01 June 2016

Rezeki yang paling mengejutkan untuk tahun ini #safurarasecondpregnancy

Assalammualaikum korang, asyik lah entry kerja-kerja-kerja je, harini nak cerita pasal personal pulak lah. Nak cerita pasal pregnancy kali kedua ni, ntah dari mana lah aku nak mulakan, sbb aku sendiri mcm tak percaya yang aku mengandung, hehehe. Aku tau lepas dah 9 hari lewat period, dan aku memang rasa badan aku lain, lepas tu rasa mcm ada butterfly dalam perut. hahaha.

Tahun lepas, awal-awal tahun mcm ni rezeki kami dapat beli rumah sebiji dekat dengan rumah mak mertua aku skrg, tahun ni, kami dikejutkan dengan rezeki yang sangat-sangat kami tak sangka, serius tak sangka, selama ni kami merancang-rancang, menolak-nolak, berjaga-jaga, tapi Kun Faya Kun, Allah sebaik-sebaik perancang. Dia kata tahun ni aku nak bagi rezeki anak, makanya mengandunglah aku. hehehe.

Alhamdulillah, kami terima dengan hati yang sangat terbuka dan orang-orang disekeliling adalah yang tersangat-sangat happy dengan kehadiran insan baru ni. Princess pun mmg dah bersedia sangat nak jadi kakak, dia dah makin faham skrg, mungkin sbb tengok ada baby kat rumah, dia tau itu adik. Kena jaga adik, dia jadi kakak. Opah kat Ipoh pun bukan main happy, nenek pun terkejut, semua lah happy dan semua mendoakan baby boy, sbb rumah kami semua gegirl. hehehe.

9 April kan kami ada Gojes Fun Day kat Morib, masa tu aku berdoa tau, supaya jangan period lagi, sbb aku nak mandi jakuzi, hahahaha. dalam group wasap masa tu kecoh lah, ok masing masing doa jgn period, nanti leh nak merasa jakuzi, then lepas 12hb, 13hb, 14hb, 15hb, aku masih lagi belum period, dalam hati memang risau, eh kenapa pulak ni, aku tanya laki aku, dia kata lex lex, mmg ada kalanya aku akan lewat 2minggu gitu. ok lah kita relax.

lepas tu Geng Gojes buat cabaran Gojes Biggest Loser lak, okeh lah mak join, mak beriye ni pergi beli tali skipping, berdiet, workout, buat workout bipasha kat you tube, mmg gigih lah mak masa tu, tapi yang pelik, berat tak turun-turun, turun pun 500gram saje, then badan masuk angin, lemau, tak bermaya. serius!

Bila aku cite kat dak-dak gojes, dorg kata, " g cek raaa, g cek raaaa " semua berzikir dalam tu suh aku cek, laki aku masih tak bagi cek, aku xtau nape, dia nebes agak nya, lg pun dia suka bising, sbb aku nebes lebih. Tapi kali ni aku mmg rasa kelainan sangat-sangat, aku masa ni teringin sangat nak makan durian, padahal bukan musim.

Then hari Khamis, 21hb April 2016, aku puasa ganti masa ni, tp serius tak boleh, aku tanya kak Ain opismate aku, leh tak kalau aku buka puasa, sbb aku memang tak larat sangat. Then berbuka lah aku, pas tu aku ajak kak ain pergi beli pregnancy test, saje saje nak test, IF ada, ADA lah, IF tidak, its okay! aku x kisah. Sebab aku risau kalau ADA, dan aku sambil lewa tak jaga, kang jadi apa apa kang. hah! nyesal tak sudah.

kul 3pm tak silap aku, balik lepas lunch tu, aku nak pergi solat, alang-alang terus test lah, hati aku masih tak bersedia sebenarnya, tapi aku tak suka satu perasaan tertanya-tanya kenapa dgn diri aku, kenapa mcm ni, so aku kuatkan hati, test jugak, aku pun mcm dah lupa mcm mana nak cek UPT ni. hahaha. tapi cool, relax, tarik nafas, perlahan-lahan aku titiskan di corong kecil tu.

Aku tak tau mcm mana nak cerita perasaan ni kat korang, tapi lepas masuk titis ke 3, laju sangat, laju sangat dia pergi, laju sangat tetiba aku nampak naik 2 line, masa ni aku tak tahu dah nak cakap apa, aku serius tak tahu, yang aku tahu masa tu aku terus nangis sambil ucap " Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar " aku tak tau, aku tak tau nak happy ke mcm mana, aku xtahu aku nangis kenapa.

Sebelum aku test, semua kertas aku dh buang sebenarnya tau, then bila naik 2 line, aku mcm blur, mengandung ke ni, mengandung ke? aku terus anta pic ni kat Anez Zamri, dia terus ckp, tahniah raaa, ko mengandung, masa ni lagi kuat lah aku nangis, aku anta pic ni kat Papa Princess gak, dia leh tanya, so mcm mana ni? mengandung ke? lupa dah, choiii~ hahaha.

Aku terus dan terus dan terus menangis, sampai laki aku call, lg tersedu-sedu aku nangis, skali dia tanya aku, kenapa nangis? kenapa? tak happy ke? Dia kata dia happy, happy sangat walaupun kami merancang nya tahun hadapan dan selepas kami pindah rumah kami, tapi Dia dah bagi dulu, kita terima, dan papa princess kata dia teruja sangat. Allah. Speechless aku.

Now kandungan dah 11 week, bukan aku tak nak bagitahu semua orang, cuma nak tunggu masa yang sesuai, dah 11week, nak masuk 3 bulan dah, so aku officially announce lah, acah-acah retis sangat ko kan! hahaha. idak lah, papa princess x bagi, sama mcm Princess dulu, dah 3 bulan baru up di fb, sblm2 tu hint hint jelah dulu. hehe. Sebab baby sangat fragile lagi, nanti jadi pape, risau kan.

Berbalik kepada cerita kenapa aku nangis sangat-sangat masa dlm toilet tu, aku sedih sangat masa tu, sbb masa di Morib tu, aku berlari-lari, memanjat laki aku masa games, patutlah pinggang aku sakit sangat masa tu, lepas tu aku demam, masa demam melepek aku tak tau aku mengandung, lucky aku x makan ubat masa tu, dan lepas baik demam, aku sibuk diet, tak makan, skipping 100kali, workout, tapi yang sangat membuatkan aku sedih, sbb baby sangat kuat, kuat melekat di rahim ibuu, andai kata jadi apa-apa masa tu, aku tak dapat nak maafkan diri aku sbb tak cek dari awal.

Awak sangat kuat baby!

Pregnant kali ni Alhamdulillah, sama mcm kakak dia dulu, tak alah, tak mabuk teruk, cuma kali ni suka melepet, melepet jelah keje, tido jelah keje, jalan tak larat, buat keje x larat, sume tak berapa nak larat, then masa 5 - 6 week tak leh tidur malam, mmg tak leh tidur, lepas subuh baru leh tidur, macam mana nak g kerja kan, makanya lewat lah pergi kerja sokmo. hahaha.

Dan aku angin kuat, asyik lah badan masuk angin, kul 3am wajib rasa lapar, kena makan pape untuk alas perut, pagi plak terus kena g kantin tapau makanan, kalau tak, siap lah kau angin satu badan, sendawa kentut-kentut je. hahaha. lain-lain bab makan, masak semua masih ok.

Oh ya, lepas dapat tau aku preggy, laki aku laju-laju carikan aku durian, sebelum ni dia ingat aku ngader-ngader, hahaha. nak tebus kesalahan lettew, terus ckp " jom kita g cari durian eh " pergi manjung terus cari durian kat pasar malam manjung, sedapnya dapatttt~ Alhamdulillah.

Masa pergi checkup kat Klinik, princess teruja sangat tengok adik, hari-hari tanya pasal adik, balik taska tanya, Ibuu adik dh keluar ke? hahaha. sabar jelah~ tapi nampak sangat lah dia dah besar dan dah faham banyak benda, mula-mula aku preggy tu, dia buat perangai tau, mmg cranky habis, papa dia pun surrender. Tapi now dah ok mcm biasa, dah pandai berdikari. besarnya anak ibuu dah. tiap malam tidur mst cium adik. hehe. sweet angat.

ini lah aku, Ahad lepas, berat masih di takuk 65kg, aku tak nak naik berat banyak-banyak sangat, InsyaAllah, jaga jugak lah pemakanan, biar tak yah gemuk, janji baby sihat walafiat, membesar dengan sihat dalam perut ibuu. Aku cuba amalkan makanan sunnah, minum susu kambing, makan kurma, lain-lain lagi. walaupun kurma tu payah nau nau nak telan. haha. hadehhh~

Last but not least, Cincin Sapphire idaman hati aku dah dapat, hahaha. kemahen kan mengidam, lols. bab cincin nanti lah cerita entry lain, panjang sangat dah ni, ntah orang baca ke tidak ntah lah. hahahaha. Korang doakan kandungan ini selamat dan sihat ye, aku mintak baby boy, Ciknaa kata mintak je ra nak baby apa pun, andai dapat itu Bonus, andai tak dapat, kita tetap happy, dan tetap akan menjaga amanah ini sebaik-baiknya. Betul x? ok lah, bai korang, TQ sbb baca. kahhh! panjang gila!

38 comments:

anajingga said...

alhamdulillah dan tahniah Rara sayang, seronok princess nak jadi kakak dah kan,jaga diri baik2 ye..:)

Normi Nieza said...

tahniah..:)

CikNaa said...

tahniah ra! dekat 3 bulan dah kejap je kan..

Hanim Hashim said...

Alhamdulillah tumpang gembira bila dengar Ra pregnant. Moga ibu dan baby sihat dari awal sampai akhir ye. Jaga diri leklok ra, pasni jangan buas buas sangat ok hehehe :)

Eny Abdullah said...

Tahniah Rara... bestnyeeee.. doakan kekny jugak hihi..

CikLa Shahril said...

Tahniah... Rezeki Allah nk bg kan.. Lgpun.. Anak itu kan rezeki... Take care...

Mrs Puex said...

hai rara,
congratulation on ur 2nd baby..

tangan kene drip tu kenape? tak cite pon??
hehehee...


-ainie-
mrspuex.blogspot.com

Fatihah Fazlin said...

jangan risau kak rara.. kita baca sampai habis... btw, tahniah nak dapat baby lagi..:)

e.t.t.y said...

walaupun Allah dah tetapkan anak apa, tu kita tak tau kan. tp pembentukan tu akan terjadi pada minggu ke berapa tah tak ingat. so ko bley je doa ko nk anak apa, ko buatlah nazar sket. tp jangan nazar yg teruk teruk dahla. sedekah pisang kt masjid ke, takde masalah. biasanya kalau yg beserta nazar, allah lorongkan doa ko tu elok je.insyaAllah walaupun kita camni, aku doakan ko dpt boy ye ra. aku doakan ko sihat sejahtera selama mengandung ni takde masalah, boleh vbac. aku pun tak suka makan kurma ra. aku sahur kan, aku rendam je dalam susu kambing. bila dah lembik tu aku telan laju laju tak kunyah. kita sama spesis tak suka makan kurma. hahaha.

Lynda Che Lah said...

I baca sampai abis..
haha..
rindu nak preggy tp biarlah kenangan itu berlalu..
hehe
Tahniah again dik..

YieN said...

Aku baca satu per satu walaupon dah tau, sbb aku plg suke moment ni, kahkah..!

Chekgu Azrine said...

Tahniah sis..happy for u
Hope for bb boy ye...hehehhe

Diana Rashid said...

Tahniah Rara..jaga diri baik2..banyak kan rehat..biasalah bila mengandung ni badan kita berubah..yang pasti mengandung kali kedua tak sama macam yang pertama..lagi ok ke..lagi teruk ke..tengok je la nanti..heheh..harap2 dapat sepasang le..boleh geng..heheheh

Cik Ash said...

tahniah rara rezeki allah bagi alhamdulilah

jida said...

tahniah dgn kandungan yg kedua..semoga semuanya dipermudahkan..inshaallah

AnneRaini said...

tahniah rara.. semoga semuanya selamat dan dipermudahkan sepanjang mengandung.

umie shahidah said...

Tetibe aku baca n join ternanges skali..haha.. take care ra..

anez zamri said...

Oiiii hahahhaa..dah mcm doc plak ayat aku tu..tahniah ra ko mengandung..wakakkakakaa!

Weh jaga diri baik2 ok
Aku doakan semua baik2 dan kali ni dapat baby boy ok!

najiah shaharain said...

Alhamdulillah..best je bc ...

Doakan njh jugak

Cik Puan Eka said...

Tahniah akak. Kita lak rasa sebak terharu semua. Tringat lak kita dlu hihi tringin plak nak rasa lagi

ROS ANIS RUSLI said...

apsal aku ngs bc entry ni??? baby kuat sgt! sama2 kita panjat laki masa tu.nsb aku xpeknen..hehehe

Cik Puan Mimi said...

Bencii!! Tak tunggu!! K baiii!!!

Hahaha tahniah raaaa

Nurul Aziz said...

Tahniah rara :) princess nak dpt adik dah.. besar dh pun princess kan. Jg diri elok2.. :))

mama tisya said...

tahniah...take care

ArELeEz said...

alhamdulillah.. congrats..! semoga baby sihat, kuat, lahir dgn sempurna & selamat. in shaa allah.. amin..

sya mimie said...

asslmkm kak pura.. tahniah.. tumpang happy sama.. :)

jaga bby elok-elok ya.. seronok cikyah nak dapat cucu lg.. hihi

ily♥ said...

Alhamdulillah. Tahniah rara. Rezeki Allah tu tak pernah salah pintu, tak cepat atau lambat sikit pun dari aturanNya. Alhamdulillah fetus kuat & brtahan. Lebih kurang kes saya. Period mase tu mmg haru biru kelaut. One day teman mak pergi hospital, masuk bilik yg ada radioactive, xray ape bagai tu. Sblm masuk nurse tnye pregnant ke? Kalau pregnant takleh masuk sbb ade efek radiasi. Laju je jwb tak dan selamba masuk teman mak. Balik tu rase mual semacam muntah2. Ingat kesan radiasi tu. Tapi since ada spare pregnancy test kat rumah, sajelah cuba test. Tuptup appear 2 line. Menangis bagai nak rak sbb pg tu baru expose to radiation. Risau tak terkata. But Alhamdulillah kuasa Allah Maha hebat, selamat dilahirkan dgn sempurna, and he's 8 months already. Take care rara.

Puan Awin said...

tahniah rara...princess bakal jadi kakak...tumpang happy....

Inani Hazwani said...

Congrats kak Rara. Moga ibu dan baby sihat2 selalu. Excited princess nak jadi kakak :)

IMaH said...

Alhamdulillah..Tahniah Rara =). Take care ye

Manusia Berubah said...

hahahahaha.. tergelak baca bab tak ingat dah mcm mana nak check guna UPT tu..!! pangg nak pangg..?? hahahahaha.. :p

apapun TAHNIAH again and again Fura.. jaga diri baik2.. bukan fizikal je, emosi pun kena jaga k.. namo stress2..!! :) and thanks share berita gembira ni dengan kami.. happy for you and of course kak ain doakan Fura dan baby boy (doa ni doa.. hehehee..) sihat sampai selamat melahirkan..

:)

Rizziela said...

Alhamdullillah

Yanty Lee said...

no matter what kak rara..

Tahniah kak! jaga diri ye.

Yana Libra said...

congrats!

moga semua dimudahkan :)

irra yyan said...

Tahniah rara..kita kan xtau preggy siap makan nenas muda banyak banyak..baby memang kuat...hehee take care rara

humble.yat said...

Alhamdulilah..tahniah rara..tumpang hepi sangat bila rara happy..jaga diri baik baik..eh sy baca satu persatu smpai habis tau

Yaya Azura said...

tahniah rara..
jaga kandungan baik-baik.

Nadia Johari said...

baby tersangatlah kuat..hehee..semoga baik-baik sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...