Image and video hosting by TinyPic

19 May 2016

Buffet Ramadhan 2016 Ancasa Hotel Bertemakan Selera Desa Nostalgia 60an

Buffet Ramadhan 2016


Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan Ramadhan, Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk menikmati suasana Ramadhan pada tahun ini. Aku kalau bab makan, buffet review, ermm suka sangat lah aku, tambah lagi kalau makanan penuh dari depan sampai belakang, TQ to Madi Projek Travel sebab sudi jemput kita kali ini. Aku dengan sape lagi, ida baharum lah. Haha.

Harini nak cerita kat korang betapa bestnya buffet Ramadhan di Ancasa Hotel And Spa, KL. Kali ni dorang merancakkan lagi sambutan ramadhan dengan bertemakan ' Nostalgia 60an '. Siap ada alunan muzik ala-ala muzik zaman 60an lagi tu, memang feel betul makan.

Sebelum tunjukkan korang juadah-juadah yang disediakan, aku nak bagitahu dulu, semua juadah ni menarik ini diilhamkan oleh chef yang mempunyai pengalaman luas dalma bidang kulinari, bukan calang-calang orang tau! Gabungan hebat Chef Yohanis dan Chef Mariam sangat lah hebat!

Masuk je ke ruang buffet ' Saffron Brasseries ' ni, korang akan dijamu mata dengan pelbagai jenis dessert dan pencuci mulut, ampunnnnn! kami sampai rambang mata, sampai tak tahu nak pilih yang mana, oh! korang jangan lah minum air masa makan kt sini, nanti kenyang, tak dapat nak menikmati semua juadah.

Ada kek, buah-buahan, kuih muih, dodol, wajid, putu piring, bubur kacang, eh mcm mcm lagi lah ada, aku pun tak sempat nak merasa semua dessert, tapi mana yg sempat aku rasa tu, semua sedap-sedap.

Kalau tak de idea nak belanja family berbuka dimana, nahhh, ni idea untuk berbuka puasa dengan family! bawak je dtg sini, tak perlu susah-susah.

Selepas itu, masuk di bahagian tengah, korang nampak pulak semua makanan yang banyak ni, aku tak sempat nak kira berapa menu yang ada, tp korang tengok lah sendiri, mmg banyak sangat dan puasa hati lah! makan sampai bersandar! hehehehe. Jangan sampai tak larat nak solat sudah lah.

Ok meh nak cerita sikit, mereka ada Nasi Kabsah bersama kambing bakar, bayar mahal-mahal, kambing wajib lah ada kan, rendang itik, ni aku tak makan, ida baharum makan, dia kata sedap gila, daging itik tak liat, Burung puyuh goreng lengkuas, Sambal udang petai, Lemak ketam nenas, kacang sepat bercendawan, daging opor, Ayam tandoori bersama sos pudina dan ikan jenahak dan mcm mcm lagi, Ampun, banyak sangat makanan tau.


Pihak Ancasa Hotel memilih menggabungkan tema elemen 60an dan menyingkap tirai kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sempena memperingati pemergian seniman agung tersebut pada 29 Mei 1973.

Okeh, korang kalau nak berbuka puasa di sini, boleh dapatkan baucer istimewa dengan harga serendah Rm58 sebelum 31 Mei 2016 ini,

pada selepas 31 Mei 2016, baucar akan dijual pada harga Rm68 bersih untuk dewasa dan Rm40 untuk kanak-kanak.

sebarang pertanyaan, hubungi Saffron Brassiese di talian 
03-2026 6060 samb. 7703, 
atau hotline 1-300-88-0032

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. pelbagai pilihan...desset & apam blk dapnye

    ReplyDelete
  2. salam , buka entri pukul 12 kakakak memang sedap semuanya la

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com