09 June 2016

Princess : Ibuu, jangan makan pedas nantiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Lama kan tak cerita pasal anak dara aku Puteri Imann Sophea tu, ermm, fasa cranky dia dah berakhir, masa aku memula tahu aku preggy dulu, korang tau dia punya perangai, Ya Allah, sampai memang sangat menaikkan darah aku dgn papa dia sangat-sangat. Princess anak yang boleh dikatanya senang nk handle, dr kecik, dia xde banyak kerenah, takde banyak masalah, andai demam beralih bulan pun kejap je, tp tiap-tiap bulan memang demam, tapi dia jenis tak merengek-rengek masa kecik, elok sangat.

Tapi makin besar makin cengeng, sikit-sikit nak nangis, org kata ubat nya bagi dia adik. hahaha. lols. ok ok now ibuu dah bagi awak adik, memula dulu, dia buat perangai tau, aku pun tak faham dia kenapa, sampai masa tu kat kenduri kahwen, dia boleh mengamuk mcm hape, menjerit-jerit sampai seluruh dewan dengar, masa tu papa dia marah dia, aku plak yang sedih, haih aku takleh org lain marah anak, aku marah takpe, tapi aku pun takleh nak buat apa, sebab dia punya mengamuk tu sampai tak boleh nak handle.

Lepas dari hari tu, lepas papa ' sekolah ' kan dia kaw kaw, ( membebel ) papa punya bebel leh tahan gak. haha. Sampai tertidur dia kena marah, cian anak ibuu, lepas tu dia mcm dah mula okay, dah tak minta dukung kalau jalan, kira mmg dah okay lah.

dia ni jenis malas jalan, kalau dulu memang aku layankan aje, dukung je dia, tapi sekarang dia dah faham, aku tak leh dukung dia, nanti kesian adik. hahaha. Faham pulak tu. Sampai lah aku masuk hospital haritu, dia teman semua, dia makin faham yang dia betul-betul akan ada adik.

Aku check-up pun aku bawak dia, memang seronok sangat dia tengok adik dia melompat-lompat dalam perut ibuu, haritu sebelum puasa aku pergi check up adik baby kat klinik, doktor scan adik, masa tu dia lah orang yang paling happy, dia tengok adik dia lompat-lompat. eh sedih pulak ibuu. Tau tak, dia hari-hari tanya bila adik nak keluar. hahaha.


Tu takpe lagi, dia sekarang menjadi pakar pemakanan aku, haha. Aku ni, kalau makan pedas-pedas, kena warning tau tak, " ibuu, jangan makan pedas, nanti adik nangis " hahaha. aku terus terdiam, aku ckp, takpe, nanti ibuu minum air banyak-banyak okay. hahaha.

Malam-malam pulak, kalau aku tak minum susu, dia lah yang ingat kan, " ibuu, pergi lah minum susu, adik dalam perut tu nak susu, olaf dalam perut kakak pun nak susu ( acah nak mintak susu dia skali " hahaha. dia kata dalam perut dia ada olaf. hahaha. hari-hari gitu lah, dia paksa aku minum susu, adik lapar katanya, pas tu usap-usap perut aku, cakap " kesiannn adik " amboii sangat tu!

Tiap-tiap malam dia mst usap perut aku, mst cium adik. Nampak lah dia sayang sgt adik tu, moga kakak sayang adik sampai bila-bila ye, Ibuu dengan papa janji akan beri yang terbaik. Semoga kakak akan jaga adik baik-baik bila adik keluar nanti ye. TQ kakak sbb jadi anak yang selalu ada dengan ibuu, selalu tolong ibuu walaupun kdg-kdg suka buat ibuu jadi hulk. hehehe.

5 comments:

idzwa kamaruddin said...

KAKAK dah besar ;)

Inani Hazwani said...

Comel je princess bagi nasihat dekat ibu dia :)

Cik Puan Eka said...

hahaha akak, adik ika mas atau mengandung pon anak dia cranky semacam kak. Ibu dia pi tandas pon menangis macam kena pukul. Ibu hilang jap,ibu mana ibu. Nangis.

Pastu ok.

skang dah nak bersalin, dia start balik buat perangai. Takleh berenggang ngan ibu

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgsnya kakak.

nti kena jaga adik baik-baik.

sya mimie said...

Kkak dh besar. Msti pham. Dh bpe week kak pura..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...