14 June 2016

Apa Jadi Kalau Tak Tidur lepas Sahur?

Assalammualaikum korang, Morning! tau tak harini buat kali pertamanya aku sampai awal di office di bulan ramadhan ni. hahahaha. Macam lawak pun hade, asalnya sebelum puasa haritu, aku nekad, lepas sahur tak nak tidur, terus nak subuh, terus g kerja, tapi harapan tinggal harapan, hahaha, lepas sahur, subuh, aku tidur balik, yang best nya, tidur atas tikar sejadah tu lah, sampai Princess bangun tanya aku, " ibuu, kenapa ibuu tidur kat bawah dengan telekung " hahaha. aku pun tak tau nak jawap apa, konon tidur dalam iman lah. kahhh!

Tau tak kenapa aku tidur dengan telekung? kononnya nak lelap kejap lah, sampai 6.30am gitu aku nak bangun balik pakai baju siap-siap g keje, tapi, Nan hado mak enon oiii! hahaha, aku sedar sedar dah cerah, last last ntah kul bape baru gerak dari rumah, ampun lah perangai mak!

Nak di jadikan cerita, harini aku kena buat brownies, semalam berbuka kat luar, brownies kat Owlery Cafe dah habis, semalam siap pergi jalan TAR lepas berbuka, bila masuk MUAZ, sawan pun datang, sampai kul 11pm kami kat Jalan TAR, Princess pun siap cakap, " ibuu kakak tak nak balik, kakak nak main, ok baiklah nak " papa pun cakap, takpelah, layan dia, sbb now papa kan busy kat Owlery Cafe, jarang dpt habiskan masa dengan dia, so smlm nak dekat 11.30pm baru sampai, dodek dodek gosok gigi segala, kul 12lebih baru tido, aku tido kul 1am.

Pagi ni terus bangun sahur, terus buat brownies, terus sidai kain, mandi, subuh, mengaji sikit dan aku berjaya tak tidur atas sejadah, hahahaha. Layan IG jap sementara kul 7am, 7am terus keluar, hoih boleh tahan gak jemnya, kul 7.45am berjaya punch in, yeay tahniah safura! hahahahaha. agak-agak esok leh tak mcm ni?

Aku ni bukan apa, kdg-kdg tu melayan mata, melayan rasa malas tu, tu yg jadi gitu, padahal boleh je kalau tak nak tidur kan, tapi tulah, haih susah nak cakap. hahaha. InsyaAllah, esok pun kalau boleh tak nak tidur, masa rehat kt opis tidur lah kan. kihkih.

okeh lah, nk buat apa yang patut sat, aku ngat minggu depan nak start buat semperit, nak buat kuih sikit-sikit. sajer lah gatai kan. Risau satu je, belum raya dah habis kuih.haha. Jap lagi aku update cite pasal Kedai nasi arab best yang aku pergi berbuka semalam okay!

Doa harini, amik dr mak mimi kat FB. hehe.

6 comments:

Inani Hazwani said...

Nani pun kadang kadang niat dah tak nak tidur lepas siap subuh tu tapi kelaut jugak. Mesti terlelap jugak. Hehe

idzwa kamaruddin said...

Bagus dik ;) akak pun tak penah tido lepas sahur atau pun lepas subuh sebab tu kepantangan abah akak dari dulu.so dah terbiase ;)

Encik Suami said...

Assalamualaikum.

baru jumpa bog nie n datang singgah n follow skali.follower ke 2280.
nice blog.tersusun rapi.penulisan entry yang menarik dan bahasa yang santai.eh..apsal aku komen blog org nie ha?suka suki je komen blog org.

masa awal ramadhan dlu ye la.lps sahur tido balik sbb anak2 akan tido semula.nie dh abeh cuti sekolah,lepas sahur dah pesan kat anak2 jgn tido.kang kalau terbabas..naye je.

Chekgu Azrine said...

sekolah kan kena dtg awal..tak sempat nak lena...pastu mata macam nak kena bubuh batang mancis..hahahaha..ni semua penangan cuti 2minggu...

Nurzakiah Hanum said...

ye la kan mengantuk sgt la tue

Nory Zoulkefle said...

nory lepas sahur n subuh mesti nak lelap jugak...susah nak kikis sikap yg satu tu...sebab takut kat opis nanti tersengguk2 mengantu...hehehe...tapi tetap mengantuk jugak..hurmmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...