Steamboat Empire Cyberjaya
Steamboat Empire, sebenarnya ni kali kedua kami makan kat sini, 1 st dtg sbb dijemput untuk review, tapi disebabkan tempat ni MIL aku suka sangat, mmg dia ajak datang lagi lah, plus murah dan banyak sangat pilihan makanan.
Kami kalau datang sini. Meja mmg full mcm ni lah, kalau boleh nak sambung dengan meja sebelah. hahaha. tapi jangan over sgt yeeee. hahaha. kena pada pada, bangun 2 3 kali tu dah mmg wajib.
Kat sini mmg mewah dengan seafood lah, mcm mcm jenis seafood ado. Mcm aku, mmg jenis suka makan seafood, mmg heaven lah, cicah dengan sos special dia tu, mmg sedap sgt. berpeluh-peluh makan, kdg kdg konpius, ni mkn ke berjogging ni. lols.
Buah, dessert, menu sampingan lain pun ada, korang kena order lah.
Nak bagitau, ayam ni sedap gila nak mampus. hahahaha. tengok pun dah tau sedap kan kan. Sushi dia pun sedap sangat tau korang, dim sum pun ada, tp sume tu aku x sempat nak amik gambar. sbb dah lapar. hiks.
Tempat dia sangat lah selesa, besar, nak buat party kat sini pun boleh, kena call awal awal untuk reserve tempat.
mmg dia letak mesin aiskrim tepi playroom anak anak eh? hahaha. senang anak lepas main, amik aiskrim. hehehe. Princess kan, dia mkn laju laju, then g main, aku pulak 1 hal kena teman. ibuu x puas makan lg ni. hahaha.
kemahen anak dara ni! |
Bagi aku, mmg puas hati sangat mkn kat sini, semua sedap. pilihan tomyam dan sup dia pun sedap tau. korang try lah, plus murah sangat. hanya RM25.90 je untuk dinner. anak bawak 9 tahun masih lagi FREE!
Empire Buffet
Tengah hari (11.30 pagi -3.00 petang)
Isnin- Jumaat : RM22.90
Sabtu - Ahad : RM25.90
Makan Malam (6.30 petang-10.00 malam)
RM25.90
Ala Carte
RM15.90/seorang
(Harga termasuk Salad Bar, Dessert, Aiskrim dan Minuman ringan)
STEAMBOAT EMPIRE
G.10-G.13, Gem In Mall,
Mutiara Ville,
Persiaran Sepang,
Cyber 11, 63000 Cyberjaya.
( tempat dia mmg dalam Gem In Mall ni tau )
Selamat menjamu selera!

Yang suka makan2 ni berbaloi pergi Safura..
ReplyDeleteAkak ni perut kecik benor..
cepat aje kenyang..
Tapi memang murah lah tu...
Anak akak ada jugak ajak pergi makan steamboat..
tapi en suami akak tak suka pulak..
Nanti akak bawa anak2 ajerlah pergi..
kesian dorangkan..
Xde bakar2 ke kak.. kita suka yg bakar2 tuuu... dap em
ReplyDeleterara kalo time betul2 lapar makan steamboat ni memang sedap.. skrg preggy tak lalu pulak seafood2 ni.. aduhhh... tapi kan steamboat ni paling murah..
ReplyDeleteAllah bru nk bwk anak2 makan kat sini..tp bila tgk tmpt..alahai 'dekatnya'...hahahha
ReplyDeleteCheapoooonya. Bolehlah pergi mkn
ReplyDeleteserius murah . Kt kl mana nk cari ntah.. dh laa mcm mcm jenis boleh pilih. Konferm puas hati XD
ReplyDeletehttp://anies-msletoes.blogspot.my/
murah giler nih...
ReplyDeleteBooking untuk berbuka puase esok bh ke
ReplyDelete