08 June 2016

Buffet Ramadhan 2016 Restoran Istana Bambu bertemakan Indahnya Ramadhan

Tempat Berbuka Puasa Bersuasana Kampung


Ada ke sesiapa yang tertanya-tanya, tahun ni dimana buffet ramadhan best area Ampang, Ulu Kelang. ok meh nak bagi tahu, seperti tahun-tahun lepas, Restoran Istana Bambu masih lagi menyediakan buffet Ramadhan untuk para pelanggan mereka yang tersayang, dan tahun ini bertemakan ' Indahnya Ramadhan '. Banyak juga menu yang dorang sediakan. Sampai rambang mata lah kami ni, tapi paling best sebab ada kambing golek. hehehe. nyumm, dan tahun ni ada Pais Patin, menu fav ida baharum tu. hehehe.

tengok, keluar restoran pegang perut masing-masing, sbb kenyang! hahaha. ( gambar sebelum puasa )

ok, disebabkan macam malas nk bagi korang baca panjang-panjang, moh lah kita terus ke menu-menu nya. hehe. Banyak sangat menu yang disediakan oleh pihak Istana Bambu, sama je mcm tahun lepas, jom usha apa yang ada,

Lala Thai Style yang ni aku makan banyak, sedap gilers!
Menu dalam ni hanyalah separuh je, tapi menu real yang ada di bulan ramadhan ni lebih dr 70 menu. Main course, Deep Fried Ikan Berlada, Prawn Butter Sauces,Salted Egg Squid, Tomyam Seafood, Hongkong Kailan, Lala Thai Style, Prawn Nyonya, Mixed Vegetable, Ikan Tiga Rasa, Nestum Prawn, Soup Fishball, Squid Sambal Chili dan banyak lagi masakan.

Ada juga menu Warung Nusantara, Paru Goreng, Ikan Bilis dan Tempe, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Mangga, Kerabu Pegaga, Tempoyak, Warung Air Tangan Bonda, Ikan Patin Tempoyak , Asam Pedas Ikan, Daging Salai Masak, ada juga Warung Arabic dan juga dessert-dessert yang sangat best dan aiskrim untuk anak-anak, yang penting korang kena pergi book dulu.

kambing leleh~
InsyaAllah, semua menu di Istana Bambu ni sedap-sedap belaka, masih tidak mengecewakan, mmg sedap. agak-agak mcm nak makan bersila tepi sawah, boleh lah book nanti, sini kalau malam memang cantik sgt dan tenang je suasana dia. Yelah, mana nak jumpa padi tengah KL ni kan. hiks.

Haritu kami sambil makan, sambil mendengar alunan musik Caklempong dr SK Shah Alam, hebat adik adik ni, baru 4 bulan kumpulan ditubuhkan, tapi main like a pro, semoga terus maju jaya dik.

if korang nak pergi, ni senarai harga :

Harga Buffet Dewasa Rm55.60

Kanak-kanak Rm28.35 ( kanak-kanak 4 tahun kebawah adalah percuma )

Untuk tempahan, hubungi : 018-3749920 / 03-42514717

Pengurus Restaurant Istana Bambu:
Puan Aida - 012 2497 142

atau boleh je datang terus ke Restoran Istana Bambu

Lot 841-842, MRR2 Jalan Ampang Ulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor.
www.istanabambu.com.my

6 comments:

Cik Puan Eka said...

sdapnya lala. tadi pegi cari kat pasor, tak ada pulakkk

idzwa kamaruddin said...

Silap masuk pagi-pagi nie..kekekeke..

Inani Hazwani said...

Dugaan betul tengok gambar makanan sedap sedap macam ni. Hahaha !

Manusia Berubah said...

silap la baca entry ni time siang2 bulan Ramadhan.. terliuuuuuuuqqq...!! hahahahahaa.. :p

murah la RM55.60 kalau lauk punya la banyak mcm tu..

Nurzakiah Hanum said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Chekgu Azrine said...

akk teringin nak berbuka sini tp dh ambk kalkulator cmpur anak2..alahai..tak dpt nk nolong...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...