Dessert Paling Mudah Untuk Berbuka Puasa
okeh lah, tak payah panjang-panjang sangat mukadimah tu, harini aku cuma nak share cara-cara buat TAUFUFAH dengan menggunakan Soya Yeo's! kita bila berbuka, ke lepas-lepas terawikh ke, mesti bukak peti ais cari benda-benda sejuk dan manis kan. So ini lah resipi paling mudah untuk korang buat nanti. Aku dah buat dah, jadi weh, sedap pulak tu, kihkih.
Taufufah Paling Mudah
Bahan Taufufah :
1. Soya Yeo's Sekotak ( 1liter )
2. Agar-agar tali ( segenggam )
3. Air secawan
4. Daun Pandan
Bahan kuah gula merah :
1. Gula 2 sudu
2. Gula melaka/ gula merah secawan
3. Air secawan
4. Daun pandan
Cara-cara :
1. Masukkan air ke dalam periuk, Masukkan juga daun pandan dan agar-agar tali yang sudah dibasuh, agar-agar tu ingat ye, SEGENGGAM sahaja, untuk 1 liter air soya, kita tak nak dia jadi keras mcm agar-agar, kita nak buat ala-ala taufufah. kalau bubuh banyak sangat, nanti dia akan keras, segenggam sudah mencukupi.
2. Kacau agar-agar sehingga nampak larut, dan tuangkan air soya sekotak, tunggu sampai mendidih sikit dan tutup api. Biar sejuk dan boleh diletakkan di dalam bekas.
Kenapa daun pandan? aku suka sangat bau daun pandan, bila kita masak apa apa dan letakkan daun pandan di dalamnya, bau wangi semulajadi akan keluar, sedapnyaaaaaaaa.
Cara-cara buat kuah gula merah :
1. Masukkan air secawan dalam periuk bersama daun pandan
2. Masukkan gula melaka/ gula merah
3. Masukkan gula
4. Tunggu sehingga medidih, tutup api.
Bila nak makan nanti, keluarkan taufufah yang dah siap dari dalam peti, masukkan ke dalam cawan, dan tuang kuah gula melaka tadi, makan biar sejuk-sejuk tau! perghhhh sedappp, manis-manis serta wangi bau daun pandan. nyummmmm ~
Selamat mencuba korang, pastikan Soya Yeo's okay! yang tiada bahan pengawet, HALAL sedap dan kurang manis, tak payah manis-manis sangat lah kan. hehehehe. Sekotak 1 liter Soya yeo's baru rm1.99! murah kan! So jangan lupa buat esok tau! bai!
kalau macam tak cukup puasa tgk gambar, boleh tengok video resipi dan cara-cara buat Taufufah Soya Yeo's ni kat bawah! penat mak buat video tau! hahahaha. ok lagi skali bai!
Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya Musim Kedua
Ingan tak Ramadhan tahun lepas, Yeo's ada buat contest dan menang duit Raya? tahun ni pun ada juga tau, sambil masuk contest, sambil beramal, sambil menang duit raya, bulan puasa kan, kalau boleh kita banyak-banyak kan amal.
Sebagai peneraju minuman dan makanan, Yeo Hiap Seng (Malaysia)Berhad ("Yeo's"), berhasrat meneruskan kegiatan yang membabitkan amalan mulia melaui kempen Yeo's Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.
Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar dan Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo's.
Sumbangan ini akan ditukarkan kepada wang tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL dan Selangor. Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000!
Maklumat lanjut boleh visit www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828.
okeh??? Jangan lupa resipi dessert dan jangan lupa masuk contest tauuu!

sedapnyeee
ReplyDeleteaaa senang dan nampak sedap gilerr nie !
ReplyDeleteWuuuu sedapnya.. Tp diet cemane? *sobs*
ReplyDeleteoklah, nsb yui xrjin..hahah
ReplyDeletesdapnya..:)
ReplyDeletesedapnyer...
ReplyDeleteallahhh senangg jee buat taufufahhh. beriya kita beli dkt luar sana kan? dgn yeos plak tu. kompem jejes air liur ni raaaa... nak buat ahh nanti!! hehehhee
ReplyDeleteBoleh cuba ni sebab macam senang je...
ReplyDeletebru tau buat mcm ni.. hehe.
ReplyDeletekalo rajin nnti kite buat.. haha
resepi baru...ok nanti nak cubaa...nyummsss!!
ReplyDeleteoi sedap ni..pfft!
ReplyDeleteSimple jer resipinya. Bley try buat nnt.
ReplyDeletekreatif... order 18 bekas...cod kat mana?
ReplyDeleteNampak sedap..nak cuba nanti
ReplyDeleteSedap juga yew... Baru buat berbuka tadi....hihihi
ReplyDelete