24 May 2016

Buku-buku latihan untuk Princess

Umur Berapa Sepatutnya Anak Perlu Mula Belajar


Kalau di facebook, mcm mcm pendapat yang mak mak dan bapak bapak luahkan tentang anak-anak, ada yang terlalu risau bila anak mereka masih tidak pandai mengenal ABC, menulis, mahupun membaca. Kdg-kdg benda mcm tu dah jadi 1 bahan joke. Tau jelah mereka mereka ni kalau mengkomen, overr sangat. Tapi yelah. Mak bapak mana yg tak risaukan anak. Dah nak masuk 4 tahun, tp kalau x kenal ABC. Mmg dia akan risau, nak nak kalau anak kawan kawan dia dh siap pandai membaca, menggelabah lah dia. Hehe.

Sejak umur anak berapa kita perlu ajar dia? Mcm aku, princess start lahir aku dah ajar mcm-mcm, hahahaha. Tapi bukan ABC lah hoi, ajar minum susu, ajar pegang botol, ajar dia tidur sendiri, ajar dia bermain, sampai lah umur 6 bulan, aku dah mula ajar dia menyanyi, clap clap hand, pasangkan lagu twinkle twinkle sampai lah umur setahun, mula bacakan dia ABC, tunjuk dia mcm mana rupa ABC, menyanyi phonic song, baca doa dan sampai skrg, aku masih mengajar dia, ajar menulis dan now nak try ajar mengeja.

Ada certain huruf dia masih gigil gigil tulis mcm huruf S, Q, lain lain okay lah. Aku tak expect Princess akan terus pandai. Sbb jenis dia mmg dia cepat bosan. Belajar skali then sudah, dia tak nak dah, sebab dia rasa mcm dia dah pandai. Haha. Memang kena sabar banyak-banyak. Dan dia jenis tak suka kita ulang-ulang benda tu banyak kali, errrr ikut perangai sape lah agaknya tu. Hahaha.

Disebabkan dia tak suka benda yang sama, haritu aku ajak dia pergi shopping buku buku baru. Dia pun suka lah. Kemahen excited gila nak beli buku baru. Lagipun lama jugak aku tak membeli.

Aku beli buku latihan dia kat Popular je, mph x banyak buku-buku latihan yang best best, kat popular banyak. Aku suka, harga pun x mahal, dalam rm2.90, rm4.90, rm7.90. Sebelum membeli, kita bg dia makan kenyang-kenyang dulu, kami pergi berdua je, sebab papa dia busy, pergi berdua je pun apa ada hal kan. hehehe. Bagi Princess makan nasi ayam Linda Onn, now Nasi ayam dia dah banyak, haha, kalau dulu ciput jeee. good good.

nak duduk sini je, tak nak balik, seronok sebab banyak book.
Masuk dalam tu, terus ke bahagian buku anak, aku more to book yg dalam range 3-4 tahun dan 4-6 tahun, sebab princess baru 4 tahun kan, belum masuk 4 tahun pun, so kena pilih yang sesuai dengan dia, kali ni beli buku yang ada latihan skali, kalau dulu aku suka beli buku yang boleh asah skill menulis dia, now yang ada latihan, lepas menulis, buat latihan pulak, dan ada ruang untuk color-color, dia suka lah.

Aku beli buku Math, English, Start to spell, drawing dot ( tu sebab dia nak ) haha, science, buku cerita dan buku set BACALAH ANAKKU. Dulu aku tak rasa macam nak beli buku Bacalah Anakku ni, tapi skrg aku rasa dh boleh beli sebab dia nak masuk 4 tahun dah, boleh dah ajar sikit-sikit, buku Bacalah Anakku ni bagus sangat, adik aku kata kat Little Caliph pun pakai buku ni.

Set Bacalah Anakku Popular Rm36
Aku memula tak pandai juga guna buku Bacalah Anakku ni, sampai aku kena study dulu baru leh ajar, maklumlah, mak bukan cikgu. hahaha. Kalau korg nak tau cara mengajar yang betul, kat You Tube pun ada. Mudah. tapi pastikan anak kenal ABC dulu. Kalau tak nanti dorang konpius. Tahun depan Princess nak masuk sekolah dah, boleh lah aku ajar sikit, untuk knowledge dia.

Semua buku-buku ni tidaklah aku guna semua skali gus, aku guna sikit-sikit, mcm aku cakap tadi, princess ni cepat bosan, dia tak suka benda yg sama, dia nak harini buku lain, esok buku lain, lusa buku lain. tu sebab aku beli banyak sikit. heheh.

pencil jumbo 3 batang Rm6.50
Dan lagi satu aku beli pencil dan pencil color jenis JUMBO ni, mmg aku suggest sangat pencil jenis Jumbo ni sbb dia berbentuk segi tiga dan gemuk, kalau budak pegang, dia akan pegang dengan penuh dan betul. Princess suka pencil ni. kalau pencil biasa tu kan halus je, dia cepat lenguh bila tulis lama-lama.

Total semua baru habis Rm105, okay lah kan, untuk anak, aku happy dapat beli semua ni untuk Princess, lagipun aku mmg suka beli buku. suka kumpul. guna x guna belakang kira. kahhh! Aku beli ni bukan lah nakkan Princess cepat sangat pandai, tapi aku nak biasakan dia dengan book, nak bagi dia suka book, suka belajar, suka buat latihan.

Tapi skali sesi belajar bukan lama, 10minit, cukup, pas tu dah pergi main balik. banyak je alasan. haha. tapi takpelah, asalkan dia mahu belajar, itu dah buat aku bersyukur. Habis belajar buku ni, kita beli lagi okay!

10 comments:

YB Shehan said...

yeay. beli buku. mggu ni start box sale big bad wolf tu. pegi tau. penuhkan box dgn buku dorg je. hehehe

Normi Nieza said...

wah..sronok la pricess dah bnyak buku..:)

Irna Nurasikin said...

Rasa berbaloi bila dah beli untuk anak-anak kan?

Nurfaezah Abdullah said...

untung adik dpt ibu mcm akak :) semoga adik menjadi anak yang pintar dan mendengar cakap ibu ayah okay

achiek anis said...

Ehem..sejak 2 menjak ni kakak buat perangai tak? Hihi..beb airis daku pun tk pndi tls gak lg..g sekolah sbb nk bg berkawan je dulu..ku pun xko paksa..biar la dia enjoy zaman kanak2 dulu

Yaya Azura said...

makin cantik princess.dah nak masuk 4 thn pun.
anak kecil kalau dapat fokus 10 minit kira dah ok lah tu. sekarang masa dia bermain, biar dia belajar sambil bermain.

lieyalatif said...

good job rara..kenalkan buku2 awal mcm nie.... mule2 ni kite kene tarik minat die dulu..lama2 bende tu jadi habit dan bertukar jadi hobi..bagus didik anak suke buku...

Diana Rashid said...

Akak pernah beli buku 2,3 buah je kat Mikhail..hahah..sebab dia belajar sendiri.tak pernah akak ajar..dia tak mau di ajar2 ni.sedar2 je dah kenal dan boleh tulis semua huruf..macam magic lak rasa sebab akak tak buat apa2 pun..hahah..

Seronok kalau anak suka buku ni..memang mak2 cam kita pulak teruja nak beli macam2 buku..harap2 tahun depan dapat la akak membeli buku banyak macam ni untuk mikhail..

afzalsukasuki said...

beli buku untuk jasmeen..dia bantak buat nasi lemak. jadi dah nampak dah besar nanti dia ada potensi untuk jadi pembalut nasi lemak yang berjaya :'D

Faiiza Mohamad said...

Yeay... same lah kita.. beli buku 'bacalah anak ku'... mmg bagus buku tu.. ntah mcm mana.. cepat je dorg tangkap... yg english pon bagus sgt.. mmg boleh buat bebudak boleh baca terus.. semoga menjadi anak2 yg berjaya dunia akhirat www.faiizamohamad.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...