Image and video hosting by TinyPic

20 May 2016

Menu Baru Restoran Istana Bambu Patin Tempoyak Pahang Asli

Gulai Patin Tempoyak sedap di KL


Sape peminat Ikan Patin? sila angkat tangan tinggi-tingiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, hehe. meh nak sep, aku adalah patin lover, menu paling aku suka, Patin Tempoyak dan Patin masak asam, mak mertua aku orang Pahang, nak tak nak kena belajar makan patin, sedap hoi ikan patin, selain dari mak mertua aku masak, aku tak pernah makan ikan patin kat kedai-kedai, sbb tak kena dengan tekak, kalau kedai masak, mesti ada bau, tak gemor.

Tapi, kalau korang tak pandai masak, tapi nak dan teringin nak makan gulai tempoyak ikan patin sedap, takkan nak suruh mak mertua aku masakkan pulak kan? mesti lah kena cari kedai yang menyediakan hidangan ikan patin yang sedap. Korang tak perlu ke Pahang, kat KL pun dah ada. hehe.

Di restoran Istana Bambu kini menyediakan set makan tengahari yang bertema kan Patin Tempoyak Pahang Asli. Tu sebab aku cakap tak perlu ke Pahang dah untuk makan gulai Patin Tempoyak. Kalau rasa nak makan tengahari nasi putih dengan gulai tempoyak ikan patin, boleh ajak kawan-kawan ke Restoran Istana Bambu.

Kalau kawan korang tak makan Patin xpe, ada jugak menu lain yang pihak restoran sediakan, seperti Asam Pedas Ikan Pari dan Gulai Lemak Daging Salai. Ayam kampung goreng panas-panas pun ada uols! haih, terliur pulak rasa.


Tuh tengok tu, sekawah gulai ikan patin tempoyak. Macam aku cakap tadi, aku mmg tak biasa makan gulai tempoyak ikan patin selain drpd yang mak mertua aku masak kan? Tapi di Restoran Istana bambu ni, aku bukan nak hard shell, tapi mmg sedap, kena dengan tekak aku, kena dengan selera aku. Ikan patin dia memang takde bau. Gulai dia sesedap rasa, ngam semua rasa, sedapnyaaa! katanya, chef yang masak menu ikan patin ni memang dari Pahang, so no wonder lah kan. SEDAP!


Selain gulai tempoyak ikan patin, ada PAIS PATIN, hoi aku x kenal apa ni pais patin. tak pernah makan, Ida baharum makan pais patin ni, sedap sangat dia kata, Pais ni adalah ikan patin yang di salut dengan tempoyak dan dibakar. Ya Allah, mmg orang-orang tua kita terbaek kan! tempoyak adalah salah satu sumber PROBIOTIK yang bagus, mmg baik utk tubuh badan. So korang kena cuba! Harga tertera seperti dalam gambar.


Dan seperti yang aku cakap tadi, kalau ada kawan korang yang tak makan ikan patin, boleh makan menu lain, ada masak lemai daging salai dan asam pedas, Masak lemak daging salai tu memang sangat terbaik! serius! add on lagi, ulam-ulam + sambal belacan! ermmm, habis makan usap perut, seronok~ hahaha.


So, jangan lupa singgah Restoran Istana Bambu nanti, sempat lagi sebelum puasa ni, nanti bulan puasa teringat-ingat pulak. Harga untuk set makan tengahari adalah Rm17 termasuk Nasi, air pencuci mulut dan ulaman. Jika nak makan belah petang, harga ala carte adalah Rm 15- Rm19 semangkuk.

Waktu Operasi 

Isnin - Jumaat
( 12pm - 3pm )
( 6pm - 11pm )

Sabut - Ahad
( 12pm - 12am )

Restoran Istana Bambu
Lot 841 Jalan Ulu Kelang
68000 Ampang

03-2451 4717 / 03-4252 4718

IG IstanaBambu Restaurant
FB Istana Bambu Restaurant
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Kecur air liur tengok makanan sedap sedap ni :)

    ReplyDelete
  2. kesedapan patin tempoyak jerantut pahang memang sedap sambil melayan sawah padi

    ReplyDelete
  3. tu diaaaaaaaaaaa...pais patin pun ade.... mmg peberet akak nieh...dpt dgn nasi panas2 pun dah cukup...ops2..ulam2 sikit...okey cukup....boleh bertambah dibuatnyer....

    ReplyDelete
  4. perrrgghhh...!! teringin nak rasa pais ikan patin tu.. tak pernah makan lagi selalu tengok gambar je.. hahahahahaa.. :)

    ok jom, set date leh buka puasa kat situ nanti.. hehehehe..

    ReplyDelete
  5. patin my pebret lg2 masak tempoyak perghh i cannot tahan kak pora.

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com