27 June 2016

mr. Tuk Tuk Sunway Pyramid - WAJIB cuba airkrim TOMYAM

Restorant Makanan Thai Sunway Pyramid


Siapa suka makanan Thai? makanan thai memang dah sebati dalam hidup kita kan, skrg ni mana-mana pergi, mst mau cari tomyam, mau cari restaurant thai. Aku memang suka makanan Thai sbb menu dia cukup masam, pedas, masam manis, ermmm kalau sejuk sejuk, dapat hirup tomyam, sedapnyaaaaa.

Bila adanya Restoran Mr. tuk tuk, Thai street food ni, aku rasa mcm teruja gila, terus teringat kat Hatyai, krabi, sbb street food kan? mst semua makanan yg dijual kat street sana ada, yang penting, aku nak makan Mango Sticky Rice! wuuhuuuuuu~

Restoran Mr. Tuk Tuk ni baru je bukak, kami lah orang pertama yang merasmikan kedai ni last week, berbuka puasa ramai-ramai dengan blogger lain skali, memang kecoh, memang kenyang! hihi. dan kat sini ada menu yang sangat-sangat PELIK dan UNIK bagi aku, iaitu aiskrim TOMYAM! hahahaha, pernah x membayangkan aiskrim tomyam mcm mana? aku tak pernah terlintas pun difikiran. Kalau nak cuba, WAJIB dtg sini. OK jom tengok menu apa yang ada kat sini!

Ruang makan sini luas dan selesa, nak datang lepak-lepak ke, minum-minum boleh je, deko pun menarik sgt, rasa mcm ada kat thailand. hehe. Aku suka suasana dia, tenang.

okeh, ni menu pertama kami, Phat Thai, kalau kat krabi ke, hatyai ke memang popular sgt phat thai ni, dalam dia like kuetiow goreng, atas ada telur dadar, dap-dap. Kalau korang nak cuba, menu ni Rm8.80 jeee.

Ni pulak, Tomyam Fried rice, sedapppp! aku suka, nasi goreng tomyam, kalau dah nama nasi goreng tomyam, mst lah rasa tomyam kan, hihi, dia x pedas tau, kalau nak pedas, boleh tambah sendiri serbuk cili ke, sos ke, yang disediakan berasingan.

Ni pulak green curry, ada pilihan beef or chicken, kalau laki aku ada, suka sangat lah ni dia green curry, aku kureng sikit, tapi sedap.

Yang atas ni pulak Thai Special platter, ada dua pilihan sebenarnya, boleh pilih nak menu apa dalam dia, satey tu sedap sangat! Princess suka. Aku pulak suka kerabu mangga dia, dorang sume tak makan, aku meratah tu je, sedap!

atas ni pula Thai Pomelo Salad, siapa yang suka limau bali, boleh try, aku kureng sikit limau bali, kihkih, sbb tak suka rasa pahit-pahit dia, cara makan dia, korang kena tuang semua cili dan bawang putih goreng tu, gaul then makan, Leona makan yg ni, dia sorang je, dia kata sedap. kami semua tak makan, hehehe.

Ni fav aku, Seafood tomyam! wuuhuuuuu sedappppp! rasa dia masam-masam manis, mcm biasa, nak pedas boleh tambah cili yang disediakan berasingan okay! udang dalam ni besar-besar tauuuu! berbaloi!

ni set menu mr.tuk tuk, ada nasi, nasi kuning ni popular sangat kat Hatyai tau! tiap pagi dorang makan ni as breakfast, makan dengan ayam goreng, ermmm dap, tapi menu sini dihidangkan dengan ayam pandan, manggo salad dan crispy fish fillet. makan ni je pun dah kenyang.

mango salad dia, sedappppppp! haih merecik!

Chicken wing! MUST TRY! mmg sedap sgt korangggg! Princess sorg makan 2 ketul, demi anak, ibuu bagi bahagian ibuu kat dia. hehe. Tapi ayam goreng thailand memang sedap lah korang, rangup dia, rasa rencah dia, ayam dia, memang sebati sangat. 1 plate ni baru Rm8.80.

Yang ni pulak kankung goreng tepung, sedappppppp! healthy sgt menu ni. satu plate Rm9.80 je, deep dengan sos dia, terbaekkk!

Ulam-ulam pun ada, lab thai nama dia, sape nak jaga kulit, boleh ratah je ulam-ulam ni, hahaha.

hah! menu yang dinanti-nanti! BBQ Thai Lamb, Rm11.80, sume rebutkan yang ni! memang sedap sangat korang! kena cuba, aku rasa kalau princess, dia boleh habiskan sorang ni. memang sedap gila! Korang kena cuba tau!!!

aku minum air tembikai laici, mmg fresh sangat!

Untuk dessert, mereka ada, taco, mango sticky rice and water chestnut in coconut cream, sedapppp! lepas makan, dapat dessert, mmg terbaek lah!

Yang ni lah aiskrim authentic yang aku cite tadi tu, dorg ada aiskrim teh ais, green curry dan tomyam, yang aku boleh telan hanya teh je, tomyam dan green curry mmg kirim salam lah, hahaha. kalau korang nak cuba boleh cuba!

untuk opening hanya di mr.Tuk Tuk Sunway Pyramid, aiskrim ni hanya Rm1 sahaja. korang beli apa apa set meal atau rice, boleh beli aiskrim ni dengan hanya Rm1, boleh lah try! hehehe. tapi promo sampai 30 june 2016 ni je tau, hiks. So kena pergi cepat-cepat lah!

Kalau korang nak datang, kat bawah nanti aku letak address penuh eh, kami lepas makan, sume happy jeee, gelak sajer sbb happy gila perut kenyang. hahaha. korang pun kena datang sini, bawak kawan-kawan dan family okay! boleh feefeeling mcm kat Thailand, sbb kat depan kedai siap ada tuk tuk lagi. hehehe.

Jangan lupa singgah sini kalau shopping kat Sunway Pyramid okay!

Mr. Tuk Tuk Sunway Pyramid
Alamat: LG2.27 Sunway Pyramid (opposite Cold Storage)
Telefon: 03-5612 5738

Instagram: @mrtuktuk_my

3 comments:

mama tisya said...

unik eskrem perisa tomyam...fav menu thai ni...dapnye smua menu

Sizzling Suzai said...

OMG kak slh timing la tgk post makannn!! meleleh kauw tgk nasi grg tomyam fav sy n lg stu kambeng gosh mnyesal bukak ! 11.90 hengget je mmg kna cuba ni insyAllah will do!!

Tanisha Singh said...

This blog is looking repository of food and found here every kind of food. it looks beautiful and superb in taste. share more recipe with better information. restaurant near venkateshwar college

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...