Image and video hosting by TinyPic

10 June 2016

Air Nabeez, betul ke boleh tahan lapar

Cara-cara buat air Nabeez


Sejak dua tiga menjak ni kan tengah viral pasal air nabeez tu, aku pun tak lupa utk mencuba. Yelah, 1 sebab dia air rendaman kurma, aku suka lah sebab aku kan bercinta sangat kalau nak makan kurma, kalau minum-minum ni takpe. Dua sebab senang nak buat, rendam je semalaman, masa sahur minum.

Sahur semalam aku cuba lah buat. Nak tahu gak, betul ke tak lapar, betul ke tak dahaga. Malam sebelum tidur aku rendam lah dalam bekas.

- kurma dalam bilangan ganjil 3/5/7 ( lagi bagus kurma ajwa )
- air putih 300ml - 500ml ( botol kecik air mineral )
- biarkan semalaman

Rupanya, dia kena minum masa perut kosong, means sblm makan kena minum, tp semalam aku minum lepas makan, mmg kenyang gila lah rasa, rasa dia smlm mcm ermm x manis, x masam, susah nak describe. Mula- mula aku minum seteguk, xleh nak telan, tp kali kedua aku tahan nafas, aku terus minum bagi habis.

Lepas je minum, rasa mcm ermmm pelik, perut aku kenyang gila, mcm nak pitam. Hahaha. Lepas tu terus rasa nak membuang, air nabeez ni salah satu air detox jugak, tiga kali aku membuang. Lols. Bagus lah kiranya, lepas aku aku sendawa sendawa, buang angin, sampai satu hari aku kena buh minyak kapak kat hidung.

Tp bab menghilang dahaga dan tahan lapar tu aku rasa mmg betul lah, aku selalu kul 12 mst perut kruk krak lapar, tp okay sangat semalam, tak tau lah sebab aku busy ke apa, tp tak rasa.

Dahaga pun tak rasa, tak tau lah sebab sejuk ke cuaca redup ke, tp memang tak dahaga sangat. Takpe, esok aku nak buat lagi. Best pulak rasa.

Air rendaman cukuplah 12jam je, dan jangan lebih 3 hari, dorg kata kalau lebih 3 hari dah jadi mcm rendaman arak pulak, haram minum tau. Hehehe. Air ni tak perlu simpan dalam peti, biar je kat suhu bilik. Korang kena cuba gak tau. Hehe.

Harini aku minum lg, okay juga bila minum masa perut kosong, takde lah rasa kenyang sangat mcm smlm sbb kita minum air dulu. harini ada jugak rasa lapar sikit, lols. maybe sbb tadi nampak makanan lalu lalang depan mata kot. haha. Tapi memang rasa bertenaga. Selalu melepek je. hehe. Korang try lah pulak tau.

kredit : google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com