Image and video hosting by TinyPic

18 May 2016

Innovasi Sambal Hitam dan Resipi Kek Butter 15 Minit

Bila puasa, biasa lah kan, mcm mcm benda dan makanan terlintas di kepala hotak ni, sume yg orang post kt timeline sume sedap, choii, tapi bila dah berbuka puasa tu, xde pun nak makan. Semalam sblm berbuka aku siap ckp kat papa Princess, mlm kang jom cari otak-otak nak, skali lepas berbuka dia ajak, aku cakap, ermm tak nak lah, kenyang. hahaha. Terbaek kan perangai.

Aku adalah antara manusia yang baru terhegeh-hegeh nak ganti puasa, haritu tak nak ganti awal-awal, padan muka kauuuu, muahaha. skrg, sibuk lah kau mengganti sorang-sorang. Semalam berbuka aku masak, gulai lemak kubis, goreng ikan, then ada sepeket lagi sambal hitam ciknaa, makanya aku renovate sikit sambal hitam tu buh tempe.

Semalam aku nampak kak leenda lah buh petai, aku x makan petai sangat, so aku fikir-fikir, buh tempe pun sodap neh! hahaha.makanya jadiklah sambal hitam bersama tempeh, mkn dengan nasi panas dan gulai lemak kubis, ermmm WIN! Alhamdulillah, smlm aku puasa smooth je, alhamdulillah, moga-moga dapat lah puasa penuh tahun ni.

and again, sape nak beli Sambal Hitam Ciknaa yang kompom meletop, boleh PM ciknaa okay,

FB CIKNAA . Dia akan kumpul oder dulu tau, buat skali gus, kalau sikit-sikit rugi nanti, sbb cara pembuatan sambal hitam ni bukan senang ye kawan-kawan. ada juga yang tipu cara pembuatan. Tapi dengan ciknaa, jangan risau, terbaek! aku nanti nk oder untuk bulan puasa.

Semalam, mcm aku cakap tadi lah, bila puasa mcm mcm nak makan kan, kepala mcm teringin nak makan butter cake yg moist-moist tu, terlebih rajin smlm, lepas masak ada 20minit lagi waktu berbuka, so sempat lagi aku bake kek butter, alahai, kek butter je korang oi! senang nak mampus. hahahaha.

Resipi Kek Butter Moist

Bahan bahan :
250 gram pure butter jenama Anchor
250 gram tepung naik sendiri
180 gram gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar


Cara cara:
Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.

Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).

Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.

Masukkan dalam loyang saiz 8-9" yang telah dilapik baking paper atau dispray terlebih dahulu.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.

Nota:
Jika guna tepung gandum, boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder.


TQ kak Azie Kitchen

( tapi semalam aku tak buat resipi penuh, aku bahagi dua, sbb xnak banyak sangat, kang tak habis. buat separuh maksud aku, sukatan bahan tu semua bahagi dua ) Kakak Princess pun bawak kek g school harini, nak bagi kawan-kawan katanya. Bagusnya anak ibuu. hehehe.

itu masa korg tengok aku rajin kan? kalau aku malas, aku makan seperti menu di bawah ni je korang, koreng ikan bilis, buh bawang and cili, goreng telur mata buh kicap, Allah sedap gak makan. hahaha. Aku sekarang ni ntah lah, mood swing-swing, kdg-kdg rajin, kdg-kdg malas. hahaha.

Pas tu skrg ni suka makan yang masin-manis, masam-masam, haritu berturut-turut aku mkn jambu cicah kicap. buh sikit cili padi + gula, nikmatnya korang! sedap sangat rasa. korang jangan kecur liur lak, g buat sendiri, senang je. hahahahaha. ok lah, tu je nak bebel. harini rajin lak nak menaip. amik mood nak buat entry lain, lols. Harini nak berbuka makan apa eh, sup ayam lah~ sedap gak kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. ~Alhamdulillah, smlm aku puasa smooth je, alhamdulillah, moga-moga dapat lah puasa penuh tahun ni.~
    Apakah?

    Insha Allah.. :)

    ReplyDelete
  2. ngidam ke ahkak hahahahaahaha

    taknak komen lelebih nak ckp, apesal upload gambo jambu hahahahaha gerammm

    ReplyDelete
  3. lain mcm dia nyer ngidam ni.. hahahah

    ReplyDelete
  4. alahai rara..mekasih byk sayang.. tq jugak share resepi butter cake tu. nak buat! hehe.

    ReplyDelete
  5. Jambu cicah macam tu memang bikin air liur menitik2...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Suami akak lepas raya je terus suruh ganti puasa..bising dia kalau tak ganti..lagi2 kalau akak sibuk nak puasa sunat tapi puasa ganti tak nak, memang kena perli je la..

    kek butter memang sesekali makan rasa best..tak boleh selalu...cemuih.lagi2 time raya jangan dibuat..orang tak makan..hahah...Paling best makan time panas..akak kalau semalam punya kek pun , hari nak makan akak masuk kan dalam mikrowave dulu bagi panas.kena dengan kopi o..

    ReplyDelete
  7. sambal hitam kita buat sendiri pura.. kawan bgi belimbing banyak sgt.. 2bulan pon masih tahan lagi ni..

    ReplyDelete
  8. woott..!! woott..!! sambal hitam tu.. alahaaaiiii.. kena buat stock untuk bulan puasa ni.. ada sambal hitam baru berselera nak sahur.. hehehehee.. :)

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com