28 June 2016

Memang MASA Itu Merawat Segalanya

Sebelum aku sakit ni, aku selalu dengar ceramah Dato Dr Hj. Fadzillah Kamsah, dia selalu kata, " MASA adalah PENAWAR yang merawat segalanya " dalam hati aku mcm mana pulak tu? lama kelamaan baru aku faham, dan bila aku sakit, baru aku faham, memang MASA lah yang merawat kita sebenarnya, kita selalu inginkan masa itu supaya cepat berlalu, supaya masa dapat merawat sakit kita, supaya esok kita makin sihat, esok kita makin pulih, supaya esok kita boleh menjalankan kehidupan seperti biasa.

Ramai yang tak tahu aku sakit apa sampai MC begitu lama, aku start diagnose rasa sakit ni start 2 minggu lepas lagi, see, dalam diam tak diam, 2 minggu dah aku menangung sakit ni, last aku rasa sihat masa pergi food review kat Sunway pyramid, then balik tu badan aku dah tak sedap, lepas sahur aku baring, nak pergi kerja, tapi tak larat, last-last papa princess bawak g klinik, doc diagnose aku ada " sakit " ni, doc tak leh nak buat apa-apa, ubat pun tak boleh bagi sebab aku pregnant, tanpa sebarang ubat, dengan menahan sakit, mak aku suruh balik ipoh, kelam kabut kami balik ipoh, lepas berbuka pergi berubat kampung.

bayangkan aku sakit sampai tak boleh nak solat berdiri, aku solat, rakaat kedua aku dah rasa nak pitam sbb menahan sakit yang teramat sangat, esoknya aku solat duduk, baru lega sikit, sampai begitu sekali, aku sampai takut nak tinggal solat walaupun sakit sebab aku risaukan anak dalam kandungan aku, aku kuat demi dia, aku tahan sakit demi dia, aku solat, aku berdoa, berdoa biarlah segalanya berlalu dengan cepat, aku nak Allah tahu, aku masih mengharapkan Allah memberi 1 keajaiban pada aku.

2 hari sakit tak berkurang, malam tak boleh tidur, siang tidur-tidur ayam sebab ngantuk sangat, yang pelik aku masih berpuasa, gila kan! punyalah sayang nk tinggal puasa. hari ke 3, kwn mak aku datang ubatkan aku, masa tu alhamdulillah, lega sikit, dah boleh jalan, esoknya sakit balik, panggil lagi makcik tu datang, dia ubatkan lagi, lega, hilang sikit sakit, aku dah boleh berdiri, dah boleh senyum dah boleh sembang. Alhamdulillah. Ya Allah, aku tak dapat nak ceritakan kat korang sakit dia mcm mana, tapi sakit yang aku boleh cakap, beranak pun tak sakit macam ni. hah gitu!

hari-hari berlalu, 3 hari 4 hari, seminggu, 2 minggu, aku mc, sambung mc, sambung mc lagi, aku pergi check up doktor, doktor pun geleng kepala tengok keadaan aku. doctor pun seriau takut, dia kata memang sakit. Ye doktor, memang sakit sangat doktor, aku menangis tiap kali solat. menangis tiap kali tengok muka Imann Sophea.

Aku tanya Allah, kenapa aku diuji sampai mcm ni, apa salah aku, apa dosa aku, tapi lama-lama aku diam, aku terfikir, dia uji sebab dia sayang, dia nak hapuskan dosa-dosa kecik aku, dia nak bagi aku hadiah lagi besar lepas ni, yang penting aku kena redha. Ye aku redha, seredha-redhanya. Sampai aku menyerahkan semua jiwa raga aku pada Allah.

aku banyak mintak kwn-kwn doakan aku, aku sangat memerlukan doa mereka, doa mak aku, doa suami, doa adik-adik, doa mak mertua, doa semua aku mintak dorg doakan aku, tak kurang jugak yg PM tanya khabar, yang bg semangat, TQ korang. korang buat aku jadi lagi kuat.

Lagi satu yg buat aku kuat sbb aku kesian sangat kat Princess, kesian sgt kat dia, semua hal dia mashu dia yg uruskan, aku tak boleh buat apa apa langsung. Dia dh biasa kalau tidur peluk-peluk aku, skali bila aku sakit tak boleh nak peluk aku, aku sedih sgt. Papa princess pun kata, cpt lah sihat, leh balik KL, bosan sbb takde org membebel kat dia. lols.

Minggu ni dah masuk minggu ke-3 aku MC dan stay kat Ipoh, memang aku tak masuk kerja langsung lah, maybe Jumaat ni pun balik KL untuk amik semua baju-baju untuk raya dan cr baju dan kasut raya untuk Princess, satu hapah barang raya tak cari lagi, aku punya pun satu apa pun xde lg, moga-moga Raya nanti aku dh sihat, walaupun doc kata aku tak boleh sihat sepenuhnya, tapi takpelah, dapat jalan, dapat beraya pun okay, biar lah masa merawat lagi sakit aku ni, sampai betul-betul sembuh, semoga nanti, bila dah sembuh, sembung semua segala penyakit, hilang semua sakit, biar hilang dan tak payah datang-datang dah.

Satu hal lagi, aku ingat aku dah sihat, aku sambung puasa, bila sambung puasa, baby lak aku rasa lain mcm, kelam kabut semalam pergi cr klinik, pergi scan, dah lah semalam ahad, klinik banyak tutup, nasib lah ada 1 poliklinik 24jam bukak, yang kelakarnya, masa scan, baby dah bersujud dah, hahaha. patut aku dah tak rasa keras-keras kat perut aku, rupanya dia dh beralih position, dia solat terawikh doc kata. haha. dan doc nasihatkan supaya aku tak payah puasa, sbb baby kecik lg, aku pulak tak berapa nak sihat lagi, so tak perlu lah puasa.

ermm baiklah, memang aku tak puasa, dh 6 hari tak silap aku tinggal puasa. sobs, xpelah, puasa leh ganti kan, anak xleh ganti. Semoga segalanya dipermudahkan, semoga anak ibuu membesar dengan sihat dan sempurna ye sayang, semoga segalanya berlalu dan hanya meninggalkan kenangan dan parut je buat aku. Sakit tu aku tak nak kenang. Terima kasih Allah atas peluang ini, Kau sihatkan lah tubuh badan ku seperti sedia kala, supaya aku dapat menjalankan tangungjawap ku kepada suami dan anak-anak seperti selalu, Amin Ya Rabb. Doakan aku korang!

4 comments:

Cik Puan Eka said...

Smoga cpt sembuh kak. Akk rehat ya. Mungkin akk penat

Chekgu Azrine said...

Sis..stay strong ye.
Kuatkan semnagat demi bb..u can do it inshaAllah...
Syafakillah

Fiza Rahman said...

Dugaan. Setiap kita ni di duga dengan dugaan yg berbeza2. Bertabah dan bersangka baik padaNYA. Ujian tanda sayangNYA dia pada org yg terpilih.

Take care rara. Akk doakan awak cpt sembuh.

anez zamri said...

Sedih aku baca ra..sobsss
InsyaAllah aku doakan ko sihat sepenuhnya sebelum raya ok..
Ade rezeki raya kita jumpe tau!
Muahciked

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...