04 May 2016

Lux mempersembahkan Koleksi Jovian Mandagie Untuk Zalora 2016

Koleksi Jovian Mandagie Untuk Zalora Yang Dibawa Khas Oleh LUX


Hai korang, dah cari baju raya? Ermm aku masih lagi mencari design mana yang trending untuk buat baju raya tahun ni. Salah satu design yang paling aku adore mestilah by Jovian Mandagie. If korang perasan, tiap-tiap tahun mesti akan ada satu entry Koleksi Baju Raya By Jovian Mandagie di blog aku, hari-hari aku buka website Zalora tu usha baju raya. Kihkih.

And guess what! Tahun ni aku sendiri berpeluang ke pelancaran Koleksi baju raya 2016 Jovian Mandagie untuk Zalora yang dibawa Khas oleh LUX. Thanks to Illy for this opportunity. #muahciked! hehe. Memang sangat teruja dan nervous sbb ramai sangat artis-artis terkenal yang hadir dan designer hebat Malaysia.


Bertempat di Glasshouse Seputeh, acara fesyen ekslusif ini mempersembahkan 40 jenis kurung moden ' Grace Kelly ' yang berinspirasikan rupa dan stail klasik daripada kerabat diraja paling ikonik abad ini. 

Koleksi raya ini diserlahkan lagi dengan wangian ekslusif dan haruman yang berkekalan LUX Magical Spell. Ohhhh aku mmg sangat sukakan Lux Magical Spell ni, aku pengguna setia lux tau. Lux Magical Spell ni mmg sangat wangi dan wangian dia sangat long lasting dibadan.

Collaboration hebat ni adalah yang pertama kami buat Jovian dan Lux, untuk menyerlahkan lagi penampilan si pemakai.

Lepas tinjau-tinjau kawasan, register, ada refreshment yang disediakan oleh Delectable by Su, untuk menghilangkan nervous dan menanti acara mula, terpaksalah pergi minum minum dulu, kihkih. Ada macaroon color purple dan cup cake with cute design. Sedap sangat macaroon tu, tak manis!

Lepas minum-minum, sempat lagi selfie dengan artis-artis yang ada. Bergambar dan selfie is acara WAJIB hokey! hehehe.

Koleksi Raya Zalora 2016


Mesti korang dah tak sabar nak tengok semua design kan? okeh, jom tengok sedikit koleksi baju raya tahun ini, lepas tu dah boleh save design mana yang korang suka. Aku pun dah ada design yang aku suka, hopefully sempat lah kurus sebelum raya, kihkih.

Sewaktu model-model ni memperagakan koleksi raya 2016 haritu, aku tengok, baju-baju ready to wear kali ini, Jovian banyak menggunakan warna kaya dan lembut yang mempunyai ciri-ciri diraja dan merangkumi personaliti klasik Hollywood yang akan menampakkan korang sangat glamour raya nanti.

Bakat dan keistimewaan Jovian Mandagie jelas dilihat melalui usaha beliau untuk merapatkan silhouette feminin era tahun 1950-an dengan kain-kain serta unsur-unsur moden. Koleksi ini terdiri daripada pelbagai jenis fabrik bertekstur, kain krep mewah, chiffon ringan, jacquard dan unsur-unsur sutera imperial yang halus diaksen dengan manik kristal, batu permata, bugles, doh garam dan manik kaca.

Apa Kaitan Lux dan Grace Kelly?


Bila dah pakai pakaian yang cantik-cantik, tak lengkap rasanya jika tiada haruman yang selari dengan penampilan kita. Wangian Lux Magical Spell yang mengasyikkan dengan harumannya yang berkekalan sehingga 8 jam menyerlahkan lagi rekaan koleksi Raya yang bergaya dan elegan.

Lux mahukan semua wanita untuk tampil yakin dan berasa cantik dan menawan walau di mana sahaja mereka berada. Koleksi Raya yang bergaya dan elegan ini ditambah dengan haruman Lux
Magical Spell menyerlahkan lagi nada glamor dan keyakinan.

Korang wajib ada mandian Lux magic spell ni tau! mmg sangat wangi! Oh ya, Lux juga ada buat Lux Contest utk peminat mereka, dan berpeluang untuk set of Jovian Mandagie for ZALORA Raya Collection 2016.

So, jangan lupa stay tune with Lux FB Page untuk maklumat lanjut.


So mcm mana? Menarik kan? Busana hari raya yang menyerlah dan menawan, dengan haruman mandian pula yang berkekalan sehingga 8jam, perfect! Tak kisah nak pergi beraya dari pagi sehingga ke malam. hehe.

Koleksi ekslusif ini akan berada di outlet Jovian dan website www.zalora.com.my pada bulan Jun nanti. Harga semua baju ini adalah diantara Rm320 - Rm590.

apa lagi? nak nampak feminin, luxe, dan dengan daya tarikan diraja unik, boleh lah dapatkan koleksi Jovian Mandagie untuk ZALORA, yang dipersembahkan kepada anda oleh Lux ini. Tahniah Jovian, Zalora dan Lux! Collaboration yang sangat hebat!

3 comments:

idzwa kamaruddin said...

kemai ncantik ko kan dik!!

Inani Hazwani said...

Cantiknyaaaa koleksi raya tu !

Liyana said...

cantikkk! tp mak mampu tengok je :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...