22 June 2016

Cara Mencuci Sportswear Anda

Cara mencuci sportswear dengan betul


Hai korang, dah bersenam? sape yang agak-agak nak pakai kebaya nyonya raya ni mesti tengah sibuk workout kan? bulan-bulan puasa ni, sambil beribadat, ramai yang mengambil kesempatan untuk menurunkan berat badan kan? Semoga semua mendapat kilo's yang diidam-idamkan.

Tapi dalam pada bersukan tu, korang WAJIB ambil tahu cara mencuci sportswear yang betul tau! Mesti ramai yang tidak mengetahui bahawa proses mencuci pakaian sukan atau sportswear adalah berbeza dengan cara mencuci jenis pakaian yang lain.

Penting untuk anda tahu bahawa koleksi sportswear direka untuk menyerap peluh anda, oleh itu ia juga menyerap serbuk pencuci dengan cara yang berbeza. Untuk pencucian jenis fabrik ini, anda harus lebih berhati-hati dan mengikuti tips-tips berikut ;

1. Pertama sekali, jangan sesekali membiarkan baju sukan anda terperap lama di dalam bakul pencuci. Sebaik-baiknya terus cuci baju tersebut untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan terperangkap lebih lama.

2. Bagi stokin khususnya, pastikan anda merendam ia terlebih dahulu dengan membasuhnya. Ini dapat membantu anda untuk menyingkirkan bau stokin tersebut.

3. Terbalikkan semua jenis pakaian sukan anda terlebih dahulu sebelum anda mencucinya.

4. Gunakan serbuk pencuci yang benar-benar anda percayai dan berkualiti tinggi untuk

5. Jangan gunakan peluntur dan pelembut fabrik pada pakaian sukan anda. Kedua-dua bahan kimia ini boleh menjejaskan kualiti fabrik pakaian sukan tersebut.

6. Akhir sekali, pastikan anda sentiasa membaca butiran yang tersedia pada label pakaian tersebut mengenai cara-cara pencucian yang dibenarkan. Ikuti panduan tersebut sebaik-baiknya untuk memastikan pakaian sukan anda tahan dalam tempoh memastikan pakaian sukan anda tidak rosak semua dicuci.yang lebih lama.

Hope entry simple ni sedikit sebanyak dapat membantu korang, sbb sportware ni kan kita beli mahal-mahal, so sepatutnya kita boleh pakai dalam jangka masa yang lama. Jika kita mencucinya dengan cara yang betul, maka, mesti boleh tahan lama. Selamat mencuba!

2 comments:

Yana Libra said...

perlukan kerajinan yg tinggi ni..hehe

emalin mohd said...

Wah ada cara berbeza rupanya. Kalau saya cuci baju suka rangkaian produk Shaklee. Baunya segar dan sesuai untuk yang kulit sensitif. Thanks for sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...