17 May 2016

Aquaria KLCC Cara Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak-anak

Aquaria KLCC Discover Learn Experience


Kalau nak diikutkan, Aquaria KLCC ni kami dah masuk 2 kali, 1st time 2014 dulu, bawak Princess melawat ikan-ikan, sebenarnya ibuu pun tak pernah masuk sini, so bawak anak, ibuu dengan papa pun tumpang skali lah. hehehe.

Bila dapat invitation untuk Bloggers JAW-SOME Day Event, aku jadi teruja nak bawak Princess lagi skali, mesti dia suka dan excited tengok fish lagi. Dia mmg suka fish, kalau weekend tu, tiap petang mesti pergi tasik untuk bagi ikan makan. Tapi kali ni kami dating berdua je, papa hantarkan je, papa busy. hehehe. Princess pun dah big girl so behave sikit lah, dh faham apa ibuu cakap.

Awal-awal dah pesan kat dia, kalau nak ikut ibuu kena good girl, xleh dukung-dukung. xleh nangis-nangis. hehehe. Nasib ingat semua pesan ibuu. hehehe.

Aquawalk Sdn. Bhd. own and manage Aquaria KLCC, a world-class aquarium that showcases marine life and animals from Malaysia and around the world.

It is an oceanarium showcasing over 5,000 different exhibits of aquatic and land-bound creatures over a sprawling 60,000 square foot space right in the heart of Kuala Lumpur's city centre.

Ramai juga blogger-blogger yang hadir haritu memeriahkan Aquaria KLCC, seronok sangat dapat jumpa ramai-ramai, rata-rata semua bawak anak dan family, yelah, weekend kan, memang Aquaria KLCC adalah tempat yang sesuai untuk santai-santai dan luangkan masa dengan anak-anak.

Aquaria tak banyak berubah, masih sama seperti 2 tahun lalu, tapi tetap seronok sbb dapat tengok, dapat pegang pegang fish, dan katanya skrg dah ada 6 ekor Tiger Shark sekarang, dan ada 1 aktiviti terbaru di aquaria, nanti kita cerita di bawah ye.

Red Bellied Piranha, tengok pun dah mcm ganas kan, tapi tour guide tu kata dia tidak lah ganas seperti yg dalam movie tu, piranha ni berenang slow je tau korg, sbb jika bergesel, badan dorg akan seperti terkena renjatan electrik, if nak snap picture piranha ni, jangan guna flash ye. mmg dilarang.

Korang nak tengok time dorang bg makan piranha adalah jam 4pm, jangan terlepas tau, mmg seronok tengok dorg bg piranha ni mkn, gerun.

Shark ni boleh pegang ye kawan-kawan sbb waktu siang dia behave, malam je aktif.




Rombongan ke Aquaria KLCC


Untuk Blogger Jawsome Day ini, kami diberi seorang tour guide. seronok bila ada tour guide ni sebab mereka akan menerangkan semua jenis binatang dan exhibits yang ada dalam aquaria ni. Aku pun jadi seronok dengar penerangan dan bertanya mcm mcm.

Ikan-kan dalam ni korang boleh pegang tau, boleh rasa, sentuh, semua boleh, xde hal, kecuali jangan cederakan lah.

Andai kata korang nak buat rombongan ke Aquaria KLCC, nak bawak anak-anak buah or anak-anak murid, dan mahukan tour guide untuk boost knowledge, boleh lah book sekurang-kurangnya seminggu awal. minimum 2 pax per tour, dan maximum 50 pax per tour.

Rate card untuk guided tour 2016/2017 adalah RM191 untuk 45 minit.

Kita akan turun dari 1 level ke 1 level, tak perlu pusing-pusing, semua satu jalan je, so senang, pastikan korang berada di satu satu level tu puas puas tau, bagi anak layan semua binatang yang ada dalam tu habis-habis, jenuh lah korang nak jawap banyak soalan. hehe.



Moon Lab's Holodeck


Holodeck ni dulu kami tak masuk, benda ni baru tak silap aku, holodeck best tau, masuk dalam ni boleh acah-acah mcm kembali ke zaman dulu, nanti ada keluar dinasor, penguin, dolphin, mcm mcm binatang lagi. Walaupun hanya ilusi, tapi feel dia rasa mcm betul betul ada dinasor depan korang. Eh nak cerita pun macam x reti, korang kena masuk.

gini lah contoh dia, siap binatang tu datang dekat, dengan bunyi-bunyi skali, kami terjerit2 mcm betul je binatang tu ada, princess memula takut, lepas tu acah-acah berani. hahaha. lawak betul, but its fun lah, korang kena cuba, harga masuk untuk dewasa hanya Rm20, kanak kanak RM10, infant free je.

Selepas berejam dalam tu tengok fish dan binatang-binatang lain, kami tunggu untuk tengok fish feeding pulak. Fish feeding ni ada time-time tau, kena tengok jadual dia. Kalau terlepas rugi lah. Anak-anak mesti suka. Letih jugak menjawap mcm-mcm soalan Princess haritu. Tapi ibuu redha. hahaha.

Selain hanya jalan-jalan tengok fish, banyak benda korang boleh buat di Aquaria KLCC ni, mesti korang tak tau kan. Korang boleh dive dengan shark, hah kemahen, walaupun korang xde lesen dive, xpe, jangan risau, duduk je dalam cage, settle! hahaha.

Anak-anak kalau nak sleep dengan shark pun bolehhhhh~ cuti-cuti sekolah kan, boleh bagi anak anak sleepover di Aquaria KLCC, hehe. Lain-lain, boleh buat corporate cocktail, press event, workshop dan juga birthday party, mcm mcm boleh buat di Aquaria sebenarnya. Terbaik kan!

Habis pusing-pusing, boleh membeli belah pulak di Aquaria shop, mcm mcm ada, Princess dah rambang mata, nasib x minta yang bukan-bukan, kofkofkof. Last but not least, ada contest untuk blogger, kami salah sorg yang berjaya menjawap soalan, yeay! hehehe. dapat gift dr Aquaria.


Mak-mak Ayah-ayah kalau buntu tak tau nak bawak anak ke mana cuti-cuti sekolah nanti, boleh jengah Aquaria KLCC ni, mesti anak-anak suka, dan takkan bosan, Princess tu padahal mengantuk sebab bangun awal, tapi tahan mata sebab excited.

Dewasa (MyKad) : RM46.00
Kanak Kanak 3 - 12 Tahun (MyKad): RM35.00
Bawah 3 tahun: Percuma
Warga Emas (MyKad): RM35.00

Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre Complex, KLCC
Telefon: 03-2333 1888
Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari pukul 10.30 pagi - 8.00 malam
Last Admission: 7.00 malam

Website: www.aquariaklcc.com
Instagram: @aquariaklcc


and again, TQ Aquaria KLCC for having us, nanti jemput datang lagi ya! Seronok sangat!

7 comments:

Inani Hazwani said...

Seronok Princess tengok ikan ye. Hehe. Memang sesuai tempat ni untuk anak anak :)

aRz MoHa said...

Daha lama teringin nak bawa Cik Puteri ke sini. tapi macam-macam halangan...tengok lah next time ke Kuala Lumpur lagi

idzwa kamaruddin said...

Uhhhh dah lama tak pegi sini! Nak kene pegi la mcam nie.

achiek anis said...

Wow..harga dia jauh beza dah..

Chekgu Azrine said...

Penah pegi skli je...bwk kakak ngn kakngah...aish dgn yaya je blm penah pegi..

mun said...

seronok je tgk... teringin nak masuk gak.. tp x berkesempatan jer..huhu

Liyana said...

penah sekali je pegi. terowong nye pendek sgt haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...