak anak as usual, with their own activity, bukan nak join mak bapak, dorg boolayan je, bersepah sepah anak anak. hahaha. ada yang sampai merajuk nak lari ke laut, hahaha. sabor jelah. Princess x habis habis main pasir, asalnya dia ckp apa tau, " ibuu nak mandi laut " pitams mak! Nasib lah papa melayan kerenah anak. TQ papa.

siap baring baring atas pasir. aahahaha
Settle semua aktiviti, bahagi goodies, brg brg sponsor, then balik bilik, masa ni kak Lin baru sampai, kesian sgt kak lin x smpt nk join apa apa games pun, dtg sebagai penyelamat membawa makanan kepada kami yg kelaparan, Princess mkn bihun 2 pinggan. hehe.

Epol suami ciknaa pun gigih sangat, sampai Morib jam 5am demi anak dan isteri, hebat2 dorg ni, sangat gigih! Ciknaa, kasik upah lebih sikit kt suami tu ye! hehehe. Habis semua, kami kelam kabut balik bilik, kemas beg segala, then check out, Hoi letih gila!


Kami balik terus lepas checkout, tak singgah mana mana pun, masing-masing keletihan. Utk next family day, tak nak dah buat 2h 1m, mmg penat, kena buat 3 hari 2 malam baru okay sket. Sempat kat aku bergambar family kat sini. cantik tempat ni.


Ni hadiah hadiah yang dibawa pulang, banyak gila! best gila, mcm mcm hado, nanti nak review hadiah 1 1 pulak. hehe. tunguuu tau!


And last but not least untuk Geng Gojes, TQ untuk family day yang ohsem ni, tqsm, korang semua mmg hebat, tak dapat nak sebut nama sorg sorg sbb ramai. Tapi aku ingat korang semua! Tahun depan kita pilih tempat best best lagi okay! sila bukak tabung siap siap. simpan rm5 sehari lagi. hahaha. #muahciked! Mintak halal lebih kurang semuanya ye.

12 comments:

ameris said...

clap...clap... rara...
lagi...lagi...
saited smpai skg tau.

anez zamri said...

sedih balik awal..sobss..tak puasss huaaaaa

Chekgu Azrine said...

Ichhhhh...jeles baca...cehhh...hahahah

umieshahidah anuar said...

Teruja aku baca... mcm aku pun join korg bsuka ria... xleh jadi ni... kne join tahun depan...haha...

lenny Boniface Jubilee said...

sonoknye family day... :)

Myzatul Akma said...

hehe sebak aku tiba2. sebab tgk muke2 yg aku rindu semua hehe... kita jmpe next gath InsyaAllah.. :;)

Erina Asmawani said...

Serius ra?!! Tahun ni pun konsep "What u give, u get back?" hahaha..mmg rejeki mu ra. Menang pasangan romantik sebabsebab suami gigih mengendong isteri di bahunya. hehe. Moga sentiasa romantik hingga ke akhirnya ok rara & lan. Menyerlah betul kan baju merah kita..dalam gambar mmg cun. Seriusly!!

Hafizah said...

cepat skit testi kencur...hahaha

CikNaa said...

hahaha lakiku gigih pun demi gojes ra. setuju! tahun depan 5 malam terusla..hihi

Azlinda Azman said...

MERIAH DAN SERONOK.

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

seronok nya.. blh erat kan silaturrahim =)

aznor ibrahim said...

ko dah mengencur blom raa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...