21 April 2016

PUREbySafiyyahOsman‬ Produk 100% Organik Menghasilkan Kesan Yang Susah Nak Percaya

Produk Natural Mampu Poket


Go for natural, rata rata ramai yg guna konsep tu, tp barang natural adalah sangat mahal, mcm aku yg ada penyakit allergy ni, untuk membeli produk mandian,pencuci muka or yg bekaitan dengan badan adalah sangat mahal, malah makanan organic juga mahal.

Banyak produk review natural lain aku dapat, tapi bila review, harga dia, perghhhh! memang rasa macam, sekali ni je aku boleh beli. hahaha. Macam tak sanggup nak tulis harga dia kat dalam blog ni. Tapi, dengan adanya produk PURE by Safiyyah Osman ni, korang takkan percaya dengan harga dan kualiti dia tak mungkin korang tak mampu nak miliki produk natural lagi, mesti boleh beli dan pakai, sbb ermmm, baca lah sampai habis ye, aku review satu-satu.

Dengan 100% handmade, 100% natural, 100% barang yang berkualiti, dengan harga yang memang mampu poket, apa lagi yang kita nak? moh support orang Melayu. PURE By Safiyyah Osman sekarang dah ada 45orang stokist diseluruh Malaysia, Sabah,Sarawak,Labuan & termasuk Riau Indonesia. Harini aku nak review salah sorang Master Agent PbySO ni, master agent dari Gombak. @ae_qeffaviame

Keistimewaan produk PUREbySafiyyahOsman

- Produk ini selamat digunakan utk semua peringkat umur, lelaki dan perempuan
- Produk organik dan Natural (tanpa bahan kimia)
- Produk 100% homemade dan handcrafted (buatan tangan)
- Bukan produk REBRAND dan bukan produk dari KILANG.
- Produk tahan selama 8-12 bulan sahaja selepas dibuka kerana tiada campuran bahan kimia.
- Produk tiada sebarang bahan kimia, tanpa paraben, tanpa SLS, tanpa pewarna tiruan dan yang        penting tiada kandungan alkohol.
- Produk yg mempunyai sijil USDA


Organic Face Wash


@ae_qeffaviame bagi aku 4 produk kat aku. ok lemme review the face wash first okay! hehehe. Untuk pengetahuan korang, semua produk PbySO adalah natural, tiada langsung bahan kimia, bahan pengawet, dan tiada agent anti gumpal, So setiap kali nak menggunakan produk ni, korang kena goncang dulu sampai sebati, then baru picit, kalau tak, keluar buih saje sbb semua bahan terkumpul di bawah jar, apa apa pun goncang dulu ye.


Cara-cara menggunakan Face Wash :

1) goncang dahulu sebelum guna

2) basahkan muka dan pump sekali

3) Sapu dan ratakan dimuka

4) biarkan 2-3 minit dan bilas dengan bersih

*sesuai dipakai secara konsisten setiap kali mencuci muka
*boleh guna 2/3 kali sehari

Masa aku gosok je foam tu ke wajah aku, ada satu bau tau, bau wangi mcm bau berry + mint, segar gila rasa wajah, aku suka gosok lama sikit pada wajah, biar rasa dh betul betul bersih, baru cuci. Lepas cuci, korang akan rasakan kelainan pada kulit.

Apa yang lain tu? korang takkan rasa " tegang " pada kulit, selalu kalau pakai pencuci biasa kulit rasa tegang kan? ni tidak, kulit rasa sangat bersih dan lembut. Pencuci muka yang bagus, adalah pencuci muka yang tidak membuatkan kulit rasa tegang.

Kelebihan :

1) Merawat masalah kulit kusam, kulit tidak sekata, mengurangkan blackhead dan whitehead serta jerawat
2) Mampu menegangkan kulit wajah dan menyembuhkan luka pada kulit wajah
3) meredakan kulit yang sensitif / sunburn
4) Antifungus dan antibakteria
5) Mampu mengecutkan jerawat ( memang jerawat terus kecut! )

Bahan :
Organic Shea Butter, Coconut Oil, Water, Aloe Vera Extract, Raspberry dan Vit E

Harga :
RM 35 (sm), RM 39 (ss)

Organic Choclate Face Mask


Aku adalah seorang tokei Brownies dan Pavlova, tapi aku tak pernah terfikir nak amik coklat yang aku ada tu untuk buat mask. hahahaha. Lepas keluar produk PbySO ni, baru aku fikir yang, ohhhh mask coklat! best ke? boleh makan ke? apa rasa dia? haha

Disebabkan busy, ambil masa jugak untuk aku tenang-tenang memakai mask coklat ni, yelah, first time pakai, kena lah amik feel betul betul. hehehe. senang je nak bacuh mask coklat ni, aku ada buat video, tp macam malas lak nak edit, hahaha. So tak yah lah eh. Lagipun senang sangat nak membancuhnyaaaaaa.


Cara Bancuh Mask Coklat :

1) guna sudu kecil yg kering
2) ambil 1 atau 2 sudu kecil facemask
3) letakkan ke dlm piring/mangkuk kecil
4) campurkan sedikit susu segar /air bersih
5) kacau hingga menjadi pes
6) sapu seluruh wajah
7) biarkan sehingga kering
8) pastu boleh scrub muka

Atau terus bole bilas dgn air bersih

*pakai sekali atau 2kali seminggu

Korang tau tak, bila apply je mask coklat ni kat muka, Ya Allah, sedapnya bauuuu, geram sangat aku, rasa nak makan, TAPI, memang boleh makan pun! hahaha. aku ada rasa sikit, tawar lah tapi. hahaha. lols. aku rasa mcm aku tgh bake brownies kat muka aku, Laki aku siap ckp, muka aku dah macam brownies kedut, hampeh!

Sebelum cuci mask tu, aku tak cuci terus tau, aku lembapkan semula mask yg dah kering tu, then aku gosok-gosok muka aku dengan mask tu, ala-ala macam scrub, mmg best gila korang! Lagi lah rasa bertambah-tambah bersih muka ni, tapi untuk mereka yang jenis berjerawat nanah tu jangan lah buat eh, xyah scrub nanti luka pulak kulit korang. Then dah gosok-gosok, cuci dengan air bersih mcm biasa, thenn tadaaaaa~ bersih gila rasa kulit.


Kelebihan FACE MASK (Chocolate)


1) menanggalkan blackhead & whitehead
2) Melembabkan kulit wajah
3) Memudarkan parut jeragat
4) mengecilkan liang-liang pori di wajah

Harga: RM 25(sm), RM 29(ss)

Memang rasa kulit sangat lembab dan pores sume mengecil, serius sangat best! plus muka nampak cerah sikit, muka laki aku kan, lepas cuci, aku nampak cam cerah sikit, maybe keluar sume kotoran kt muka tu kot, lelaki kan kerja luar, then tak cuci muka pulak, sekali sental dengan mask, putih lah jadinya. hehe

Under Eye Serum


Okeh next! under eye serum, untuk siapa under eye serum ni? untuk yang ada eye bag sebakul, lebam bawah mata, dan yang ada kedut-kedut tu, hah boleh lah cuba. Apa hebatnya eye serum ni?? hebatnya kerana organic dan menggabungkan 8jenis pure oil (pure oil carrot, pure oil rosehip, pure oil fennel, pure oil lavandula and 2base oil) dan vitamin E.

Walaupun dia menggunakan segala jenis oil-oil ni, tapi dia tidak lah oily, bila apply kat bawah mata, dia cepat menyerap, tidak lah berminyak-minyak bawah mata. Jangan risau tau. hehe. Setelah aku guna selama seminggu, mmg bangun pagi, nampak kurang dark circle, tp still ada sebab tak cukup rest.

Cara Guna :

1) minggu pertama guna setiap hari sebelum tidur
2) goncang sebelum guna
3) titiskan 1 titik serum pada jari dan sapu bawah mata
4) sapu kedua belah bawa mata
** jangan masukkan serum ke dalam mata dan jauhkan dari sinaran matahari

Korang yang rasa letih-letih mata, nak merawat mata, boleh lah try, guna hanya 2 3 titis je, memang boleh tahan lama, Harga : RM 25(sm) RM 29(ss) sahaja.

Foot Soak


Next, foot soak, aku dapat jugak sample utk foot soak ni, foot soak ni pun handmade tau, hand blended semua. Hebatkan! Base on experience, makanan je, produk ke yang handmade ni mmg best tau, tak tau lah, memang lain dari yang mesin buat, air tangan orang kata. hahaha.


Cara Guna :

1) sediakan basin yg muat utk rendam kedua belah kaki
2) masukkan air suam
3) campurkan 3 atau 4 sudu kecil footsoak
4) relaxkan badan dan rendamkan kaki anda selama 5-10 minit
5) boleh pakai 1 atau 2x seminggu
**kalau kaki merekah teruk guna selang 2hari sekali atau hari2

Foot soak ni best sangat tau, kalau korang ada kaki merekah, sila lah guna. Boleh kurangkan merekah nanti, kita ni pakai kasut lama-lama, pijak simen sejuk-sejuk, mmg kaki akan merekah.

Kelebihan :
- Mengurangkan toksin dan angin dalam badan
- Menghilangkan lenguh2 kaki dan sendi .
- Merawat kaki berbau
- Merawat tumit yang merekah .
- Melancarkan peredaran darah dikaki dan anggota badan

Bahan :
Campuran garam detox, Pure oil, Dry lavender, dry Chamomile .

Harga : RM 25

Okeh, settle review semua produk, dan cerita dia mcm ni, apa-apa barang dr PureBySafiyyahOsman ni, korang tak perlu pergi jauh jauh, boleh beli dengan @ae_qeffaviame je! @ae_qeffaviame ada lah stokis yang sah, jangan risau. If korang duk are gombak dan Rawang, boleh terus COD dengan @ae_qeffaviame jugak, xpayah bayar postage, jimat kan!

Agent dan Dropship PUREbySO pun di alu-alukan contact @ae_qeffaviame jika berminat.


Idea Hadiah dan Gift


Selain itu, if tak guna untuk diri sendiri, korang boleh belikan untuk kawan, atau dijadikan gift, heh jagan kedekut, sila belanja kawan-kawan ye! hehehe

Produk PUREbySO (boleh dijadikan) :

- home mini SPA
- anniversary gift
- birthday gift
- bff gift
- wedding gift
- hantaran perkahwinan
- persiapan sebelum hari bahagia
- event gift

Untuk segala maklumat lanjut, korang boleh terus boleh berhubung dengan @ae_qeffaviame 

Whatsapp : 012.3814511
Email : ae.qeffaviame@gmail.com

Untuk lebih details dan testimoni item, boleh follow 


Untuk pembaca blog Safura Online Diary, korang boleh dapatkan diskaun 5% dan free gift dengan pembelian Rm50 keatas, hah dengar tu! Jangan lupa mention nama " Blog Safura Online Diary " nt dpt mcm mcm lagi, hehe.

And this is review yang ikhlas dari aku, aku memang mencuba semuanya, memang sangat best dan berkesan, mungkin result untuk putih tu lambat, sbb produk ni tiada bahan kimia, tapi untuk jangka masa yang panjang, mmg PUREbySO adalah terbaik. Rasai kelainannya.

Think Natural Think Us PUREbySO. Thanks for reading uols!

9 comments:

Normi Nieza said...

good review,,

puanbee said...

puas hati baca review macam ni ... berminat lah dgn mask tuuuu

CikNaa said...

cantiknya kulit ra.. terus rasa nak beli.xdpt makan coklat, bau pun jadilah!

wahida said...

wah...bole try ni...

AE qeffaviame said...

✔ Ready Stock produk PUREbySO
✔ Post ke seluruh Malaysia
✔ contact 012-3814511 (effa)
✔ Agen dan Dropship diperlukan

AE qeffaviame said...

✔ Ready Stock produk PUREbySO
✔ Post ke seluruh Malaysia
✔ contact 012-3814511 (effa)
✔ Agen dan Dropship diperlukan

AE qeffaviame said...

✔ Ready Stock produk PUREbySO
✔ Post ke seluruh Malaysia
✔ contact 012-3814511 (effa)
✔ Agen dan Dropship diperlukan

AE qeffaviame said...

✔ Ready Stock produk PUREbySO
✔ Post ke seluruh Malaysia
✔ contact 012-3814511 (effa)
✔ Agen dan Dropship diperlukan

Anonymous said...

👍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...