Image and video hosting by TinyPic

15 June 2016

D'Arab Station Nasi Arab Sedap Di KL

Buffet Ramadhan 2016


Cadangan tempat berbuka puasa - Hai korang! bosan tak kalau berbuka je tema lauk kampung, berbuka je tema gerai-gerai, berbuka je tema mcm mcm lah, kalau bosan mcm aku, dan nak makan something yang buffet ramadhan citarasa Arab sikit, jom try Nasi Arab nak? Nasi Arab di D'Arab Station! Terbaek baq hang! hahaha.

Isnin lepas sempat lah kami berbuka kat luar, Papa Princess mmg tutup cafe hari isnin, so isnin lah leh ajak dia berbuka kat mana-mana, hari lain nan hado! nak nak pulak aku memang suka dan teringin nak makan Nasi Arab, bila Fadzi bukak iklan, langkah kanan lah aku. hehehe.

Tengok je gambar pun dah menggiurkan dan menggoyah iman kan! hahaha, tu sbb aku tak nak publist entry ni tengah-tengah hari, aku pun goyah jugak rasanya. lols.

Restoran Nasi Arab D'Arab Station ni adalah kepunyaan Dato Haji Taufek Ismail, lama juga dah dia bukak kedai nasi arab ni, dengar dia borak, dia habis banyak modal untuk R&D nasi arab ni sampai jadi sesedap sekarang tau! Terbaik lah Dato!

Set yang kami makan ni ialah combo 8, tapi dato bukan bagi combo 8 ni, lebih dari kombo 8, kombo 8 should be ada lamb je, tapi segala bapak ada, ayam ada, kambing ada, nasi lebih, perghhh!

Meh nak bagitau korang, ayam, kambing, kambing golek, nasi, chili, semua sedap, ni bukan sebab aku tukang review tau, tapi memang betul-betul sedap, kalau lamb tu kan, korang tak payah nk susah payah kunyah, lembut sangat-sangat, kambing panggang dia pun, sedap sangat sangat! Aduhhh teringat dah ni.

Nasi dia kalau makan saja pun sedap, terasa flavour dia tu, Princess dua kali tambah. haha.

Cili sambal dia ni, ermm sedap, salad sedap, semua lah sedap! tak payah pergi kedai Arab, dtg sini, support perniagaan orang melayu kita, sama je dengan kedai Arab lain!
Ni pulak royal roti John, roti john, dibalut pulak dengan telur, mmg sedap, tp aku tak leh makan banyak sbb dah kenyang makan nasi. kihkih.


Teh Arab, rasa mint mint sikit.

kredit pic to feeqsays.com

Masa kami sampai ni lagi 10 minit nak berbuka, lepas je berbuka, penuh kedai! haha. Kalau betul-betul ramai book untuk berbuka puasa, Dato akan pasang khemah, sepanjang-panjang khemah, hehe.

If korang nak datang, nak tengok harga combo, boleh rujuk combo-combo di bawah ni, memang berbaloi, setakat nak makan untuk 2 org, leh ambil combo 1, baru rm13 untuk ayam, kalau lamb rm17.


Untuk bulan ramadhan ni, Buffet Ramadhan D'Arab Station berharga Rm50 untuk dewasa, dan Rm25 untuk kanak-kanak ( 6 - 12 tahun ) dan warga emas ( 60 tahun ke atas )

Ramadhan Buffet Bermula Dari 09.06.2016 - 05.07.2016

Menu :

Nasi Arab Lamb and Chicken

Kebab Chicken/Beef

Falafell Chicken/Beef

Lamb roaster

Chicken/Beef grill

Roti John Royal Beef

Roti John Royal chicken

Dessert

perghhh, memang banyak menu hoi! hehehe. korang sediakan perut je lah eh. haha. Kalau nak solat, sini tidak di sediakan ruang solat, tapi korang boleh solat di masjid belakang kedai, ada masjid.

Alamat D'Arab Station :

No.36, Jalan Damai Raya 2,
Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Untuk tempahan/pertanyaan

TEL: 0111-791 4598
HOTLINE: 03 9108 3331

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Nasi Arab D'Arab Station memang terbaik and sedap

    ReplyDelete
  2. Menggodanya nasi arab dia. Hahah !

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com