Image and video hosting by TinyPic

28 June 2016

Sejadah Ortopedik Idea Hadiah Untuk Ibu Bapa

Hadiah yang membekalkan pahala berpanjangan


Assalammualaikum hai korang, pernah tak kadang-kadang fikir, apa ye nak hadiah kan kat mak ayah? hadiah apa yang sesuai untuk diberikan kepada mak ayah supaya dia " guna pakai " hadiah tu hari-hari dan ingat pada kita, sekaligus mendoakan kita?

aku selalu fikir, apalah nak bagi kat mak papa aku ni, last-last aku dapat idea, hadiah untuk hari ibu, hadiah untuk hari bapa, yang dapat memberikan keseronokan kepada ibu bapa kita dan kita juga sekaligus mendapat pahala yang berpanjangan. Apa hadiahnya???

Sejadah yang memberi keselesaan ketika solat


SEJADAH ORTOPEDIK

Kenapa aku kata mak ayah akan suka dengan hadiah ni? sebab mak ayah, yang dah pencen, yang dah bersara, selain berkebun, apa sangat lah yang dorang nak lakukan selain duduk, bersujud lama di atas tikar sejadah, nak nak di hari-hari akhir ramadhan ni, mereka akan banyak ke masjid, menunaikan solat terawikh kan, so kita mesti lah nak mereka berasa selesa bila solat.

Makanya, sejadah ortopedik ini direka khas untuk memberikan keselesaan yang maksimum ketika melakukan ibadah solat.

eh tapi sejadah ni bukan lah hanya untuk mak ayah, kita pun boleh guna, tambah-tambah untuk kita yang ada sakit bahagian lutut, yang pernah eksiden ke, bila nak sujud tu, mesti tak boleh di tempat yang keras kan, maka, sejadah ni sangat sesuai untuk korang!

Aku suka solat atas sejadah yg tebal atau sejadah yang diletakkan atas karpet tebal, selesanyaaaa bila solat kan, kalau nak sujud tu, terlajak hentak dahi pun tak risau sangat, kahkah.

Sejadah ortopedik ni di datangkan dengan packaging yang sangat kemas, siap berkotak begini supaya senang nak dibawa, senang nak dijadikan hadiah, tak perlu nak balut pun, aku suka!!!

buatan kemas
sejadah ortopedik ni di datangkan dengan 4 warna yang berlainan, ada, Blue, Burgundy, Charoal dan Teal. Aku memilih warna burgundy dan teal, kenan pulak dengan 2 warna ni, hitam mcm dah biasa sangat.

Aku sebenarnya dah lama sangat nak kan sejadah ni, nak beli, nak beli, tak terbeli-beli, last-last dapat jugak, alhamdulillah, rezeki kan.

Kenapa Sejadah Ortopedik Ini Sangat Disyorkan?

Dengan Ketebalan 8mm :

- Sesuai untuk digunakan di atas permukaan yang keras.
- Bercirikan " Ortopedik " bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada sendi tangan, bahu dan lutut.
- Kalis air, mudah dibawa kemana-mana ( aktiviti outdoor ) dan mudah dibersihkan.
- Tebal dan selesa
- Bebas alergi
- Tiada bahan toksin
- Berukuran 24inc x 48inc / 60.96 cm x 121.92cm

Sejadah ni sangat mudah dan praktikal sebab di senang di gulung, bila buka, dia akan terbentang seperti biasa, mudah dibawa kemana-mana sebab ada tali penggalas elastik. korang pikul je kat belakang, mudah! bukan berat pun, naik gunung pun boleh bawah. Sejadah untuk pendaki gunung.


So kesimpulanya, Sejadah Ortopedik ini bukan saja boleh jadi idea untuk hadiah kepada ibu bapa, malah untuk dihadiahkan kepada diri sendiri pun boleh, untuk kawan-kawan boleh, semua sesuai, ramai yang dah menggunakan sejadah ni dan berpuas hati, dah keluar paper dah pun. korang kena dapatkan satu, supaya rasa semangat nak solat tu selalu ada, kihkih.

Yelah, bila kita solat dengan selesa, mesti rasa seronok nak solat kan, rasa nak cepat-cepat solat. jangan tidur atas sejadah sudahlah. hehehe.

Okeh, kalau nak beli, boleh Whatsapps je +6012 674 9095 ( fast reply ) no worries! hehe.

for more info, follow :

Instagram : sajdamat_malaysia

HARGA : RM125 SAHAJA!

Jom tengok video betapa selesanya sejdah ni, kat bawah ni okay! TQ for reading korang! dh dapat idea kan! yeayyyy!!!

Memang MASA Itu Merawat Segalanya

Sebelum aku sakit ni, aku selalu dengar ceramah Dato Dr Hj. Fadzillah Kamsah, dia selalu kata, " MASA adalah PENAWAR yang merawat segalanya " dalam hati aku mcm mana pulak tu? lama kelamaan baru aku faham, dan bila aku sakit, baru aku faham, memang MASA lah yang merawat kita sebenarnya, kita selalu inginkan masa itu supaya cepat berlalu, supaya masa dapat merawat sakit kita, supaya esok kita makin sihat, esok kita makin pulih, supaya esok kita boleh menjalankan kehidupan seperti biasa.

Ramai yang tak tahu aku sakit apa sampai MC begitu lama, aku start diagnose rasa sakit ni start 2 minggu lepas lagi, see, dalam diam tak diam, 2 minggu dah aku menangung sakit ni, last aku rasa sihat masa pergi food review kat Sunway pyramid, then balik tu badan aku dah tak sedap, lepas sahur aku baring, nak pergi kerja, tapi tak larat, last-last papa princess bawak g klinik, doc diagnose aku ada " sakit " ni, doc tak leh nak buat apa-apa, ubat pun tak boleh bagi sebab aku pregnant, tanpa sebarang ubat, dengan menahan sakit, mak aku suruh balik ipoh, kelam kabut kami balik ipoh, lepas berbuka pergi berubat kampung.

bayangkan aku sakit sampai tak boleh nak solat berdiri, aku solat, rakaat kedua aku dah rasa nak pitam sbb menahan sakit yang teramat sangat, esoknya aku solat duduk, baru lega sikit, sampai begitu sekali, aku sampai takut nak tinggal solat walaupun sakit sebab aku risaukan anak dalam kandungan aku, aku kuat demi dia, aku tahan sakit demi dia, aku solat, aku berdoa, berdoa biarlah segalanya berlalu dengan cepat, aku nak Allah tahu, aku masih mengharapkan Allah memberi 1 keajaiban pada aku.

2 hari sakit tak berkurang, malam tak boleh tidur, siang tidur-tidur ayam sebab ngantuk sangat, yang pelik aku masih berpuasa, gila kan! punyalah sayang nk tinggal puasa. hari ke 3, kwn mak aku datang ubatkan aku, masa tu alhamdulillah, lega sikit, dah boleh jalan, esoknya sakit balik, panggil lagi makcik tu datang, dia ubatkan lagi, lega, hilang sikit sakit, aku dah boleh berdiri, dah boleh senyum dah boleh sembang. Alhamdulillah. Ya Allah, aku tak dapat nak ceritakan kat korang sakit dia mcm mana, tapi sakit yang aku boleh cakap, beranak pun tak sakit macam ni. hah gitu!

hari-hari berlalu, 3 hari 4 hari, seminggu, 2 minggu, aku mc, sambung mc, sambung mc lagi, aku pergi check up doktor, doktor pun geleng kepala tengok keadaan aku. doctor pun seriau takut, dia kata memang sakit. Ye doktor, memang sakit sangat doktor, aku menangis tiap kali solat. menangis tiap kali tengok muka Imann Sophea.

Aku tanya Allah, kenapa aku diuji sampai mcm ni, apa salah aku, apa dosa aku, tapi lama-lama aku diam, aku terfikir, dia uji sebab dia sayang, dia nak hapuskan dosa-dosa kecik aku, dia nak bagi aku hadiah lagi besar lepas ni, yang penting aku kena redha. Ye aku redha, seredha-redhanya. Sampai aku menyerahkan semua jiwa raga aku pada Allah.

aku banyak mintak kwn-kwn doakan aku, aku sangat memerlukan doa mereka, doa mak aku, doa suami, doa adik-adik, doa mak mertua, doa semua aku mintak dorg doakan aku, tak kurang jugak yg PM tanya khabar, yang bg semangat, TQ korang. korang buat aku jadi lagi kuat.

Lagi satu yg buat aku kuat sbb aku kesian sangat kat Princess, kesian sgt kat dia, semua hal dia mashu dia yg uruskan, aku tak boleh buat apa apa langsung. Dia dh biasa kalau tidur peluk-peluk aku, skali bila aku sakit tak boleh nak peluk aku, aku sedih sgt. Papa princess pun kata, cpt lah sihat, leh balik KL, bosan sbb takde org membebel kat dia. lols.

Minggu ni dah masuk minggu ke-3 aku MC dan stay kat Ipoh, memang aku tak masuk kerja langsung lah, maybe Jumaat ni pun balik KL untuk amik semua baju-baju untuk raya dan cr baju dan kasut raya untuk Princess, satu hapah barang raya tak cari lagi, aku punya pun satu apa pun xde lg, moga-moga Raya nanti aku dh sihat, walaupun doc kata aku tak boleh sihat sepenuhnya, tapi takpelah, dapat jalan, dapat beraya pun okay, biar lah masa merawat lagi sakit aku ni, sampai betul-betul sembuh, semoga nanti, bila dah sembuh, sembung semua segala penyakit, hilang semua sakit, biar hilang dan tak payah datang-datang dah.

Satu hal lagi, aku ingat aku dah sihat, aku sambung puasa, bila sambung puasa, baby lak aku rasa lain mcm, kelam kabut semalam pergi cr klinik, pergi scan, dah lah semalam ahad, klinik banyak tutup, nasib lah ada 1 poliklinik 24jam bukak, yang kelakarnya, masa scan, baby dah bersujud dah, hahaha. patut aku dah tak rasa keras-keras kat perut aku, rupanya dia dh beralih position, dia solat terawikh doc kata. haha. dan doc nasihatkan supaya aku tak payah puasa, sbb baby kecik lg, aku pulak tak berapa nak sihat lagi, so tak perlu lah puasa.

ermm baiklah, memang aku tak puasa, dh 6 hari tak silap aku tinggal puasa. sobs, xpelah, puasa leh ganti kan, anak xleh ganti. Semoga segalanya dipermudahkan, semoga anak ibuu membesar dengan sihat dan sempurna ye sayang, semoga segalanya berlalu dan hanya meninggalkan kenangan dan parut je buat aku. Sakit tu aku tak nak kenang. Terima kasih Allah atas peluang ini, Kau sihatkan lah tubuh badan ku seperti sedia kala, supaya aku dapat menjalankan tangungjawap ku kepada suami dan anak-anak seperti selalu, Amin Ya Rabb. Doakan aku korang!

27 June 2016

mr. Tuk Tuk Sunway Pyramid - WAJIB cuba airkrim TOMYAM

Restorant Makanan Thai Sunway Pyramid


Siapa suka makanan Thai? makanan thai memang dah sebati dalam hidup kita kan, skrg ni mana-mana pergi, mst mau cari tomyam, mau cari restaurant thai. Aku memang suka makanan Thai sbb menu dia cukup masam, pedas, masam manis, ermmm kalau sejuk sejuk, dapat hirup tomyam, sedapnyaaaaa.

Bila adanya Restoran Mr. tuk tuk, Thai street food ni, aku rasa mcm teruja gila, terus teringat kat Hatyai, krabi, sbb street food kan? mst semua makanan yg dijual kat street sana ada, yang penting, aku nak makan Mango Sticky Rice! wuuhuuuuuu~

Restoran Mr. Tuk Tuk ni baru je bukak, kami lah orang pertama yang merasmikan kedai ni last week, berbuka puasa ramai-ramai dengan blogger lain skali, memang kecoh, memang kenyang! hihi. dan kat sini ada menu yang sangat-sangat PELIK dan UNIK bagi aku, iaitu aiskrim TOMYAM! hahahaha, pernah x membayangkan aiskrim tomyam mcm mana? aku tak pernah terlintas pun difikiran. Kalau nak cuba, WAJIB dtg sini. OK jom tengok menu apa yang ada kat sini!

Ruang makan sini luas dan selesa, nak datang lepak-lepak ke, minum-minum boleh je, deko pun menarik sgt, rasa mcm ada kat thailand. hehe. Aku suka suasana dia, tenang.

okeh, ni menu pertama kami, Phat Thai, kalau kat krabi ke, hatyai ke memang popular sgt phat thai ni, dalam dia like kuetiow goreng, atas ada telur dadar, dap-dap. Kalau korang nak cuba, menu ni Rm8.80 jeee.

Ni pulak, Tomyam Fried rice, sedapppp! aku suka, nasi goreng tomyam, kalau dah nama nasi goreng tomyam, mst lah rasa tomyam kan, hihi, dia x pedas tau, kalau nak pedas, boleh tambah sendiri serbuk cili ke, sos ke, yang disediakan berasingan.

Ni pulak green curry, ada pilihan beef or chicken, kalau laki aku ada, suka sangat lah ni dia green curry, aku kureng sikit, tapi sedap.

Yang atas ni pulak Thai Special platter, ada dua pilihan sebenarnya, boleh pilih nak menu apa dalam dia, satey tu sedap sangat! Princess suka. Aku pulak suka kerabu mangga dia, dorang sume tak makan, aku meratah tu je, sedap!

atas ni pula Thai Pomelo Salad, siapa yang suka limau bali, boleh try, aku kureng sikit limau bali, kihkih, sbb tak suka rasa pahit-pahit dia, cara makan dia, korang kena tuang semua cili dan bawang putih goreng tu, gaul then makan, Leona makan yg ni, dia sorang je, dia kata sedap. kami semua tak makan, hehehe.

Ni fav aku, Seafood tomyam! wuuhuuuuu sedappppp! rasa dia masam-masam manis, mcm biasa, nak pedas boleh tambah cili yang disediakan berasingan okay! udang dalam ni besar-besar tauuuu! berbaloi!

ni set menu mr.tuk tuk, ada nasi, nasi kuning ni popular sangat kat Hatyai tau! tiap pagi dorang makan ni as breakfast, makan dengan ayam goreng, ermmm dap, tapi menu sini dihidangkan dengan ayam pandan, manggo salad dan crispy fish fillet. makan ni je pun dah kenyang.

mango salad dia, sedappppppp! haih merecik!

Chicken wing! MUST TRY! mmg sedap sgt korangggg! Princess sorg makan 2 ketul, demi anak, ibuu bagi bahagian ibuu kat dia. hehe. Tapi ayam goreng thailand memang sedap lah korang, rangup dia, rasa rencah dia, ayam dia, memang sebati sangat. 1 plate ni baru Rm8.80.

Yang ni pulak kankung goreng tepung, sedappppppp! healthy sgt menu ni. satu plate Rm9.80 je, deep dengan sos dia, terbaekkk!

Ulam-ulam pun ada, lab thai nama dia, sape nak jaga kulit, boleh ratah je ulam-ulam ni, hahaha.

hah! menu yang dinanti-nanti! BBQ Thai Lamb, Rm11.80, sume rebutkan yang ni! memang sedap sangat korang! kena cuba, aku rasa kalau princess, dia boleh habiskan sorang ni. memang sedap gila! Korang kena cuba tau!!!

aku minum air tembikai laici, mmg fresh sangat!

Untuk dessert, mereka ada, taco, mango sticky rice and water chestnut in coconut cream, sedapppp! lepas makan, dapat dessert, mmg terbaek lah!

Yang ni lah aiskrim authentic yang aku cite tadi tu, dorg ada aiskrim teh ais, green curry dan tomyam, yang aku boleh telan hanya teh je, tomyam dan green curry mmg kirim salam lah, hahaha. kalau korang nak cuba boleh cuba!

untuk opening hanya di mr.Tuk Tuk Sunway Pyramid, aiskrim ni hanya Rm1 sahaja. korang beli apa apa set meal atau rice, boleh beli aiskrim ni dengan hanya Rm1, boleh lah try! hehehe. tapi promo sampai 30 june 2016 ni je tau, hiks. So kena pergi cepat-cepat lah!

Kalau korang nak datang, kat bawah nanti aku letak address penuh eh, kami lepas makan, sume happy jeee, gelak sajer sbb happy gila perut kenyang. hahaha. korang pun kena datang sini, bawak kawan-kawan dan family okay! boleh feefeeling mcm kat Thailand, sbb kat depan kedai siap ada tuk tuk lagi. hehehe.

Jangan lupa singgah sini kalau shopping kat Sunway Pyramid okay!

Mr. Tuk Tuk Sunway Pyramid
Alamat: LG2.27 Sunway Pyramid (opposite Cold Storage)
Telefon: 03-5612 5738

Instagram: @mrtuktuk_my

22 June 2016

Cara Mencuci Sportswear Anda

Cara mencuci sportswear dengan betul


Hai korang, dah bersenam? sape yang agak-agak nak pakai kebaya nyonya raya ni mesti tengah sibuk workout kan? bulan-bulan puasa ni, sambil beribadat, ramai yang mengambil kesempatan untuk menurunkan berat badan kan? Semoga semua mendapat kilo's yang diidam-idamkan.

Tapi dalam pada bersukan tu, korang WAJIB ambil tahu cara mencuci sportswear yang betul tau! Mesti ramai yang tidak mengetahui bahawa proses mencuci pakaian sukan atau sportswear adalah berbeza dengan cara mencuci jenis pakaian yang lain.

Penting untuk anda tahu bahawa koleksi sportswear direka untuk menyerap peluh anda, oleh itu ia juga menyerap serbuk pencuci dengan cara yang berbeza. Untuk pencucian jenis fabrik ini, anda harus lebih berhati-hati dan mengikuti tips-tips berikut ;

1. Pertama sekali, jangan sesekali membiarkan baju sukan anda terperap lama di dalam bakul pencuci. Sebaik-baiknya terus cuci baju tersebut untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan terperangkap lebih lama.

2. Bagi stokin khususnya, pastikan anda merendam ia terlebih dahulu dengan membasuhnya. Ini dapat membantu anda untuk menyingkirkan bau stokin tersebut.

3. Terbalikkan semua jenis pakaian sukan anda terlebih dahulu sebelum anda mencucinya.

4. Gunakan serbuk pencuci yang benar-benar anda percayai dan berkualiti tinggi untuk

5. Jangan gunakan peluntur dan pelembut fabrik pada pakaian sukan anda. Kedua-dua bahan kimia ini boleh menjejaskan kualiti fabrik pakaian sukan tersebut.

6. Akhir sekali, pastikan anda sentiasa membaca butiran yang tersedia pada label pakaian tersebut mengenai cara-cara pencucian yang dibenarkan. Ikuti panduan tersebut sebaik-baiknya untuk memastikan pakaian sukan anda tahan dalam tempoh memastikan pakaian sukan anda tidak rosak semua dicuci.yang lebih lama.

Hope entry simple ni sedikit sebanyak dapat membantu korang, sbb sportware ni kan kita beli mahal-mahal, so sepatutnya kita boleh pakai dalam jangka masa yang lama. Jika kita mencucinya dengan cara yang betul, maka, mesti boleh tahan lama. Selamat mencuba!

21 June 2016

Ephyra Skin Care Series - Makeup Nipis Pun Dah Cantik

Set Kecantikan Terbaik


Assalammualaikum korang, hai, bagi sesiapa yang follow IG aku, mesti dah tau tentang set skin care series dari Ephyra yang tengah meletops sekarang ni. Seperti yang korang tahu, aku mmg pengguna Ephyra sebelum-sebelum ni, dan sekarang ni boleh cakap yang kulit aku dah dalam kategori memuaskan hati aku lah, ahaks!

Sejak guna skin nano serum sejak 2 bulan lepas, mmg rasa best sangat kulit, memang sgt merasakan perubahan pada kulit wajah, yang penting dah boleh make-up nipis-nipis je sekarang ni, tak perlu nak solek tebal-tebal untuk nampak muka berseri.

Okay, berbalik kepada set skincare series tadi, ada 3 produk dalam set ni, aku rasa 2 daripada set ni korang dah tau, iaitu Ephyra skin bar dan Ephyra Skin Nano Serum, maybe ada juga yang tengah guna 2 produk ni sekarang kan.

Tapi, untuk menjadikan set skin care ini hebat, pihak Ephyra dengan rasa tak bersalahnya mengeluarkan lagi satu produk adik baby yang sangat best untuk korang! haih mcm tau je nak nak raya ni kan, sempat lagi nak cantik nak putih kome oiii! hehehe. Produk adik baby tu ialah EPHYRA SKIN SNOW!!! wuuhuuuu, snow snow dah mcm frozen ni. hehe. nak tahu apa kelebihan dia? jom baca lagi.

Pencuci muka untuk masalah jerawat


Walaupun korang dah tau tentang Skin Bar dan Skin Nano Serum ni, aku nak recap balik lah sikit eh, boleh kan? hehe. Sabun ni adalah yang tersangat laris masa dia mula-mula ' dilahirkan ' dulu, sebab apa? kesan boleh nampak seawal 7 hari! Jerawat boleh kecut sekaligus menghilangkan parut jerawat.

macam aku, aku bukan je guna kat muka! guna juga kat badan, kihkih, aku selalunya akan kerat 4 sabun ni, jimat hoi! haha, kalau selalu guna kat celah-celahan kita tu, hitam-hitam tu boleh hilang tau. lagi satu yang aku suka, produk ni adalah NATURAL, takde bahan kimia. Bau pun sangat lite dan fresh.

Siapa yang ada masalah - Jerawat Pasir, Kulit kusam, Parut jerawat dan jeragat, kulit berminyak, boleh juga guna sabun ni, insyaAllah boleh membantu korang, ramai sangat kwn-kwn aku yang serasi lepas aku introduce kat dorang sabun ni. Okay ni step pertama untuk dapatkan kulit cantik okay! jom ke step kedua.

Nampak tak bekas sabun comei ni? ramai yang jatuh cinta dengan bekas ni! korang boleh beli, Rm10 je satu, tapi, kalau korang beli sabun ephyra ni seketul, boleh beli bekas ni secara PWP, rm5 saje!


Serum untuk menaikkan seri wajah


Ephyra Skin Nano Serum Advance Repair Serum - Kenapa Nano Serum? dan bagaimana dia bertindak pada kulit? Serum ni telah dipatentkan di Switzeland tau dan berfungsi dalam mengecilkan partikel serum kepada saiz nano (sangat-sangat kecil), ia menjadikan serum mudah meresap ke lapisan kulit yg paling dalam.

Terdapat 10 kebaikan dalam Ephyra Skin Nano Serum ni, tapi aku nak cerita kebaikan PALING BEST je kat korang!

- Mengecutkan dan mematikan Jerawat dengan super cepat!
- Menganjalkan, merawat dan menegangkan kulit wajah
- Cerahkan kulit kusam
- Hilangkan lebam bawah mata
- rawat sunburn

Effect paling the best masa aku pakai serum ni - Serius kulit aku memang dah TAK KUSAM! aku boleh rasa kulit aku cerah dan sebab tu lah sekarang ni aku malas makeup, hahaha. lols. Lebam bawah mata pun memang berkurang, aku memang ada lebam bawah mata yang sangat-sangat teruk dulu, sobs, dulu memang aku TAKKAN keluar rumah tanpa makeup, skrg ni? steady jeee. Alhamdulillah.

Sama mcm skin bar, serum ni juga selamat digunakan sbb memang tiada Paraben, merkuri dan Hydroquinone digukan dalam serum ni. nak baca lebih lanjut, boleh baca kat SINI.

Serum ni korang tak payah nak lumur banyak-banyak tau, cukup titiskan sikit atas tapak tangan, then urut diwajah. Serum ni cepat sgt meresap tau, serius, nama pun Nano technology kan, so mmg cepat sgt meresap. aku suka guna sebelum aku makeup. kadang-kadang tak makeup pun, sapu serum, pakai bedak baby, settle!

Ephyra Skin Snow - Baby baru Ephyra


Okay, kalau Nano Serum tadi Advance Repair kan? Skin Snow pulak ADVANCE WHITE SERUM! lepas repair kulit wajah, dah berseri, tak kusam, kita cerahkan lagi kulit kita. kahhh, sume org nak putih ku putih kan skrg. hehe.

Kalau serum tadi guna Nano Technology, Untuk Skin Snow pihak Ephyra menggunakan GENO WHITE TECHNOLOY, apo pulok Geno geno ni? hehe.

Geno white adalah teknologi terbaru dlm bidang skincare. Ia adalah sejenis "smart peptide" yang membantu dalam mengawal penghasilan melanin aktif di kulit kita.

Melanin yang terlalu banyak pada kulit boleh menyebabkan pelbagai masalah Jeragat, Bintik Hitam, Tona tak sekata, Kulit kusam, dan kanser kulit, sebab tu Ephyra Skin Snow adalah perlindungan terbaik utk kulit korang bukan sekadar melembapkan kulit, ia juga melindungi kulit dari kerosakan akibat sinar UV, pencemaran dan radikal bebas.

Ramai yang tanya, Skin snow ni apa pulak? skin snow ni adalah Mosturiser atau pelembab yang memberikan kulit kita 8 Manfaat :

- Memberi kelembapan dan mengekalkan kelembapan kulit.
- Memberi perlindungan dari sinar matahari secara semulajadi.
- Mengawal kulit dari berminyak.
- Mengawal melanin dalam kulit agar seimbang.
- Memberikan keserian dan glowing pada wajah.
- Mencerahkan wajah seawal 9-14 hari.
- Menjadikan kulit semakin muda,sihat dan anjal.
- Menyamaratakan tona wajah yang tidak sekata.


Moisturizer ni bagus guna pada siang dan malam hari, kalau siang, bagus untuk melindungi kulit kita dr sinar UV yang sangat terik skrg ni, korg jgn sesekali keluar rumah tanpa sun block atau mosturiser tau, nanti rosak kulit, dan malam pun perlu pakai mosturiser sblm tidur untuk memberikan kulit yang bertenaga bila korang bangun tidur nanti, tu tips dr Che Ta tau! hehehe. Sampai skrg aku amalkan, kalau boleh pagi-pagi cuci muka pakai air sejuk, lagi bagus.

Skin snow pun korang tak perlu pakai banyak-banyak, cukup calit calit di dahi, pipi, dagu, bawah leher, hidung dan mata. then ratakan. Bau dia pun nyamannnnn, sedap dan sangat cepat meresap dalam kulit. best sangat! nak nampak kesan, 9 hari pun dah boleh nampak tau!

sekarang ni, sebelum makeup, Serum dan moisturizer ni adalah 2 benda wajib yang aku memang guna, aku skrg makeup pun dah tak tebal mcm dulu, kalau dulu bedak aku sebulan 1 tau! skrg ni, 1 bedak tu 4 bulan pun belum tentu habis, kahhh. mmg dasar!

Aku GIGIH buat VIDEO MAKEUP AKU UNTUK KORANG TAU! nak tengok? baca sampai habis tau! hehehe. dan aku seronok juga bila kwn-kwn yang baca review aku, beri feedback yg baik pada aku, best dapat tolong kwn-kwn sama-sama cantik.

PASTIKAN korang scan bar code jika was-was dengan produk yang korang beli tu okay! pastikan original.

Korang tau tak, aku terkejut sangat kalau tengok muka aku dulu dan skrg, hahahaha, baru aku tau, amboiii, gelap nya aku dulu, kulit kusam, kalau tak makeup mcm tu lah, langsung tak bermaya, macam orang sakit. sekarang, okay lah dari dulu. Lain kan nampak? Alhamdulillah. TQ EPHYRA! Lepas ni keluarkan lagi produk best best tau! kihkih!

Okay, kalau korang nak beli set ni, meh nak bagitau harga.

SET EPHYRA SKIN SERIES hanya RM140 sahaja!
korang JIMAT RM15 dari beli loose tau! 

boleh beli dengan pengedar SAH ephyra.

Follow :


untuk lebih lg testimoni.

Hubungi HOTLINE: 0193999238/ 0341417889 untuk sebarang pertanyaan. Jangan malu jangan segan, kalau segan, PM je aku okay! hehe

EPHYRA Cantik Sihat Bertenaga 100% BERKESAN!

Seperti yang dijanjikan, ni video makeup routine aku skrg! selamat menonton, ni bukan makeup yang buat shading contouring segala tu tau! ahahaha, ni cukup sapu serum, moisturizer, calit lipstik tepek bedak je. lols.


Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com