20 June 2016

Berkat Madinah Kedai Arab Ampang

Kedai Jual Kurma Ampang


Rata-rata kita kalau nak pergi beli kurma, selalu pergi mana? mesti akan cari kedai arab kan? kalau dulu agak susah sikit nak cari kedai arab ni sebab tak banyak, tapi sekarang jangan risau, kat mana-mana pun dah ada kedai arab. Macam aku, kedai arab paling popular kat Ampang ni ofcourse lah Berkat Madinah, nak nak dia tepi jalan je, memang menjadi tumpuan ramai lah. Nak borong kurma pun boleh di sini. ( Tempat borong kurma )

Apa maksud Berkat Madinah? Berkat Madinah bermaksud " Kebaikan yang datang dari Kota Suci Al-Madinah Al-Munawarrah " Alahai, nama pun dah buat kita rasa terharu kan, nama yang baik-baik untuk kedai kita adalah satu aura juga tau, korang nak bukak kedai jangan letak nama bukan-bukan okay. hehe.

Kedai menjual pelbagai jenis kurma, di Berkat Madinah Ampang ni, of course yang paling popular adalah Kurma, haritu masa kami pergi, kan nak dekat puasa, ramai sangat orang datang cari kurma. Aku paling suka Kurma Ajwa, kurma nabi kan. Kurma lain aku kureng sikit, hehe.

Memang pelbagai sangat kurma yang ada kat sini, mcm yang aku pegang kat atas ni ialah kurma Royale, rasa dia manis sikit, keras, tapi besar, makan sebijik boleh kenyang ni. hehe.

Yang atas ni pulak Kurma Medjoul, tempat pertama dia sampai adalah di Berkat Madinah dulu. whoaaa. ' Considered the diamond of dates, they are prized for their large size, extraordinary sweetness and chewy texture. Medjool dates are deep amber-brown and have a slightly crinkly skin that shimmers from natural sugar crystals. Bite into one, and your mouth sink into satisfyingly taste '

Atas ni pula Ajwa, kurma yang aku paling suka so far, hehe. sebab dia kecik kontot sikit, takde lah manis sangat, sedap. Lagipun kurma Nabi kan. Kurma Ajwa are a delightfully soft and fruity, quite dark in color and tend to be a more of dry variety of date from Saudi Arabia, that is actually cultivated in Madinah Munawwara.

Narrated by Saud; the Messenger (Sallallaahu Alayhi Wasallam) said, “If Somebody takes seven ‘ajwa dates in the morning, neither magic nor poison will hurt him that day.” [Sahih Bukhari, Book #71, Hadith #664 (also 663, 672)]

Kekacang, pun ada jual kat sini, tengok lah betapa banyak jenisnya yang ada, kalau nak tau, semua barang-barang yang ada dalam ni, semua sama mcm kat Mekah sana, mcm mcm ada lah kat sini, kalau dulu orang balik dari Mekah, kacang pistachios tu yang kita nanti-nantikan, tapi sekarang tak perlu, rasa nak makan je, boleh beli kat sini.

Cold press Pomegranate Juice, ini memang favorite aku sangat sekarang ni, suami aku memang selalu beli sejak aku mengandung ni, kebaikan Jus Delima adalah bagus untuk Ibu mengandung dan juga melindungi otak bayi.

Jus Buah Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda waktu malam. Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asi folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.

Kat sini memang buah delima nya fresh, dan di juice kan pula fresh, sedap sangat-sangat. Rasa Jus Delima fresh - rasa dia masam-masam, pahit sedikit, tapi lagi sedap jika diminum lepas keluar dari peti sejuk, ermmm sangat nyaman. sebotol Jus Delima di Berkat Madinah berharga Rm10.60, aku rasa berbaloi beli sebab kalau dekat pasar malam pun sebiji dah berapa kan, pas tu nak kopek sebiji-sebiji berterabur pula kan. lagi bagus beli je yang jus macam ni terus, sedap! memang terjamin khasiatnya.

Sekarang, Berkat Madinah tak macam mula-mula pembukaan dia dulu, now Kedai Arab Berkat madinah ada jual mcm-mcm benda, lagi 1 kesukaan aku ialah Roti dia, Ya Ampun korang! memang roti dia sedap! lembut, kalau dapat yang panas-panas tu memang heaven, tapi kalau dah sejuk pun, still lembut.

Bakers roti juga datangnya dari Arab nun, sume pekerja mereka imported tau, bukan bahan dan barang-barang je import, hehe. Harga roti serendah 50sen je sebiji, murah gila kan! dari beli kat kedai-kedai roti lain, baik datang sini. Aku suka satu roti tu, dalam dia mcm ada herb, tu memang sedap. korang kena cuba tau.

Bagi peminat Baklava juga! sila datang sini! pemanis, pencuci mulut orang arab, Ida Baharum dgn kak Diya cakap sedap, aku tak rasa pun sebab preggy kali ni ntah kenapa tak boleh makan manis-manis. hehehe.

Fresh meat? pun ada juga! aku terpegun betul dengan kedai arab ni sekarang, macam-macam betul ada jual, korang tak yah susah-susah pergi pasar dah lah. hehehe.

Nak cari olive oil, extra virgin olive oil, madu, pelbagai jenis madu, dan mcm mcm lagi, korang datang lah sini tau, nak senarai kan satu-satu pun banyak sangat dah ni! hehehe.


Kedai jual Arabic Gum di Ampang - sekarang ramai yang dah cuba dan amalkan arabic gum atau dalam nama lain Al-Manna ni dalam kehidupan harian kan, ramai yang tahu kebaikan arabic gum ni, paling elok juga jika diamalkan oleh mereka yang ada eczema. yang dijual di Berkat Madinah ni, yang instant, korang just bancuh je, then boleh terus minum.

Antara kebaikan-kebaikan gam Arab Almanna :

- Gam arab adalah sumber tenaga semulajadi.
- Gam arab sangat berkesan untuk menstabilkan tekanan darah (pesakit darah tinggi).
- Gam arab boleh mengurangkan penghasilan radikal oksigen bebas (free oxygen radical).
- Gam arab menguatkan sistem imun badan bagi menangkis serangan pelbagai penyakit.
- Gam arab membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan kalsium.
- Gam arab bertindak menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan merawat keradangan (inflammation) usus.
- Gam arab boleh membantu menurunkan berat badan (kerana pengguna merasa kenyang bila mengambil gam Arab).
- Gam arab mempunyai kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).
- Gam arab berkesan mengawal paras kolesterol dan gula dalam darah.
- Gam arab membantu proses pembuangan toksin dari badan (detoxification).
-Gam arab sangat berkesan untuk mencegah atau menghalang pembentukan karang gigi dan merawat gusi.

Air Zam Zam, kalau dulu susah sangat nak dapat air zam-zam, skrg beli je dekat Ampang, tau kan khasiat air zam-zam, tak payah cerita lah ye, hehe. Sebotol Rm10 je!

Hah lagi 1 nak cerita kat korang pasal Susu UNTA! hahaha. aku memula tertarik dengan botol je, sebab comels. last last pergi usha dekat, rupanya susu unta! hoiii. sedap ke? tak pernah rasa lagi, sebotol susu unta ni Rm14.

Susu Unta sangat bagus juga untuk ibu mengandung tau, dia nak dekat-dekat sama dengan susu ibu tau, 10x more iron, 3x more vitamin C dari lembu, antibacterial, low in lactose, low fat, bagus untuk mereka yang ada allergik, diabetes, autism dan auto immune disorder.

Aku amik perisa stoberi, rasa dia sedikit manis dr susu lembu, nice, Princess suka. paksa aku minum sebab dia kata Adik Baby dalam perut nak minum susu. lols.

Dah lapar-lapar, penat shopping kurma dan lain lain, boleh terus pergi ke site tepi kedai, ada pulak jual kebab, ada pulak jual nasi Mandy, kami haritu dah letih nak dekat 2 jam dalam kedai tu, dapat pulak nasi mandi, Allah! sedapnyaaaaa.


Mandi Rice with roasted chicken baru rm10, serius sangat sedap, princess suka sangat korang! nanti nak beli lagi kat dia. selain tu ada kebab, mcm mcm jenis kebab yang ada, kalau lalu tepi tu memang bau harum semerbak! Korang boleh pilih nak beef ke chicken.

model teh tak berbayar, aku teh bunga rosehip, ida lemon, kak pin rose, hahahaha. pun boleh lah korang! lapppchuuuu chipmunk sume! hahaha

okeh! berita gembira untuk korang semua, shopping kat Berkat Madinah bukan shopping saje, boleh je kalau nak dapatkan diskaun, taip kali check in di Berkat Madinah Ampang atau kajang, akan dapat 5% diskaun, if korang review dan rate skali di FB Berkat Madinah, boleh dapat 10% diskaun, jangan lupa. checkin tau nanti. Tapi item untuk yang loose je yek, kalau borong tak leh diskaun ye.


Outlet Kedai Arab Berkat Madinah bukan ada di Ampang je tau, di Kajang pun ada, boleh check in mana-mana kedai yang korang suka tau! hehe.

sesiapa yang nak pergi, ni aku sertakan alamat dan info Kedai Arab Berkat Madinah :

No 17, Jalan Putra 6, Kampung Pandan Dalam, 
55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Contact Num : 03 - 4260 4700

Dibuka setiap hari dari 10am - 12am

Kedai Berkat Madinah bakal launch kan website dorang 
http://www.madinah.com.my/ lepas ni senang dah nak usha barang online.
Apa-apa tunggu aku update okay! Tq for reading! 

3 comments:

Cik Puan Eka said...

menarik gila kak. eka suka kurma ajwa dan medjool. Mmg terbaek. pendek kata terliur ahh tgok niii semuaaaa

Chekgu Azrine said...

wow..macam dok dekat negara arab...bestnya tgk banyak buah kurma tau...sedap2

emalin mohd said...

Semua ada kat sini? Wah boleh terjah nanti ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...