14 June 2016

Kenalpasti Masalah Rambut Anda di Hair Depot Loft

Hair Depot Loft One Utama


Assalammualaikum, hai korang, ada masalah rambut tak? korang guna shampoo apa eh? mesti guna shampoo yang popular di pasaran kan, tapi tahu tak? mengikut pengalaman aku lah, shampoo yang dikatakan rawatan rambut gugur lah, shampoo untuk rambut lembut bersinar lah, apa lah, bila aku guna, semua tu tak betul, rambut masih lagi gugur, then tak de pun bersinar.

Tapi bila dah tiada pilihan dan knowledge, guna jelah labuuuu~ sampai lah satu hari aku masuk Hair Depot Loft dan aku sangat jatuh cinta dengan kedai ni! Dulu aku suka pergi cawagan di Amcorp Mall. Punya lah lama borak dengan staff sana borak pasal rambut. hehe. Then aku pilih shampoo Mea Natura, Shampoo ni 88% natural dari Olive, shampoo ni memang best lah! memang mahal sikit, tapi rambut mmg growth balik, comei je anak-anak rambut tumbuh semula.

Walaupun aku bertudung, aku sangat risaukan masalah rambut aku, sejak bersalin, masalah rambut gugur sangat lah melampau, kalau tarik rambut pada sikat tu, boleh dpt segumpal. hehe. Bila sapu lantai, rasa geram je tengok rambut bersepah-sepah. Korang ada masalah rambut mcm aku tak?

Okay lah, panjang-panjang sangat mukadimahnya, bosan kan, harini aku nak cerita kat korang, Hair Depot Loft dah bukak satu lagi cawangan baru di One Utama tau, LG, betul betul sebelah Old Town. Kawasan tu kawasan restoran-restoran, tapi tetiba ada terselit je kedai shampoo rambut. hehe.

Jumaat lepas sempat lah bersama beberapa blogger lain kesini untuk mendapatkan semula consult tentang masalah rambut kami dan apa product yang sesuai untuk kami gunakan. Seronok gila bila dapat tanya macam-macam tentang rambut. Tq Illy for inviting.

Okay, di Hair Depot Loft ni, korang bukan saja boleh dapatkan consult dan produk rawatan untuk rambut tau, ada juga hair styling, hair tools, skin care dan body care, haritu aku terjebak jugak beli shower gel dan body cream Mea Natura, kahhh! ada offer mak!

Okay jom tengok produk-produk apa yang ada kat sini, memang ada macam-macam, tapi korang boleh tanya staff, mana yang sesuai untuk masalah rambut korang.

Shower gel ni staff tu kata boleh hilangkan daki-daki hitam, mcm org yang baru lepas bersalin kan, selalu kan ada hitam-hitam di perut, celah-celah ketiak, or mana-mana, boleh guna shower gel ni untuk hilangkan, memang berkesan.

Peminat tegar Olive! boleh guna produck Mea natura.

Nak bagi rambut mandi susu? hehehe, boleh try hair milk.

Mask rambut.

Little Green produk khas untuk bayi, sangat bagus untuk anak, No Paraben, Gluten Free. Anak yang ada allergic, tiada allergic boleh pakai, a bit pricey, tapi puas hati.

Termos pink cute untuk setiap PWP.


Rawatan Masalah Rambut Gugur


Okeh, berbalik kepada cerita masalah rambut aku, aku kan ada masalah rambut gugur yang teruk kan, makanya staff di sana suggest kan aku supaya ambil produk rawatan kulit kepala, rambut gugur masalahnya datang dari kulit kepala, bukan masalah rambut ye.

So, aku ambil shampoo yang boleh growth ( tumbuh ) kan semula rambut aku, conditioner yang boleh rawat dan kuatkan kulit kepala dan stopkan rambut gugur, dan juga hair tonic. Semua produk ni dari MIDORI, Secret Energy.

Hair tonic ni sangat bagus untuk kulit kepala, boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut, dan juga mencegah rambut gugur. Kalau sesiapa yang ada masalah kulit kepala gatal pun sangat bagus, boleh melegakan.

Cara guna hair tonic ni senang je :

- cuci rambut dan keringkan

- spray kan tonic ke kulit kepala

- urut-urut kulit kepala supaya tonic tadi meresap

- TAK PERLU bilas

Bau Power tonic ni sangat sedap, bila picit kat kepala, rasa segar je, bau pun mcm mint-mint menthol sikit. hehe.

Harga untuk 120ml hair tonic ni baru Rm85, aku rasa kalau aku, 6 bulan boleh tahan ni, memang berbaloi!

tengok lah kedai ni! seronok kan! aku suka sangat masuk kedai-kedai gini! Kalau korang ada masalah tentang rambut, boleh datang sini, jangan malu jangan segan, ramai staff yang sudi membantu korang okay! Untuk lelaki, untuk perempuan sampai ke anak-anak semua ada.

Okeh, untuk followers IG Safurara yang setia, cewahhh, aku ada 1 produk nak bagi kat korang, iaituuuu : ARGAN OIL! FOR FREE! yeay! cuma kena penuhi sedikit syarat-syarat yang sangat mudah!

Siapa tahu khasiat Argan Oil ni?

Argan Oil ni mampu menyihatkan rambut, melembutkan, membuatkan rambut berkilat dan juga menyelesaikan masalah rambut bercabang supaya tampak lebih bermaya. Walaupun kita pakai tudung, tetap akan rasa lebih confident gittew kan! tak nak lah bila pakai tudung lawa, bukak tudung, ermmm botakkk. hehehe.

100 TERAWAL, korang boleh mendapatkan Argan Oil yang bernilai RM89 ini secara PERCUMA di @hairdepot_my One Utama dengan mengikut langkah mudah ini :

1. FOLLOW @hairdepot_my dan @safurara

2. REPOST gambar ini di Instagram

3. TAG @hairdepot_my dan @safurara

4. TUNJUK gambar yang telah korang repost di IG kepada staf @hairdepot_my di One Utama

5. Secara automatik kalian akan mendapat Argan Oil secara PERCUMA! Sah dan terhad untuk 100 yang terawal sahaja sebelum 15 Julai 2016. Jangan lupa datang ke Hair Depot Loft yang terletak di LG, New Wing One Utama untuk tebus Argan Oil sehingga stok masih ada.

So sini aku sertakan alamat penuh Hair Depot loft ya, sila terjah!

Address:
Lot LG 311G, Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre (New Wing) 1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47100 Petaling Jaya Selangor Malaysia.

More Info boleh visit dan follow :

www.hairdepot.my

WhatsApp +60122407070

Treat Your Hair Right HAIRDEPOT is one of the Malaysia’s fastest growing hair & scalp care retailer.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...